✿ 23

289 36 0
                                    

Ħaï🥀🖤

Sekeping gambar dipegang olehnya.Matanya yang kuyu masih merenung pagar seperti menunggu kepulangan seseorang.Badannya yang gemuk menjadi kurus sedikit dek jarang mengunyah.

Puan Choi memandang gambar itu dengan pandangan sayu.Gambar itu memaparkan dua insan yang tersenyum manis.Ya,dia memang menunggu kepulangan seseorang,eh bukan,menunggu kepulangan dua orang yang dia sayang.

"Mana kamu dua pergi ni?Omma rindu kami berdua tau tak?"

Gambar itu dipeluk seolah olah memeluk tubuh badan dua orang itu.Tak dapat peluk badan mereka,peluk gambar pon jadilah.Hampir sahaja air matanya tertumpah jatuh turun ke pipi.

"Shuh..aunty.." Tetiba Lia muncul dari belakang Puan Choi lalu memeluknya.Cuba menenangkan orang tua itu.

"Aunty kena ada semangat untuk terus hidup.Jangan lemah macam ni.Aunty nak ke Yuju unnie jumpa aunty dalam keadaan tak sihat?Tak nakkan..Kawan Yuju unnie selalu ada rancangan untuk nak cari Yuju unnie dengan Jungkook oppa.Cuma,kena bincang dengan polis dulu."

"Kita tak tahu apa yang jadi kat luar sana tu Lia.Yuju dengan Jungkook sihat ke tak?Makan ke tak?Hidup macam mana la diaorg tu." Air mata Puan Choi turun mengalir ke pipi.Hidungnya merah.Begitu juga dengan matanya.

"Auntyy..Kita kena terus berdoa supaya diaorg selamat.Ni semua ujian." Pelukan semakin erat.Lia menangis disitu bersama Puan Choi.
"Aunty tak kuat..Diaorg je nyawa aunty.Lia jangan jauhkan diri Lia daripada aunty ye..." Tangannya ligat mengusap tangan Lia yang memeluknya.Lia tersenyum kelat.

"Ya,Lia tak pergi mana aunty.Lia stay dengan aunty" Mereka berpelukan disitu.Melepaskan rasa kesedihan disitu.

Skip

"Awak dah bangun lama ke?" Sapa Irene tetiba sambil memeluk badan Jungkook dari belakang.Kepala Jungkook memandang ke arah Irene lalu tersenyum manis.Tetiba,rindu pulak dengan suaminya itu walaupun asyik berkepit je 24 jam.

"Baru je." Jungkook memandang ke depan semula.Irene mengangguk.

"Buat apa duk kat luar ni?Sejuk tahu"

"Saja nak ambil angin." Keadaan menjadi sunyi semula.Tapi,sekejap je.

"Irene"

"Hm?"

"Oppa rasa nak kita stay kat Korea la.Oppa nak buka syarikat kat Korea ni.Syarikat tupperware kita tu kena kembangkan la.Oppa tak terfikir pulak nak buka syarikat kat Korea ni.Lagipon,Korea kan tanah air kita." Irene kehabisan kata.Mulutnya terkunci seakan ada mangga dimulutnya.

Skip

Kepala aku pening.Kenapa terasa pinar di kepala aku?Apa sudah jadi ni?

Perlahan lahan kelopak mata aku terbuka.Pandangan aku agak kabur.Mungkin aku tido seharian.

Semakin lama,pandangan aku jelas.Benda pertama aku nampak ialah siling berwarna putih.

Aik?Aku rasa siling bilik aku warna peach.Kenapa warna putih pula?Sejak bila Mingyu mengecat warna lain pulak ni?

"Yuju?" Aku memandang ke arah muka pintu.Ada seorang namja sedang memegang tombol pintu itu. Oh,Mingyu rupanya.

"Saya kat mana ni?" Soal aku.Mingyu hanya menelan air liur.Dia mula terketar ketar sambil teringat kata kata doktor semalam.

Dia takut Yuju akan ingat kejadian dimana dia bergaduh dengan Yuju sehingga putus.Dia tak nak kejadian itu berlaku.Dia tak nak berpisah dengan Yuju.Dia mahu buka buku baru.Hanya dia,Yuju dan anak anaknya nanti.Dia tahu,mereka berdua terputus disebabkan dia juga.

"Aw-awak kat hospital" Aku angguk.Oh,aku lupa sesuatu.

"Kenapa?!" Mingyu menelan air liur.Kesat.Setia mendengar soalan Yuju yang tergantung.

"Kena-napa apa?" Mingyu tergagap pula.

"Kenapa?!Oppa tinggalkan chagi keseorangan tadi?" Aku buat muka marah.Ye la,bangun je,dah nampak putih.Aku ingat aku dah mati tadi.Tak sempat nak insaf.

Mingyu melepaskan keluhan tanda lega.Nasib baik dia tak ingat tentang Jungkook.Kalau tak,musnah,hancur lebur rancangan dia dan Irene.

"Sorry la sayang.Oppa pergi kedai tadi.Pergi makan.Lapar"

"Lapar ye?Lapar cendol?"

"Bukan.Lapar chagi"

"Mingyu!" Aku menjeling tajam ke arah Mingyu.Buat lawak kotor pulak.

"Oppa lawak je.Jangan majuk eh?" Badannya didekatkan ke arah aku.Aku tetap dengan pendirian aku.

"Majuk la.Oppa buat lawak kotor!"

"Okay okay.Oppa minta maaf.Nae?"

"Hm nae nae.." Aku mengalah.

"Hehe..Macam ni la kesayangan oppa!" Terus badan aku didakapnya.Aku tersenyum.

"Yuju ingat something tak?"

"Ingat?Ingat apa?" Soal aku pelik.

"Ingat tentang kenangan kita." Aku cuba untuk mengingat semula dan...

Ada satu memori masuk dalam ingatan aku.

"Chagi nampak.."

"Nampak?" Memori tu.. Aku tak nampak Mingyu.Aku nampak seseorang.

"Kenapa aku kena kahwin ngan kau?Ni mesti kau rasuk omma aku ngan omma kau kan?Ala,aku tau la yang kau ni stalker aku.Biasa la,aku kan handsome"

•••

"Sebab nyawa kau dalam bahaya.Aku yakin Mingyu mesti ada rancangan jahat untuk dapatkan kau balik"

Mingyu jahat?Kenapa?

Kepala aku berasa sakit.Teramat sakit.Aku seperti berada dalam awangan.Mata aku terpejam kuat akibat kesakitan.Berdenyut denyut kepala aku.

"Yuju?Are you okay?" Soal Mingyu.Aku angguk.

"Okay..Sa-saya nak pergi tandas kejap" Mingyu angguk.Sebenarnya,dia teragak agak nak lepaskan Yuju pergi ke tandas.Dari luar dia boleh nampak Yuju seperti berada dalam keadaan tak stabil.

Aku turun perlahan lahan.Kepala aku semakin kuat berdenyut.Lebih kuat dari tadi.Kaki aku jejak diatas lantai tetiba berasa lemah.

"Yuju!!" Aku hanya dapat mendengar suara Mingyu.Semua menjadi gelap.

Skip

Termenung jauh melihat luar tingkap.Otaknya ligat berfikir.Sejak soalan tu keluar dari mulut Jungkook,terus dia mendiamkan diri sehingga sekarang ni.Bila Jungkook bertanya kepadanya,dia hanya mengangkat bahu.

Kalau Jungkook mahu stay di Korea selama lamanya,mesti dia akan terserempak dengan Yuju dimana mana.Susah ni.

"Hey kenapa termenung jauh ni?" Bahu Irene terhinjut dek teguran Jungkook tadi.Segera matanya beralih ke arah Jungkook.

"Oppa dah ada kat sini lama ke?"

"Lama la jugak sampai sakit kaki oppa berdiri tau.Amboi,fikir apa sampai oppa kat sini tak perasan?" Irene tersenyum sambil gelengkan kepalanya.

"Tak de pape"

"Tak de pape?" Kerusi disebelah Irene ditarik lalu duduk.

"Cerita la.Mana tahu oppa boleh tolong" Irene melepaskan keluhan.Dia dapat rasakan angin Jungkook baik.Mungkin,peluangnya hari ni untuk bertanya sesuatu yang boleh membuatkan Jungkook bantah.

Mata Irene menatap muka kacak Jungkook yang tersenyum manis.Satu senyuman,boleh mencairkan semua gadis di dunia ni tau.

"Boleh tak kita tak payah stay kat Korea ni selama lamanya?"

•To be continue•

Pertukaran

Mrs.Choi ➡ Puan Choi

Gue malas menaip Mrs.Choi🌬

『C』My Cold Husband◆j.j.kWhere stories live. Discover now