Company Jungkook yg dulu dah bankrup.So,company tupperware yg Jungkook dan Irene usaha tu,jadi kerja baru Jungkook.
------------------------------
Seminggu kemudian,
Aku mengeringkan rambut aku dengan tuala di hadapan cermin.Selepas aku menyikat rambut aku,aku menempek sedikit bedak dan lipbalm.Selepas semuanya siap,terus aku keluar dari bilik air.
Jungkook yang sedang ralit bermain phonenya cepat cepat menyimpan phonenya kedalam poket pabila ternampak Yuju.Aku tersenyum lalu duduk disebelahnya.
"Chat ngan awek ke?" Usik aku.
"Haah" Jawab Jungkook bersahaja.Aku mula mencebik lalu rampas phonenya.Nak check dalam phone dia ada apa.
"Taehyung?" Jungkook mengangguk.
"Masya Allah.Ada geng kunyit rupanya." Aku menepuk dahi aku.Insaf la anak muda.
"Apa la awak merepek nih.Bagi balik." Phone Jungkook bertukar kanan.Tau la phone dia mahal,iPhone X Max.Aku pakai Samsung je.Aku lentok kepala aku atas bahu Jungkook.
Keadaan sunyi seketika.Hanya phone Jungkook je yang bunyi.Tah apa yang dia chat ngan geng kuny- eh,Taehyung pon tak tau la.Nama contact Taehyung pon pelik.
Kook luv Taetae Muah Muahhh
Tak jujur,ada geng kunyit tak nak bagitau.Nanti aku nak serai ngan Gfriend,biar dia jealous.Padan muka!
"Tarikh hari ni apa?" Soal aku.
"16 November" Terus aku angkat kepala.Bukan ke..
"Hari ni,hari lahir omma..kan?" Teka aku.Terus Jungkook membuka kalendar dalam phonenya.Betul kata Yuju.
"Haah"
"Ki-"
Tok..tok..
Tetiba,pintu wad aku diketuk.Satu suara menyapa.Dengar macam suara doktor.
"Puan Yuju.Boleh saya masuk dalam?"
"Masuklah doktor" Daun pintu dikuak.Ya,memang doktor dan seorang jururawat mengikut belakangnya.Satu senyuman terukir di bibir doktor itu.
"Selamat pagi Puan Yuju.Oh,husband puan pon kat sini.Saya datang ni sebab nak check Puan Yuju."
"Macam mana hari ni puan?Rasa okay ke?" Aku mengangguk.
"Okay.Sama macam semalam."
Doktor mengangguk lalu menulis sesuatu di atas kertasnya.Rekod pesakit."Saya tengok puan semakin lama semakin sihat.Jadi,saya ada berita gembira untuk puan.Puan boleh balik sekarang." Jururawat dan doktor senyum serentak.Gembira sebab pesakit boleh balik.Ataupun,rasa senang hati sebab dah lepaskan tanggungjawab? 😂
Mata aku bersinar.Ma gosh.Aku boleh balik sekarang?
"Kamsahanida doktor!!" Ucap aku gembira.Jungkook gembira sebab Yuju boleh balik.Boleh dia manja dengan Yuju kat rumah nanti.
"Ni memang tugas saya puan.Puan dan tuan boleh jelaskan bayaran kat kaunter depan sana.Saya minta diri dulu"
"Nae.Kamsahanida sekali lagi dok" Doktor angguk kemudian dia menunduk sedikit badannya.Begitu juga dengan jururawat.Kami membalas tundukan itu.Kemudian,mereka berdua keluar dari wad Yuju.
"Saya ada masa kan untuk surprise kan omma?" Soal aku.Jungkook mengangguk.
"Sekarang pukul 6 pagi.Sempat lagi nih." Jangan terkejut.Bukan Jungkook datang awal ke hospital tapi,dia teman aku kat hospital.So,omma tak tahu lagi tentang kewujudan aku.Aku nak surprise kan omma aku bila aku tau yang birthday omma tak lama lagi.Kes 'pencarian Yuju' dah tamat semalam.Cepatkan?Irene dikawal ketat oleh polis.
YOU ARE READING
『C』My Cold Husband◆j.j.k
Romance꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦ Kena kahwin dengan mamat poyo,dingin,acah macho,hati beku membuatkan aku tidak setuju. Gila kot kalau aku setuju!Mamat sampah mana tah omma kutip dan jadikan aku isteri dia. Tapi,aku sedar semua ini takdir Tu...