Jam loceng di telefonku sedikit sebanyak mengganggu tidurku. Aku bangun dan melihat ke arah jam yang tergantung di dinding bilikku. Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Aku mencapai tuala lalu membersihkan diri. Setelah siap mandi, aku menunaikan solat subuh. Aku meluahkan segala masalah yang terbuku di hati kepada Allah. Sesungguhnya Allah lebih memahami. Setelah selesai menunaikan solat aku menyarungkan uniform sekolah. Aku seorang gadis yang freehair. Aku bersekolah di Royal Private Highschool. Keluarga aku boleh dikatakan kaya lah jugak. Sebab sekolah ni bukan calang-calang orang boleh masuk.
4 Jupiter
"Eh awal pulak kau datang harini. Mimpi ape tetiba datang awal ni?" Aku memerli Fasha sebaik sahaja aku masuk ke kelas.
"Eh diam lah kau. Mama aku lah. Dia kejutkan aku pukul 5:00 pagi kot. Aku pun terus bangun, ingatkan dah lambat. Aku punya lah kelam kabut tengok-tengok jam baru pukul 6:00 pagi. Kau rase?" Aku hanya tergelak. Tapi untunglah mama Fasha seorang yang memahami, tak macam mama aku.
FLASHBACK
"Mama... Jom pegi sekolah. Lisa dah siap ni" Mama mengendahkan aku. Tumpuannya seratus peratus ke arah game di telefonnya. Aku tidak berputus asa. Aku masih mengajak mama walaupun aku tahu mama takkan bangun. Aku pandang jam sekilas, sudah pukul 6:30 pagi.
"Mama, jomlah. Nanti jalan jammed" Mama merengus geram.
"Eh kau sabar kejap boleh tak? Aku nak main game pun tak senang lah. Kau nak pegi sekolah awal-awal nak buat apa? Nak menggatal? Nak jadi bohsia?" Zappp! Aku terkedu. Sampai hati mama cakap macam tu. Aku diam seribu bahasa. Mama bangun lalu bersiap.
END FLASHBACK
Aku tersedar dari lamunanku apabila ternampak Cikgu Aleeya yang sudah masuk ke kelas. Cikgu Aleeya mengajar subjek Biologi. Suaranya yang lembut mampu membuatkan pelajar 4 Jupiter membuat peta atas meja.
"Saya nak kerja yang saya bagi ni siap esok! Siapa yang tak siap, berdiri luar kelas dan pakai tag ni" Aku mengalih perhatian ke arah tag yang disebut oleh Cikgu Aleeya.
'Saya pemalas... Contohi lah saya'
Simpang malaikat 44 la weh. Dah la tag tu besar gedabak. Malu beb!
***
RPH Cafe
Aku termenung memikirkan masalah keluarga aku. Aku pun tak tahu apa salah aku sampai aku dibenci.
"Termenung jauh nampak... Teringat boyfriend ke" Adriana menyenggol bahuku. Aku hanya senyum ke arahnya.
"Eh takde nye nak teringatkan boyfriend. Kau tak payah nak perli aku. Aku tahu lah aku single mingle" Ujarku beserta jelingan tajam.
"HAHAHAH sian kau. Jadi lah macam aku dengan Fasha. Seronok tau ada boyfriend ni. Boleh manja-manja" Adriana tersengih sambil menggosok kepalanya yang diluku oleh Fasha.
"Eleh manja sangat. Diorang merajuk kita jugak kena pujuk. Nasiblah dapat boyfriend kuat merajuk ni" Fasha mengeluh kecil. Aku pulak dah tergelak. Kesian!
"Eh Lisa kau minat sape? Ceritalah... Mana tahu kitorang kenal" Adriana sengaja mengumpan Lisa.
"Hee aku minat KP kita tu" Aku menggaru kepala ku perlahan.
"Adrian Harris? Kau biar betik? Pakcik singa terlepas tu? Dah la dingin je memanjang" Fasha separa menjerit. Aku sudah menepuk dahi. Sengal punya kawan!
"Sape pakcik singa terlepas hm?" Tanya Harris tegas sambil matanya dijegilkan ke arah Fasha. Fasha terdiam. Mampus la nak!
"Er takde pape. Eh Adriana kau tak ingat ke Cikgu Fendy nak jumpa?" Fasha cepat-cepat lari sambil menarik tangan Adriana meninggalkan Lisa sendirian.
"Mind to explain?" Soal Harris tegas.
"Er nothing. They just joking. Aku harap kau tak marah?" Ujar Lisa takut-takut.
"Suit yourself then. Oh btw please stay away from me. You're not my taste. Tak payah nak curi-curi pandang aku. Kau ingat aku tak tahu ke? Dasar attention seekers!" Hambur Harris. Lisa menunduk memandang lantai. Hatinya sakit diperlakukan sebegitu. Lisa bangun dan terus berlalu pergi. Harris tersenyum sinis.
Koridor kelas
"Puas hati aku dapat kenakan Lisa tadi. Dia fikir dia bagus? Memang tak dinafikan dia cantik sebab dia ada mix china. Cantik tapi anak luar nikah nak buat apa" Lisa menahan geram mendengar perbualan Fasha dengan Adriana.
"Haah kan. Lagipun kita kawan dengan dia kan sebab dia kaya. Tapi betul jugak kau cakap, dia cantik. No wonder lah followers dia 577 k. Tapi kita apa kurangnya. Aku rasa kita lagi cantik dari dia" Adriana mengomel panjang.
Hati aku bagai disiat-siat. Allahu... Aku tak sangka diorang sekejam ni. Aku berdehem kuat sebelum memasuki kelas. Mereka yang perasan kehadiran aku terus berpura-pura innocent.
TBC
YOU ARE READING
Khaireen Elisa [ C ]
RomanceKisah seorang gadis berstatuskan anak luar nikah. Dia memiliki sebuah keluarga yang mempunyai high class level. Fasha dan Adriana memperalatkan Lisa untuk mendapatkan harta dan populariti. Setelah kebenaran terbongkar, dia membawa diri ke New York u...