BAB 18

103 2 1
                                    

Rumah Keluarga Khaireen

Knight dan Harris sedang merehatkan diri sambil menonton televisyen manakala Khaireen masih menunggu papanya, Dr Ahmad Ooi. Myra dan Aril pula berada di hospital menjaga Datin Katrina.

Khaireen duduk di laman tempat Datin Katrina menanam pelbagai jenis bunga. Ada bunga ros, bunga orkid, bunga kertas dan macam-macam jenis lagi. Bau bunga-bunga itu menenangkan fikiran Khaireen yang tengah runsing itu.

Sedang dia menghirup udara segar, tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia membuka aplikasi Whatsapp untuk melihat mesej tersebut

Unknown

Image
📷

Orang yang berada di dalam gambar tersebut membuatkan Khaireen agak terkejut. Orang itu ialah Harris. Kekasih hatinya! Jelas sekali riak wajahnya begitu gembira sambil memeluk bahu wanita itu. Hatinya retak bagaikan pinggan yang pecah.

Unknown is typing...

Meet me at Starbuck this afternoon. I wanna show you something. It might hurt your heart but its the truth. And I think you should know about it

I think you're messing up with the wrong person. I don't even know you how come I wanna meet you?

I'm sorry, let me introduce myself. I'm Danel William. Do you still remember me?

Danel... How you got my number?

That is not important. So do you agreed meeting me at Starbuck? I'll wait for you honey. See ya!

Khaireen menutup telefonnya. Skrin yang cerah diterangi cahaya menjadi gelap. Hatinya agak tercabar apabila Danel berkata begitu. Dia mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan Danel. Dia harus menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Dia perlu tahu kebenaran sama ada Danel ingin menipunya atau dia berkata benar.

Khaireen masuk ke dalam rumah lalu mengambil kunci keretanya. Audi menjadi pilihan. Aikk? Khaireen ada kereta? Of course dia ada, kereta Audi miliknya ialah pemberian papanya ketika hari lahirnya yang ke- 19. Okay cukup.

Ash dan yang lain hanya memandang Khaireen pelik. Buang tebiat apa budak ni nak drive?

"Kau nak pegi mana tu Reen?" Tanya Kira pelik

"Keluar"

"Tahulah keluar. Tapi ke mana?"

"Urgent"

"Tapi..."

Emir dan Haniey saling berpandangan. Mereka mengangkat bahu tanda tidak tahu manakala Kira berasa tidak sedap hati. Ash hanya mendiamkan diri. Jenny dan Ayden kembali menyambung drama mereka di tv3. Harris? Dia hanya melihat pemergian Khaireen menggunakan ekor matanya. Hatinya juga tidak berasa risau malah dia semakin rimas melihat kemanjaan Khaireen bila bersamanya.

Starbuck

"Mana Danel ni? Ish aku rasa aku dah kena tipu ni"

"Tak, kau tak kena tipu"

Khaireen tersentak. Kus semangat.

"Ada apa yang penting sangat kau nak jumpa aku ni? Dan bila kau balik Malaysia?"

"Minggu lepas. Oh pasal kau dengan Harris. Harris cheated on you. Didn't you realize that he totally changed?"

"Apa kau mengarut ni?!"

Danel menunjuk video Harris bersama seorang perempuan sambil bergelak ketawa berpimpin tangan. Hati Khaireen agak terguris tapi dia masih menafikan bahawa lelaki itu ialah Harris.

"Masih tak percaya? Kau akan percaya bila kau dengar voice note ni"

Playing a voice note

"Abang, Rina ada benda nak bagitahu abang ni. Harris! Harris melamar Rina jadi girlfriend dia! And guess what, he bought me a ring which is written his name! Dia ada lah jugak bersembang tentang kahwin. Abang, Rina tak pernah rasa bahagia macam ni tau! Dia cakap dia akan putus dengan girlfriend dia sebab dia dah bosan. Dia cakap girlfriend dia tu macam kanak-kanak ribena. Dia ada bagitahu Rina nama girlfriend  dia tapi apa tah nama girlfriend dia, hm haa Lisa! Dia cakap Lisa tu annoying. Lepastu dia cakap lagi yang dia dah rimas dengan Lisa. Hm abang Rina dah penat lah voice panjang-panjang ni. Rina nak rehat dulu sebab baru balik shopping dengan Harris. Hehehe, bye abang"

"So, puas hati? Dah percaya? Aku bukan nak sakitkan hati kau tapi aku terpaksa. Aku pun tak sangka adik aku, Rina boleh jatuh hati dekat Harris. Dan yang paling aku terkejutnya, aku tak sangka Harris yang dia suka tu boyfriend kau"

Khaireen masih statik di situ. Kebenaran yang dia terima sangat sukar untuk dia hadam. Dugaan apa lagi ni? Khaireen bangun lalu keluar dari Starbuck. Dia ingin pulang! Dia harus berjumpa dengan Harris! Danel menguntum senyum, akhirnya dia berjaya membuatkan hubungan Khaireen dan Harris retak. Terima kasih Rina, kerana berjaya menggoda Harris.

***

Sesampainya di rumah, Khaireen terus melulu masuk mencari Harris. Setelah dia nampak kelibat Harris, dia pergi ke arah Harris lalu menampar Harris kuat.

Pang!

Merah tangannya tidak dihirau. Hatinya lagi sakit berbanding tangannya itu.

"Kau pahal tampar aku?" Panggilan manja yang Harris selalu gunakan, sudah hilang entah ke mana. Knight hanya terkejut.

"Kau tanya aku kenapa? Kau tu yang kenapa! Kau curang belakang aku! Sampai hati kau kan! Dulu bukan main kau cakap kau sayang aku la apa lah, tapi sekarang? Kau curang belakang aku. Kenapa Harris?" Khaireen menumbuk-numbuk dada Harris kuat.

"Oh jadi kau dah tahu? Ha bagusla tak perlu aku berselindung lagi. Ye memang aku curang dengan kau"

Knight terkejut. Dia tidak sangka Harris sanggup berbuat demikian.

"Atas alasan apa kau sanggup curang dengan dia hah? Dulu bukan main kau minta tolong aku untuk dapatkan Reen!" Tengking Ash.

"Sebab aku dah rimas dengan dia! Dia annoying! Sikap macam kanak-kanak ribena. Aku dah tak tahan. Aku dah bosan dengan perangai dia! Faham?"

Pang!

Kali ini bukan Khaireen yang menampar muka Harris tetapi Kira. Harris memegang pipinya yang merah akibat tamparan Kira. Harris mengangkat tangannya untuk menampar Kira tetapi dihalang oleh Ayden.

"Bro, jangan kau sentuh awek aku kalau kau tak nak sakit. Sekarang kau blah! Aku tak nak tengok muka kau dalam rumah ni! Dasar sepupu tak guna!" Jeda Ayden masih bersabar.

Harris keluar dengan kemarahan yang membuak-buak manakala Khaireen jatuh terduduk sambil menangis teresak-esak.





TBC

Khaireen Elisa [ C ]Where stories live. Discover now