Benarlah kata hati bahawa perasaan kasih dan sayang tidak dapat disembunyikan walaupun kita menidakkan perasaan itu.
Walaupun kasih sayang antara Khaireen dan Harris diselebungi kebencian tetapi hari ini mereka masih bersama.
Kenapa hal ini berlaku? Ini kerana cinta suci mereka telah disemai oleh sang pencinta ini.
Kasih sayang yang tidak dapat diputuskan walaupun pelbagai onak dan duri yang menempuh mereka.
Merentasi pelbagai cabaran dan dugaan bukan alasan untuk mereka berputus asa.
Malah hal ini telah membangkitkan semangat mereka untuk meneruskan hidup.
***
Khaireen bangun sambil matanya ditenyeh perlahan.
"Oh mak kau!" Terlatah dibuatnya apabila melihat seorang lelaki tidur di sebelahnya.
Matanya meliar mencari Aryan.
Dia bergegas turun ke tingkat bawah mencari Aryan.
"Aryan? Where are you? Aryan!" Matanya berair menahan tangisan yang bila-bila masa sahaja akan tumpah.
"Ya mama. Aryan dekat sini la. Semalam Aryan tidur dengan Abang Ash la" Aryan muncul di depan Khaireen sambil menunjukkan senyumannya.
Khaireen mengurut dadanya perlahan. Risau dibuatnya. Kus semangat cek!
"Kenapa Aryan tak nak tidur dengan mama? Kesian dekat mama tau" Rajuk Khaireen
"Mama kan tidur dengan papa. Jadi Aryan tak nak la kacau mama dengan papa dating" Ternganga luas mulut Khaireen mendengar ayat-ayat Aryan.
Ini mesti kerja Ash!
"Apa Aryan cakap ni? Papa? Mana ada mama tidur dengan papa" Khaireen diam sejenak.
Lelaki yang dijumpainya pagi tadi di sebelahnya itu jangan-jangan...
"Kau tak ingat ke Reen? Petang kemarin kau ajak Aryan dengan aku pergi outing tapi kau pulak tertidur di sisi Harris. Jadi, kitorang pergi berdua je la. Tak nak ganggu kau hehe" Terang Ash sambil tersengih.
Khaireen ternganga kali kedua. Dia tidur dengan Harris?
"Ta.. tapi a.. aku" Sejak bila kau gagap ni Khaireen.
"Macam mana? Bukan ke.." Percakapan Khaireen dipotong oleh Ayden.
"It's a long story. Takkan kau tak ingat apa yang jadi?" Khaireen berfikir.
Otaknya ligat mengingat semula kejadian yang berlaku.
"Haah la aku baru ingat. Tapi asal korang bagi aku tidur dengan dia hah! Asal tak angkat dia tidur dekat bilik tetamu?!" Soal Khaireen panas.
"Dah kau peluk aku erat sangat semalam. Aku tak sampai hati nak tinggal kau tidur sorang-sorang" Kata Harris.
Knight hanya tertawa tetapi Khaireen pula menutup wajahnya yang kian membahang akibat termalu dengan kata-kata sendiri.
"Ada orang tu blushing la hahaha" Usik Jenny.
Khaireen bergegas naik ke biliknya sambil mulutnya tak henti-henti menyumpah seranah dirinya yang terlanjur mengungkapkan kata-kata.
Khaireen duduk di atas couch merah miliknya sambil memikirkan hala tuju hidupnya bersama Aryan.
Usianya sudah masuk 23 tahun. Takkan dia masih ingin meneruskan zaman bujangnya tanpa hala tuju memandangkan dia mempunyai seorang anak. Dia harus memikirkan kehidupan Aryan selepas ini.
YOU ARE READING
Khaireen Elisa [ C ]
RomansaKisah seorang gadis berstatuskan anak luar nikah. Dia memiliki sebuah keluarga yang mempunyai high class level. Fasha dan Adriana memperalatkan Lisa untuk mendapatkan harta dan populariti. Setelah kebenaran terbongkar, dia membawa diri ke New York u...