The Curve, Shopping Mall
"Urusan kita dah selesai. Penat weh kena hadap wartawan tadi" Khaireen mengeluh panjang.
"Haah sekarang ni kita nak buat apa? Cuti kita masih berbaki 2 hari lagi" Soal Ayden.
"Erm... Kita jalan-jalan kat sini nak? Habiskan masa dekat sini?" Cadang Jenny.
***
Khaireen berjalan di hadapan manakala Knight lebih suka berada di belakang. Acah bodyguard gitu haa. Gelak ketawa mereka kedengaran. Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju ke arah Khaireen. Khaireen kaku. Kakinya seolah-olah di gam.
"Reen! Watch out" Khaireen memejam rapat matanya.
Harris yang kebetulan lalu di kawasan itu cepat-cepat menolak Khaireen yang kaku berdiri di tengah jalan itu. Khaireen mencelikkan matanya perlahan-lahan. Buka sahaja mata, orang pertama yang dia nampak ialah Harris.
"Kau okay? Ada sakit kat bahagian mana-mana tak?" Soal Harris prihatin.
"Aku okay. Thanks" Khaireen segera bangun dan berlari ke arah Knight diikuti Harris. Pantas dia memeluk Ash yang ingin meletup. Ash membalas pelukan Khaireen.
"Please don't do that again? Nak tercabut jantung aku tengok kau kaku kat situ" Ujar Ayden lembut. Ash hanya menggosok belakang Khaireen.
"Cita-cita kau memang nak jadi patung cendana ke ape hah?" Hambur Haniey.
Jenny dan Kira menahan gelak. Haniey membebel kalah mak-mak. Watak mak-mak memang tak sesuai dengan Haniey. Kalau dipanggil untuk berlakon, dia lah orang pertama yang kena reject. Eh melalut pulak.
Khaireen diam. Dia bermain dengan hujung baju Ash.
"Ala, aku bukan sengaja pun. Lagipun jadi patung cendana memang cita-cita aku pun. Takkan tak tahu?" Khaireen berkata selamba. Haniey sudah berasap. Eh budak ni, orang serius dia main-main pulak!
"Thanks bro. Sebab tolong Reen tadi. Kalau tak dah arwah dah" Kira menepuk bahu Harris perlahan. Harris hanya senyum segaris.
A-5 Hotel
Khaireen melangkah longlai masuk ke biliknya. Dia merebahkan diri ke atas katil bersaiz queen yang empuk lagikan enak itu. Ceit. Iphone 7+ miliknya berbunyi.
Unknown number
Hey? May I speak to Miss Lisa?
Yes Lisa is speaking. Can I help you miss?
Call me Fasha. Kau still ingat aku lagi kan? Boleh tak aku nak jumpa kau kejap?
Fasha? I don't know you miss. Wrong number
Lisa, aku tahu kau sengaja. But please we need to meet.
Pandai pulak merayu? Heh, kau ada 30 minit dari sekarang. Jumpa dekat Starbuck.
Okay. Thanks sebab sudi jumpa aku. Bye.
Aku terus mematikan panggilan. Er Fasha bekas kawan baiknya. Apa kes nak jumpa aku. Khaireen mencapai tuala kemudian membersihkan diri.
Setelah siap mandi, Khaireen melihat jam di telefonnya. Dah pukul 12:30 tengah hari, baik siap cepat.
Dia menyarungkan hoodie adidas berwarna merah dipadankan dengan skinny jeans berwarna putih. Rambut dibiar terurai. Dia memakai sneakers dan mengambil telefonnya yang berada di atas katil. Dia memasukkan purse ke dalam sling bag miliknya dan terus keluar.
***
Starbucks, The Curve Shopping Mall
Khaireen masuk ke dalam Starbucks dan melilau mencari kelibat Fasha.
"Lisa! Sini!" Fasha melambaikan tangannya ke arah Nurriz.
"Kau nak cakap ape dengan aku?" Soal Khaireen dingin.
"Duduk lah dulu" Khaireen duduk di hadapan Fasha.
"Order lah air dulu. Lepastu kita bincang"
"No need. Boleh tak kau straight to the point? Jangan buang masa aku" Khaireen menjeling Fasha.
"Aku nak minta maaf dekat kau. Aku tahu aku salah. Aku bodoh sebab dah buat kau sakit hati tapi kau tak pernah balas" Khaireen hanya diam dan Fasha menyambung ayatnya.
"Kawan kita, Lisa.... Adriana dah meninggal 3 hari lepas" Fasha mengalirkan air matanya. Khaireen terkedu.
"Macam mana dia boleh meninggal?"
"Dia kena langgar dengan lori masa nak jumpa aku. Kitorang cadang nak jumpa kau sama-sama. Harris yang bagi nombor kau dekat aku. Aku harap kau maafkan aku dengan arwah Adriana" Khaireen bangun dari duduk diikuti Fasha.
"Aku maafkan korang" Khaireen memeluk Fasha erat. Dia tidak lah kejam sangat. Lagipun, Fasha tetap kawannya.
TBC
YOU ARE READING
Khaireen Elisa [ C ]
RomanceKisah seorang gadis berstatuskan anak luar nikah. Dia memiliki sebuah keluarga yang mempunyai high class level. Fasha dan Adriana memperalatkan Lisa untuk mendapatkan harta dan populariti. Setelah kebenaran terbongkar, dia membawa diri ke New York u...