BAB 24

100 3 0
                                    

"Aryan, wake up. We had reached our destination" Aryan bangun tanpa banyak karenah. Setelah mengambil bagasi, Khaireen menahan sebuah taxi dan menuju ke rumah Ash.

"Aryan. Tolong mama pegang beg tangan mama jap. Mama nak buka pintu" Sebaik sahaja Khaireen memulaskan tombol pintu, satu persatu muka Knight menyapa retina matanya.

"God! You guys freaked me out! Korang buat apa dekat sini?" Knight tersengih.

"Saja nak tengok 'permainan' kau" Kata Ayden

"Ash?! Kau bocor rahsia aku ke setan?" Ash menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sorry weh. Diorang paksa aku bagitahu benda sebenar"

Khaireen menutup pintu kasar. Dia menarik Aryan pergi dari rumah itu.

"Mama, kita nak pergi mana pulak ni? Aryan letih la" Khaireen berasa kasihan melihat Aryan yang merungut keletihan lantas memujuk Aryan.

"Kita nak pergi beli baju untuk Aryan la. Takkan Aryan nak pakai baju yang sama setiap hari?" Aryan tersenyum gembira.

Dia hanya mempunyai dua helai baju sahaja.

RUMAH ASH

"Kau bodoh! Asal terjah soalan macam tu sial? Kau tengok dia dah lari. Dengan beg dia tinggal, kau nak dia tidur tepi jalan ke setan?

Kalau kau tak kesian dekat dia, kau kesian la dekat budak tu. Dia kecik lagi kot" Ash melepaskan amarahnya yang semakin membara.

"Niat aku tadi nak bergurau je weh, tak sangka dia sentap" Ayden berasa serba salah yang teramat.

"Kita tak tahu apa yang dia lalui dekat China. Kau takkan tak faham perasaan dia. Bayangkan kau kat tempat dia, apa kau rasa bila orang terjah kau macam tu?" Ujar Kira kecewa.

MALL

"Aryan nak beli apa, Aryan beli je k? Mama belanja" Aryan menepuk tangan gembira.

Setelah beberapa minit Khaireen membiarkan Aryan memilih baju-baju yang hendak dibeli, Aryan menyergah Khaireen yang mengelamun sambil menghadap jalan.

"Mama! Aryan dah habis pilih. Sekarang tunggu mama bayar je" Khaireen mencari beg duit nya.

"Kat mana pulak beg duit aku ni. Haih Reen kau jangan buat hal"

"How much?" Soal lelaki itu.

"$77" Balas jurujual itu.

"Kau tertinggal purse masa kau keluar tadi" Kata Ayden.

Khaireen menjeling Ayden lalu bergerak pergi bersama Aryan. Ayden mengeluh kecil lalu mengejar langkah Khaireen yang semakin menjauh.

"Reen! Aku minta maaf. Aku takde niat pun nak sakitkan hati kau. Aku..."

"Ish takdelah. Aku okay je. Saja acah merajuk" Ayden mengusap tengkuknya.

"Dia pandai cakap melayu tak?" Khaireen mengangguk.

"Apa nama penuh Aryan?"

"Mama tak kasi cakap dengan orang yang Aryan tak kenal. Pakcik siapa?" Khaireen menahan tawa.

"Kurang asam jawa punya budak. Ada ke patut dia panggil aku pakcik" Rajuk Ayden.

"AHAHAHAHAHAHAHA!" Khaireen ketawa terbahak-bahak tanpa henti. Aryan pun turut ketawa.

"Aryan, orang yang Aryan panggil pakcik ni, kawan mama lah. Dia yang belanja Aryan tadi tahu tak. Minta maaf cepat" Aryan menghulurkan tangan untuk memohon maaf daripada Ayden.

Khaireen Elisa [ C ]Where stories live. Discover now