Pintu rumah agam milik Ash dibuka oleh Khaireen.
Dengan langkah kanan disertakan dengan bismillah, Khaireen menapak masuk ke dalam rumah.
"Ha kau pergi mana? Risau kitorang tau!" Sergah Jenny sebaik sahaja Khaireen masuk ke dalam rumah.
"Allahuakbar! Kot ye pun bagi la salam. Adab kat mana?" Marah Khaireen. Hampir tercabut jantungnya dengan suara lantang Jenny.
Jenny hanya tersenyum. Knight yang lain juga berkumpul di ruang tamu tidak lupa juga Harris serta Aryan.
"Yang berdiri dekat depan pintu ni dah kenapa. Haih meh la bincang dekat sini" Ajak Ayden.
Haniey dan Kira duduk bersebelahan di sofa sebelah kiri. Ash dan Ayden duduk di atas sofa di sebelah kanan. Jenny, Aryan dan Emir duduk di atas sofa panjang yang berada di antara sofa Haniey dan Ash.
Hanya ada satu sofa yang tinggal yang boleh memuatkan dua orang.
Khaireen menjeling Knight. Dia terpaksa berkongsi sofa itu dengan Harris.
"Korang tercegat apa lagi? Duduk la" Ash bersuara. Khaireen sekadar menjeling lalu duduk diikuti Harris.
"Ok sekarang bincang" Kata Haniey.
"Aku nak dengar kata putus daripada kedua-dua pihak" Kata Kira pula.
Khaireen menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan-lahan.
"Tadi aku jumpa Henry. Aku rasa hubungan aku dengan Henry akan ke arah yang lebih rapat. Aku akan..."
"Apa kaitan Henry dalam kes ni?" Soal Kira
Khaireen baru sahaja ingin membuka mulut tetapi percakapannya dipotong oleh Ash.
"Kejap! Kau jumpa siapa? Henry? Slyvester Henry? Bukan ke aku dah larang kau jumpa dia? Dia tu psiko" Marah Ash.
"Kau nak ada hubungan dengan dia?!" Ayden bersuara keras.
Harris hanya mendiamkan diri. Bukan masa yang sesuai dia ingin menyuarakan isi hatinya.
Khaireen tepuk dahi. Bukan itu maksudnya.
"Tak baik kau cakap Henry macam tu. Sebenarnya aku akan jadi..."
"Jadi apa? Isteri dia? Kau kenapa degil sangat? Kenapa susah sangat nak dengar nasihat kitorang?" Amuk Emir
Harris berkecil hati. Dia ingin beredar dari situ. Hatinya benar-benar rasa terhiris. Tetapi ada tangan yang menghalang langkahnya.
Walaupun mata dan mulutnya sedang berdebat dengan Knight tapi tangannya masih menggenggam erat tangan Harris.
Harris membatalkan niatnya. Dia tahu Khaireen tidak berniat begitu. Dia tersenyum sendiri.
Khaireen geleng kepala. Kepalanya sakit dan berdenyut-denyut. Mungkin migrainnya makin teruk. Akhir-akhir ini Khaireen kerap skip ubat. Katanya dia sudah sihat.
Harris merasakan genggaman tangan Khaireen semakin lemah.
Knight pula tidak habis-habis membahaskan soal Henry. Mereka masih marahkan Khaireen sedangkan mereka tidak tahu hal yang sebenar.
Harris yang sedar akan perubahan Khaireen cepat-cepat menyoal Khaireen.
"Lisa? Kau okay tak ni?" Khaireen geleng kepala.
Knight pula terdiam. Terkejut barangkali. Knight kembali fokus kepada Khaireen.
"Korang terlalu desak dia la. Tengok sekarang dia dah sakit. Aku tumbuk sekor-sekor kang" Bisik Ayden kepada kawan-kawannya.
YOU ARE READING
Khaireen Elisa [ C ]
RomanceKisah seorang gadis berstatuskan anak luar nikah. Dia memiliki sebuah keluarga yang mempunyai high class level. Fasha dan Adriana memperalatkan Lisa untuk mendapatkan harta dan populariti. Setelah kebenaran terbongkar, dia membawa diri ke New York u...