BAB 17

104 2 0
                                    

Malaysia, Rumah Keluarga Khaireen

"Assalammualaikum!" Sapa Knight diikuti Harris.

"Waalaikumsalam. Lisa!" Myra memeluk Lisa erat manakala Aril mengucap syukur kerana adiknya masih memikirkan tentang mamanya.

"Ish! Lepaslah! Rimas tahu tak! Kalau tak disebabkan mama, aku taknak lah balik Malaysia. Lagi-lagi jumpa korang!" Myra menahan air mata daripada mengalir. Keras sungguh hati adiknya.

"Sayang? Baik buruk diorang, diorang tetap saudara sayang" Khaireen hanya mengeluh.

"Mama mana?"

"Dekat hospital. Kitorang pun baru nak gerak ni. Jom lah sekali. Kita naik kereta Alphard mama, muat lah untuk korang yang ramai ni"

"Takpe, kitorang ada kenderaan sendiri. Lagipun kitorang tak sudi naik kereta dengan orang macam korang" Sejurus itu Khaireen bergerak ke kereta milik Ash.

Yelah kalau bukan kereta Ash, kereta siapa lagi? Yedok?

Hospital Kuala Lumpur

"Assalammualaikum ma?" Aril dan Myra menjengukkan kepala mereka sebelum masuk ke wad Datin Katrina.

"Waalaikumsalam anak-anak mama"

"Kitorang ada kejutan untuk mama"

"Kejutan apa pulak ni? Ada-ada jelah kamu berdua ni"

"Lisa, masuklah" Datin Katrina terharu. Dia tidak sangka anaknya, Lisa balik ke sini hanya untuk menjenguknya di hospital.

Khaireen masuk dengan wajah tanpa riak. Senyuman juga tidak terukir di wajahnya. Hanya tubuhnya sahaja bergerak ke katil mamanya malah tangan juga tidak dihulur untuk bersalam dengan mamanya

"Lisa sayang? Mama rindu kamu, mama..." Belum sempat Datin Katrina ingin menyambung tiba-tiba telefon milik Khaireen berbunyi.

"Urgent, got to go" Khaireen keluar dari wad untuk menjawab panggilan dari si pemanggil. Iphone 7+ miliknya diambil dari poket seluarnya. Tertera nama papanya.

Papa 😘 is calling...

Pa? What's wrong?

I'm the one who should ask you that question

Huh? Wait a second. About what? I'm totally forgot

You told me that you wanna tell me something but until now you didn't call me. So I decided to call you

Oh I see, it's about mom

What happen to her? It is so serious? Need my help?

I don't know because I didn't see the doctor yet. But for sure is I need your help. Can you come here tommorow?

I'm sorry sweetheart, tommorow I can't. My schedule is full. What about the day after tommorow? I'll inform my P.A about going back to Malaysia

Okay pa. I got to go now. I wanna check mom. See you later

Okay darling. Bye takecare!

End Call

"Kau cakap dengan siapa tu? Speaking bagai?" Tanya Ayden pelik

"Papa dia lah. Kalau bukan papa dia, siapa lagi? Betul tak Reen?" Jawab Kira pula.

"Haah betul la tu. Aku nak masuk dalam jap. Kalau korang lapar pegi lah makan dulu nanti aku menyusul"

"Betul ni?" Tanya Harris

"Ye. Pegilah dulu dengan diorang. Oh satu lagi, kalau jumpa mamat handsome cakap Khaireen minta nombor tau dan jangan lupa tunjuk gambar sekali" Harris mencebik geram. Ada saja nak sakitkan hati orang

"Sayang..." Panggil Harris geram

"HAHAHAHA gurau jelah. Kk bye"

***

Khaireen masuk ke dalam wad mamanya. Dia melihat mamanya sudah tidur lalu memanggil Myra dan Aril.

"Myra, Aril." Khaireen membuat isyarat mata menunjuk ke luar. Mereka berdua bangun mengikut Khaireen.

"Kenapa mama boleh kena tahan wad ni?"

"Sebenarnya mama terkena serangan jantung. Waktu tu dia tengah siram pokok bunga dekat laman"

"Serangan jantung? Sejak bila mama ada serangan jantung?"

"Tahun lepas"

"Kenapa korang tak bagitahu aku?"

"Hm kitorang tak berani sebenarnya. Kitorang takut Lisa tak percaya" Myra menunduk memandang lantai. Takut melihat Khaireen yang ingin meletup itu.

"Oh bila orang tua tu dah masuk hospital baru nak call aku suruh balik? Kenapa tak call masa dia dah nazak je?"

Pang

Merah pipinya ditampar Aril. Rahangnya bergerak menahan sakit. Air mata langsung tidak ingin keluar. Dia sudah menjangkakan hal ini akan berlaku.

"Ini lah salah satu sebab aku tak suka kau Aril. Cepat melenting, belum habis orang cakap kau dah hentak orang tu"

"Hah maksudnya?" Tanya Myra sedikit takut.

"Maksud aku, kalau korang bagitahu awal, aku boleh inform papa. Jadi, dia boleh buat persediaan untuk rawatan mama dekat New York. Huh, kalau macam ni lah perangai korang, aku rela bawa balik mama ke New York untuk tinggal dengan aku. Biar aku, papa dengan Knight jaga dia dekat sana. Nak harapkan korang? Dia tengah nazak baru korang nak call aku. Manusia jenis apa lah korang ni. Dan satu lagi, papa akan datang sini lusa. Aku akan berbincang dengan papa tentang ni, korang tak boleh bantah apa yang papa cakap. Faham?" Khaireen berlalu pergi dengan perasaan sakit di hati.

Yelah belum apa-apa lagi dah kena penampar. Hati siapa yang tak sakit?

Sebenarnya Khaireen sudah lama memaafkan mamanya, itu pun kerana kata-kata semangat dan nasihat yang diberikan oleh Harris. Dia juga rindukan mamanya. Kalau bukan kerana mamanya, dia pasti tidak lahir ke dunia dan tidak mengenali erti kehidupan.

TBC

Khaireen Elisa [ C ]Where stories live. Discover now