A-7 HOTEL
"Aku gugup la Myra" Ujar Khaireen sambil menggenggam tangannya.
"Tenang ok? Aku ada dengan kau" Kata Myra sambil menepuk-nepuk belakang Khaireen bagi memberi semangat.
"Puan Khaireen? Puan diminta untuk bersiap sekarang kerana pihak lelaki sedang bersiap" Beritahu juru solek itu.
"Baik"
Khaireen memakai gaunnya lalu duduk di hadapan meja solek untuk disolek.
Mak andam telah melakukan tugas yang baik. Dia menghias wajah Khaireen dengan solekan yang tidak terlalu simple dan tebal. Cantik sahaja di wajahnya.
"Poji! Turn kau pulak!" Mak andam itu memanggil 'Poji' selaku pendandan rambut.
"Aku tahu la, Bob. Sibuk je terpekik terlolong" Perli Poji.
Bob berlalu pergi setelah kerjanya siap.
"Ok saya beri puan dua pilihan sama ada puan nak style messy fishtail plait or low neck bun?" Tanya Poji.
"Myraaaaaaaaa" Meleret sahaja Khaireen memanggil kakaknya.
"Ya? Kenapa ni?" Soal Myra
"What style should I choose? Messy fishtail plait or low neck bun?" Myra mengetuk dagunya ala-ala berfikir gitu.
"Aku rasa style low neck bun kot?" Ujar Myra.
"Ok saya dah buat pilihan. Saya nak style messy fishtail plait ya" Myra dan Poji membuat muka.
Tadi Khaireen beria-ria tanya pendapat Amyra tapi lain jadinya.
"Baik kau tak payah tanya aku" Rengus Myra.
"AHAHAHA! Aku ingat kau nak pilih yang aku pilih tapi kau pilih yang bun mende tu" Kata Khaireen.
"Ish yelah. Aku tunggu kat luar. Baik lepak dengan Henry" Lantas Myra keluar meninggalkan Khaireen.
Khaireen hanya tersenyum. Cakap jelah nak dating.
Rambut Khaireen siap didandan seperti yang diminta.
Setelah menilik diri di hadapan cermin, Khaireen berpuas hati.
"Thanks Poji. It really suits me. You can go now" Poji tersenyum kerana kliennya berpuas hati dengan khidmatnya.
"Baik puan. Kalau puan perlukan khidmat saya lagi, puan boleh call saya atau text saya untuk sebarang tempahan ya?" Khaireen mengangguk.
Dia benar-benar berpuas hati dengan rambutnya. Tak sia-sia dia memilih Fauzi Head Style.
Lepas ini kalau dia hendak pergi ke event yang besar, dia pasti akan menghubungi Fauzi aka Poji.
"Lisa?"
YOU ARE READING
Khaireen Elisa [ C ]
RomanceKisah seorang gadis berstatuskan anak luar nikah. Dia memiliki sebuah keluarga yang mempunyai high class level. Fasha dan Adriana memperalatkan Lisa untuk mendapatkan harta dan populariti. Setelah kebenaran terbongkar, dia membawa diri ke New York u...