Khaireen berasa sungguh sedih. Dia tidak menjangkakan hal sebegini akan berlaku. Selama 4 tahun Harris mengejar cintanya tetapi terhenti di tengah jalan kerana seorang wanita lain.
Kenapa semua ini berlaku terlalu cepat? Kenapa dia yang perlu tanggung segala dugaan ini?
Kadang dia terfikir apakah reaksi Dr Ahmad bila mengetahui anak kesayangannya disakiti oleh lelaki yang paling dia percaya? Adakah Dr Ahmad seperti dia? Kecewa dan sedih?
Ting tong
Loceng rumah berbunyi. Khaireen mengelap air matanya. Knight hanya memandang Khaireen sayu. Mereka berasa kasihan melihat keadaan Khaireen. Sudah lah tidak makan malah dirinya juga tidak terurus.
Khaireen membuka pintu dan
"Hi darling! I miss you so much" Papa Khaireen memeluk anaknya erat.
"Bila papa sampai? Tak bagitahu pun? Kalau tak boleh Lisa pegi ambil dekat airport" Khaireen memuncungkan mulutnya.
"Just now. I told you to speak in English where ever you with me right?" Papa Khaireen menjegilkan matanya sambil mencekak pinggang.
"Pa, ini Malaysia k bukan New York" Papanya tersengih. Kena perli dengan anak sendiri.
"Hai uncle!" Sapa Knight mesra
"Hai Knight? Sihat? Lama tak jumpa korang"
"Kitorang sihat je. Uncle tu sihat tak?" Soal Ash mewakili Knight.
"Alhamdulillah sihat. Ha Lisa, macam mana dengan mama? Dia okay?"
"Entah lah pa. Tak sempat jenguk dia lagi sebab masalah Harr..."
"Masalah apa?"
"Er takde pape" Khaireen tersenyum sumbing. Belum masanya lagi untuk dia memberitahu papanya.
Hospital Kuala Lumpur
"Assalammualaikum" Dr Ahmad memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam wad yang menempatkan Datin Katrina.
"Waalaikumsalam... Eh abang? Bila sampai?"
"Baru je. Ina macam mana? Ada rasa sihat sikit?"
"Alhamdulillah ada"
"Pa..." Myra dan Aril menyalam papa mereka penuh kasih.
"Reti pulak salam? Ingatkan tak reti, yelah setahu aku kau reti tampar orang je" Khaireen memerli pedas.
Aril terdiam di situ manakala Myra menggigit bibirnya perlahan. Takut melihat senyuman sinis Khaireen.
"Tampar? Siapa tampar siapa ni?"
Myra menepuk dahi. Alamak papa dah tanya la pulak.
Aril mengangkat kepalanya bertentang mata dengan papanya.
"Aril pa"
"For what reason?"
FLASHBACK
"Kenapa mama boleh kena tahan wad ni?"
"Sebenarnya mama terkena serangan jantung. Waktu tu dia tengah siram pokok bunga dekat laman"
"Serangan jantung? Sejak bila mama ada serangan jantung?"
"Tahun lepas"
"Kenapa korang tak bagitahu aku?"
"Hm kitorang tak berani sebenarnya. Kitorang takut Lisa tak percaya" Myra menunduk memandang lantai. Takut melihat Khaireen yang ingin meletup itu.
"Oh bila orang tua tu dah masuk hospital baru nak call aku suruh balik? Kenapa tak call masa dia dah nazak je?"
END FLASHBACK
"Lepas je dia cakap ayat tu, Aril terus tampar dia. Aril ingat dia nak mama mati padahal dia nak bantu mama. Dia cakap kalau kitorang bagitahu dia awal dia boleh bagitahu papa untuk buat persediaan untuk rawatan mama. Betul ke pa?"
"Aril, kamu ni cepat sangat melenting tak tentu pasal. Boleh je kan kamu dengar dulu apa yang Lisa nak cakap? Ni tak main hentam pukul je. Papa balik sini pun sebab nak tolong mama kamu lah"
"Okay pa. Boleh tak kita berhenti dekat sini pasal tu? Lisa ada benda nak bagitahu ni"
"Nak bagitahu apa sayang?" Soal Datin Katrina lembut disusuli dengan anggukan dari Dr Ahmad.
"Harris, Harris curang dengan Lisa pa. Dia hina Lisa. Dia tengking Lisa, dan paling Lisa kecewa dia cakap dia dah rimas dengan Lisa" Khaireen menangis di bahu papanya. Habis basah baju Dr Ahmad.
"Apa?! Berani dia buat macam tu dekat kamu sayang. Dia dah lupa apa janji dia dekat papa? Takpe biar papa jumpa dia"
"No need pa. I don't wanna see him or talk to him. I hate him papa. I just wanna fly to China to relax my mind"
"China?! Jauh tu sayang" Ujar Datin Katrina sayu.
"Lisa nak tenangkan fikiran ma. Lisa serabut"
"Hm Lisa? Ingat lagi tak Edward Lee?"
"Sepupu sebelah papa kan?"
"Haah, dia sekarang ada dekat China dengan isteri dia. Dia dah pindah sana sebab urusan kerja. Kau boleh tumpang rumah dia nanti" Cadang Aril
"Hm okay"
***
"Kau jadi ke pergi China?" Soal Haniey sayu.
"Jadi. Tapi tak lama pun. Dalam seminggu ke dua minggu je" Haniey mengangguk lemah
Mereka berasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan Khaireen. Khaireen lah penghibur mereka dengan lawak bodohnya. Lepas ni terpaksa layan lawak hambar Ayden la pulak.
"Takpelah kalau kau cakap macam tu. Nanti kalau jumpa gula-gula kupas, jangan lupa bawak balik tau. Aku nak rasa jugak gula-gula kupas China mana tahu lebih sedap dari NY Street punya" Ayden ketawa kecil.
"Gula-gula kapas la sengal" Khaireen memperbetulkan kesilapan tatabahasa Ayden.
"Eh dia pulak jadi tukang perbetul. Selalunya aku"
"Haah kan harini terbalik pulak" Jenny ketawa kecil sambil memegang perutnya.
"Dia dah sedar lah tu. Dia nak berubah dah. Berubah ke jalan yang benar" Kata Ayden penuh perasaan
"Dekah sial" Giliran Kira menyampuk
"Ayat kau macam aku nak mati pulak" Gelak Khaireen
"Nanti kau mati kau jadi hantu gula-gula kupas" Ash ketawa keras.
"Haah nanti boleh lah aku beli gula-gula kupas free. Tak payah bayar sebab casher pun takut tengok aku sebab cantik sangat"
"Bongok!"
"HAHAHAHAHA!" Knight ketawa geli hati. Inilah kali pertama mereka lihat Khaireen tersenyum dan ketawa selepas kejadian Harris dua hari yang lalu.
TBC
YOU ARE READING
Khaireen Elisa [ C ]
RomanceKisah seorang gadis berstatuskan anak luar nikah. Dia memiliki sebuah keluarga yang mempunyai high class level. Fasha dan Adriana memperalatkan Lisa untuk mendapatkan harta dan populariti. Setelah kebenaran terbongkar, dia membawa diri ke New York u...