BAB 1

380 11 0
                                    

Nama aku Khaireen Elisa. Korang boleh panggil aku Elisa or Lisa. Aku seorang gadis yang mempunyai ketinggian 167 cm.

Sekarang aku berada di tingkatan 4 yang mengambil aliran sains tulen. Aku mempunyai keluarga yang dikatakan sempurna di mata masyarakat tetapi sebaliknya.

Ibu dan ayah aku bercerai ketika aku berumur 13 tahun. Sedih kan? Ayah aku berbangsa cina yang telah memeluk islam semasa tahun aku dilahirkan.

Nama islamnya ialah Dato Dr Ahmad Ooi bin Abdullah. Ibuku pula Datin Katrina binti Kamal.

Satu spekulasi yang aku buat ialah kenapa aku tidak berbinti kan nama ayah aku? Nak tahu nama sebenar aku? Nama aku ialah Khaireen Elisa binti Abdullah.

Kalau aku tak cakap pun korang dah tahu kan apa maksudnya? Nanti-nantilah aku cerita.

"Lisa oh Lisa" Laung mama dari dapur.

Aku tersentak dari lamunan yang entah melayang ke mana. Aku bergegas ke dapur setelah mendengar namaku dipanggil.

"Ye mama?" Aku bertanya sebaik sahaja aku sampai di sisi mama.

"Tolong belikan tepung dan gula" Mama menyerahkan not Rm 50 kepadaku lalu menyambung kerjanya.

Aku menyarungkan selipar lalu ke kedai. Setelah aku selesai membeli barang yang dipesan oleh mama aku segera pulang. Kang membebel pulak. Aku terdengar perbualan dua orang makcik yang tengah memilih sayur di sebelah kiri aku.

"Eh tu anak Datin Katrina kan?"

"Haah la. Eh kau tahu tak dia tu anak luar nikah?"

"Lah yeke?"

"Yelah bapaknya nama Ahmad tapi dia pulak berbintikan Abdullah"

Hatiku sakit mendengar tohmahan yang dilemparkan ke atas aku. Aku tidak berniat untuk dilahirkan sebegini. Aku pasrah. Isu 'anak luar nikah' ini aku tahu dari nenek aku. Kalau lah dia tidak bagitahu aku, sampai sekarang aku tak tahu.

FLASHBACK

"Assalammualaikum nek! Lisa masuk eh? Nek oh nek?" Laungku kuat. Tak sabar nak jumpa nenek.

"Oh dah sampai cucu nenek. Meh masuk. Ni teman nenek berapa hari ni? Sibuk sungguh cucu nenek ni ye?" Aku hanya senyum.

"Dua hari je nek. Sebab lusa ada kelas tambahan" Nenek mengangguk lalu mengajak aku masuk.

Setelah selesai mencuci pinggan aku duduk sebelah nenek. Nenek fokus menonton tv yang menyiarkan berita tentang isu-isu semasa.

"Haih, banyak sungguh kes anak luar nikah ni. Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang" Nenek beristighfar panjang. Aku beriak biasa sambil menolong nenek melipat baju.

"Lisa? Nek ada perkara nak bagitahu kamu. Tapi kamu kena kuat ye? Nek bukan apa, nek taknak kamu terus ditipu" Aku mengerutkan dahiku. Apalah nenek nak cakap ni? Berdebar pulak. Aku mengangguk sambil tersenyum.

"Apa nek?"

"Kamu tahu kenapa kamu berbintikan Abdullah?" Aku menggeleng perlahan.

"Sebab kamu anak luar nikah. Kamu tahukan anak luar nikah tu apa?" Bagai dihempap dengan batu yang besar. Aku cuba mencerna bait-bait kata yang disampaikan oleh nenek. Aku mengganguk lalu nenek meneruskan ceritanya.

"Sebelum mama menikah dengan papa, mama dah mengandung. Nenek tahu tapi nenek tak bersuara. Mama kahwin dengan papa dekat Thailand. Papa kamu tu bukannya islam tetapi dia muallaf. Dia berbangsa cina. Mama kamu tu liar dulu, macam-macam mama kamu buat. "Aku menghamburkan tangisanku di dalam pelukan nenek. Hati aku sakit. Jadi betullah kata orang sebelum ni? Aku anak luar nikah! Ya Allah dugaanmu sungguh berat.

Amyra Kirana dan Luth Khairil adalah anak Datin Katrina bersama arwah suaminya, Encik Firdaus.

Sebab itulah Amyra dan Khairil bersikap dingin dengan Khaireen.

'Maafkan nek, Lisa. Nek tak berniat nak sakitkan hati kamu. Tapi kamu berhak tahu'

END FLASHBACK

Aku terus pulang ke rumah. Aku tak nak kelihatan lemah di mata masyarakat. Aku membuka pintu rumah dan terus meluru ke dapur. Aku memberikan barang yang dipesan oleh mama beserta duit baki.

"Yang kau lambat sangat ni dah kenapa? Suruh beli dua barang pun lembab. Kenapa lah kau tak macam sepupu-sepupu kau tu? Rajin, pandai tak macam kau. Dah la lembab, pemalas pulak tu. Menyesal la ada anak macam kau" Aku menahan sebak di dada. Hati aku sakit. Ya mama selalu membandingkan aku dengan orang lain. Lembab? Banyak lagi perkataan yang mengguris hati aku selain perkataan tu. Aku hanya diam tidak bersuara.

"Lisa masuk bilik dulu mama" Aku berjalan ke arah bilik lalu menutup pintu.

Tangisan yang aku tahan dari tadi terhambur jua. Aku menangis sepuas-puasnya. Ibu kau sendiri yang hina kau, apa kau rasa? Ibu yang kau sayang, yang kau hormat.

"Sentap lah tu! Anak tak berguna! Satu kerja pun tak boleh diharap!" Perli mama kuat. Aku hanya mampu menangis.

Aku tak minta harta benda dari mama tapi cukuplah kasih sayang dari mama. Mama menyesal lahirkan aku? Aku kecewa.

TBC

Khaireen Elisa [ C ]Where stories live. Discover now