Tok tok tok
"Haih sape la datang malam-malam ni? Orang dah nak tido la" Keluh Khaireen.
Khaireen membuka pintu dan
"..." Khaireen terlopong. Macam mana mama tahu?
"Mama datang dengan Aril dan Myra" Sebaik sahaja mendengar nama Aril dan Myra, Khaireen terus menutup pintu.
"Pehal kau main pintu ni?" Soal Emir polos.
"Mama aku datang"
"La asal tak bagi dia masuk. Kau nak jadi anak derhaka ke?" Tanya Ayden lembut.
"Bukan salah aku kalau aku jadi anak derhaka. Diorang yang buat aku jadi macam ni" Kira tersenyum.
"Tak salah kan bagi diorang peluang?" Jawab Kira lembut.
Di luar
Datin Katrina terkedu apabila Khaireen bertindak untuk menutup pintu. Dia menangis teresak-esak di muka pintu. Dia berharap Khaireen akan berjumpa dengannya.
"Mama sudah la tu. Dia masih terkejut tu" Myra menggosok belakang mamanya.
"Kita balik eh? Nanti kita datang balik?" Pujuk Aril pula.
Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Tersembul wajah Ash.
"Auntie, Aril, Myra? Masuklah dulu" Ash mempelawa mereka bertiga masuk. Khaireen menoleh ke arah lain apabila ternampak kelibat Aril dengan Myra.
"Lisa? Dah taknak tengok muka mama ke? Lisa dah benci dengan mama ke?" Khaireen mengeluh perlahan. Dia teringatkan pesanan nenek di dalam mimpinya itu.
'Cu, memaafkan sesuatu perkara yang pernah melukakan hati kamu itu memang berat. Tapi percayalah dengan memaafkan, hidup kamu akan lebih bahagia'
"Tak aku tak benci kau. Cuma aku tak boleh lupa apa yang kau buat dekat aku. Maaf kalau aku kurang ajar dengan kau" Jawab Khaireen dingin.
"Mama mintak maaf sayang? Maafkan mama ye? Mama takde niat pun nak pilih kasih. Mama ego. Sebenarnya, mama lah orang yang paling sedih bila Lisa tinggalkan mama dan lari ke New York. Mama rasa kosong. Mama rindu Lisa" Datin Katrina agak terkejut dengan cara Khaireen bercakap dengannya. Tapi tak apalah asalkan dia mahu bercakap itu pun sudah mencukupi.
"Lisa? Maafkan akak dengan abang jugak ye?" Myra memegang tangan Khaireen sambil tersenyum.
"Tengoklah macam mana" Jawab Khaireen acuh tak acuh. Tangan yang dipegang oleh Myra ditarik kembali ke tempat asalnya.
Aril dan Myra mengeluh. Hati Khaireen masih sama. Siapa cakap memaafkan ni senang? Cakap dekat mulut senang la. Tapi ni melibatkan hati. Kita kena ikhlas memaafkan seseorang itu, barulah hati kita akan tenang.
"Eh korang jom lah makan. Harini chef Haniey yang masak" Laung Jenny kuat dari dapur.
"Jenny bab makan memang laju" Gelak Ash.
30 minit kemudian
"Makanan dah siap!" Jerit Haniey ceria.
Knight dan Datin Katrina sudah pun berlalu ke meja makan. Tinggal lah Khaireen, Myra dan Aril sahaja di ruang tamu. Suasana amat sepi. Khaireen dengan kerjanya, bermain telefon. Myra dan Aril pula cuba menyusun ayat untuk bercakap dengannya. Aril berdehem kecil untuk menarik perhatian Khaireen. Tetapi tidak berjaya, Khaireen masih mengendahkan dia.
"Lisa?" Panggil Myra
"Kitorang mintak maaf. Let bygone be bygone, okay? Kita bukak buku baru ye? Buku lama kita lempar jauh-jauh" Ujar Aril bersungguh-sungguh.
"Cakap memang senang. Aku yang tanggung derita bukan korang" Dingin sahaja nada Khaireen. Dia bangun lalu pergi ke arah meja makan.
***
"Awal korang bangun?" Sindir Ayden
"Lisa yang ajar kitorang supaya bangun awal" Ujar Myra sayu.
"Okay macam ni lah. Kejap lagi aku nak pegi New York Street nak beli makanan sikit. Jom lah ikut, korang boleh belikan gula-gula kapas untuk Reen. Her favourite" Myra dan Aril tersenyum.
"Terima kasih erm?"
"Ayden" Jawab Ayden ringkas.
New York Street
"Korang beli satu cukup la untuk Reen sebab takut membazir pulak. Aku dah beli 7 bungkus untuk dia ni" Ayden menggarukan kepalanya
"Banyak nya?!" Terlopong mulut Aril dibuatnya.
"Biasalah dia. Tahu sangat satu takkan cukup. Eh korang beli la untuk korang sekali. It's okay. My treat"
"Tapi..." Baru sahaja Myra ingin menyambung Ayden terlebih dahulu memotong.
"Kan aku dah cakap tadi, aku belanja. Dah cepat beli. Aku ada kelas kejap lagi" Myra dan Aril mengangguk.
Ayden, Aril dan Myra sampai di rumah. Ayden sengaja tidak mahu membawa masuk plastik gula-gula kapas yang dibelinya tadi. Dia bawa coklat sahaja.
"Eh pergi beli tak cakap! Kau tahukan stok makanan aku dah habis?" Ujar Jenny marah.
Gula-gula kapas yang dibeli oleh Aril dan Myra diletakkan di atas meja. Kebetulan Khaireen yang baru turun dari tangga menjerit kuat.
"Gula-gula kupas!" Khaireen sudah terlompat-lompat macam beruk.
"Gula-gula kapas la sengal" Ayden menarik muka masam. Asyik dia je kena perbetulkan.
"Thanks Ayden sebab belikan" Myra dan Aril tersengih. Ayden pulak menepuk dahinya.
"Bukan aku yang beli la. Tu haa akak dan abang kau yang beli. Diorang ikut aku tadi" Terang Ayden.
"Oh korang yang beli?" Soalan Khaireen dibalas dengan anggukan daripada mereka berdua.
Khaireen pergi ke tong sampah yang berdekatan dengannya lalu membuang gula-gula kapas tersebut.
Myra dan Aril terkejut. Knight juga terkejut. Mereka tidak menyangka Khaireen akan membuang makanan kesukaannya.
TBC
YOU ARE READING
Khaireen Elisa [ C ]
RomanceKisah seorang gadis berstatuskan anak luar nikah. Dia memiliki sebuah keluarga yang mempunyai high class level. Fasha dan Adriana memperalatkan Lisa untuk mendapatkan harta dan populariti. Setelah kebenaran terbongkar, dia membawa diri ke New York u...