BAB 20

107 2 0
                                    

"Hm Lisa?" Myra mengetuk pintu bilik Khaireen sebelum masuk.

"Masuklah"

"Kau jadi ke pegi sana? Kau yakin dengan keputusan kau?"

"Aku rasa ni lah keputusan yang terbaik buat masa sekarang"

"Lisa? Aku nak minta maaf dekat kau. Aku tahu aku banyak buat kau kecil hati dengan aku, aku pukul kau. Aku berkasar dengan kau. Aku maki hamun kau. Sorry eh?"

"InshaAllah, aku tak boleh maafkan kau secara drastik. Aku perlukan masa. Ini soal hati dan perasaan aku" Jujur Khaireen sambil tersenyum kelat.

"Thanks sebab sudi maafkan aku"

"Bila masa aku maafkan kau ni? Aku cakap InshaAllah tadi. Jangan perasan boleh tak?" Khaireen ketawa kecil

"Oh ye eh. HAHAHAH gurau jelah"

"Weh kau taknak ke mama dengan papa rujuk balik?" Myra mengeluarkan luahan yang dia pendam selama ini.

"Nak tu nak tapi kita tak boleh paksa diorang" Khaireen mengeluh. Dia akan cuba ikhtiar sesuatu untuk memulihkan hubungan keluarga mereka.

Tengah rancak bersembang tiba-tiba pintu bilik Khaireen diketuk

Tok tok tok

"Boleh aku masuk?" Soal Aril lembut

Khaireen menggeleng kepala kepada Myra tanda dia tidak mahu berjumpa dengan Aril.

"Tapi.."

"Aku cakap taknak tu taknak la. Please jangan paksa aku" Myra mengeluh lalu bangun menuju ke arah pintu.

"Sorry dia taknak jumpa kau. Aku rasa dia masih marah pasal haritu. Kau bagi dia masa k?" Aril meraup wajahnya lalu mengangguk. Kemudian dia beredar dari situ.

"Dah?" Myra hanya mengangguk.

Tiba-tiba dia ternampak frame gambar keluarga mereka ketika dia berumur 12 tahun, Aril 13 tahun manakala Khaireen berumur 11 tahun. Beza umur di antara mereka hanya setahun.

"Kenapa frame ni ada dalam bilik kau? Setahu aku frame ni ada dalam bilik mama" Khaireen tersengih. Kantoi!

"Aku ambil haritu" Myra hanya mengohkan sahaja.

"Dah ah jom turun bawah"

***

Di ruang tamu

Ruang tamu keluarga Khaireen kecoh dengan suara Knight.

"Ish bagi lah balik! Aku yang beli bukan kau!" Jenny menjerit sambil membaling bantal ke arah Ash

"Poyo ah kau. Aku nak rasa sikit je pun"

"Bagilah balik!!! Uncle tengok Ash ni" Dr Ahmad hanya menggeleng kepala. Dia berasa lucu dengan sikap Jenny yang seperti kebudak-budakkan itu.

"Takyah ah jerit! Pekak telinga aku nanti sape nak tanggung?!" Marah Ash pulak.

Knight yang lain hanya memerhatikan drama tidak berbayar mereka. Malas nak masuk campur kang ada jugak yang makan bantal nanti.

Khaireen dan Myra turun dengan muka terkejut. Habis bersepah bantal gara-gara berebut oreo. Oreo?!

Khaireen menggapai satu bantal di sofa yang berhampiran dengan tangga lalu membalingnya ke arah Jenny.

"Aduh! Manusia mana pulak baling bantal dekat aku ni?! Tak nampak ke aku tengah marah ni?! Ish!" Jenny mengaduh kesakitan. Bantal yang dibaling oleh Khaireen melayang tepat di dahinya.

"Aku? Asal? Tak puas hati?" Khaireen berjalan ke arah papanya dengan muka sehabis serius.

"Erk hehe" Jenny menggaru kepalanya sambil tersengih

"Tahu takut" Gertak Ayden

"Hilang dah kot marah dia. Itu yang boleh tersengih tu" Perli Haniey pula

"Aman sikit hidup aku nak tengok tv ni" Kata Emir dan menerima anggukan dari Ash.

"Erm pa? Can we talk? I've to tell you something important" Dr Ahmad menganggukkan kepalanya. Lalu mereka berdua bergerak ke sofa yang terletak di tepi tangga.

"Eh pehal tu macam serius je?" Kira bertanya.

"Ish kau cakap tu 'selow' lah sikit. Kang dia dengar tak pasal-pasal makan bantal macam si Jenny tu" Ash sedikit berbisik.

"Eh?!" Haniey bersuara

"Apahal?" Ayden bertanya

"Tak tadi kan Ash cakap 'selow' aku teringat lagu yang tengah viral tu. Tajuk dia Selow." Mereka mengiyakan saja.

Tiba-tiba datang satu suara yang tidak asing bagi mereka. Mereka hanya menikmati lagu yang dinyanyikan olehnya.

Sudah biasa diriku ditinggalkan
Diacuhkan dan dicampakkan
Oleh orang yang kucinta
Menyakitkan
Tapi tak ku rasakan
Ku pasrahkan semua pada Tuhan
Yang telah mengatur semua
Jalanku, dan juga jodohku
Dimanapun, kapan pun itu
...

"Wow! Sedap giler suara kau Emir! Terpukau ah dengar suara kau" Ash menepuk-nepuk tangannya tanda dia berbangga mempunyai kawan macam Emir.

"Sorry I'm not gay" Semua tertawa melihat gelagat Emir. Terdiam Ash.

Khaireen dan Dr Ahmad

"Pa? Boleh tak kalau Lisa nak request sesuatu?"

"Cakap la apa? InshaAllah papa akan cuba untuk tunaikan"

"Hm boleh tak papa rujuk dengan mama balik? Lisa nak keluarga kita lengkap balik"

"Lisa, papa bukan taknak tapi..." Kata-kata Dr Ahmad terhenti di situ setelah Khaireen bersuara.

"Pa, tolong fikirkan ye? Lisa bagi masa untuk papa fikir. Nanti bila Lisa dah balik dari China, Lisa harap papa akan bagi jawapan yang positif" Kata Khaireen sambil tersenyum berharap akan papanya menunaikan permintaannya.

Dr Ahmad hanya tersenyum. Dia tidak ingin mengecewakan hati anak kesayangannya itu. Dia akan berbincang dengan bekas isterinya, Datin Katrina.

Mungkin jika Dr Ahmad berkahwin semula dengan Datin Katrina, hidup mereka akan lengkap? Mereka hanya merancang tapi Allah yang menentukan.








TBC

Khaireen Elisa [ C ]Where stories live. Discover now