Malaysia
"Mama... Sudah la tu. Benda dah jadikan. Kita kena redha ma" Pujuk Aril.
"Tak Aril! Mama dah banyak buat Lisa kecewa"
FLASHBACK
"Mama! Lisa ada buatkan bubur untuk mama. Mama kan tak sihat so mama kena makan bubur jelah. Jap eh Lisa suap"
"Aku taknak! Kau tak faham bahasa ke? Aku nak Myra yang jaga aku. Kau boleh berambus!" Tengking Datin Katrina. Lisa menahan rasa.
"Akak ada kelas la mama. Takpe sekarang biar Lisa yang jaga mama. Nanti akak dah balik, Lisa panggil akak k? Okay sekarang mama makan dulu" Lisa ingin menyuap mamanya tetapi mamanya menepis tangan nya sehingga bubur itu tumpah. Lalu Datin Katrina menampar pipi Lisa.
"Aku dah cakap aku nak Myra yang jaga aku. Kau tak faham ke? Kau berambus!" Dengan perasaan yang kecewa Lisa keluar dari bilik mamanya.
END FLASHBACK
Aril menggosok belakang mamanya memberi semangat. Dia juga bersalah. Dia juga melayan Lisa dengan teruk. Myra pun berasa serba salah. Kebetulan dia ingin menjenguk mamanya, dia terdengar perbualan Aril dan Datin Katrina.
'Aku tekad nak cari Lisa'
***
New York
"Reen, kau takde pasang niat nak balik Malaysia ke?" Tanya Kira tetapi gelengan yang dia terima.
"Tak. Buat ape aku balik sana? Aku dah penat la kena cemuh, kena maki kena pukul" Khaireen mengeluh tatkala teringat kejadian di mana Myra memukulnya.
FLASHBACK
Khaireen sedang menonton tv di ruang tamu tetapi fokusnya terganggu apabila Myra memekik menjerit namanya.
"Lisa!!!" Macam pelesit Lisa lari disebabkan terkejut.
"Ha? Ye? Kenapa akak?"
"Sini kau! Kau tanye kenapa? Apa yang kau dah buat hah?" Myra menengking Lisa.
"Lisa tak faham la akak..."
"Mana kertas-kertas yang aku letak bawah bantal ni? Kau yang kemas bilik aku kan tadi?" Lisa mengangguk
"Kertas-kertas tu Lisa dah buang. Lisa ingat akak dah tak nak guna sebab dah terkoyak" Jawab Lisa serba salah.
Myra mengamuk teruk. Dia menarik rambut Lisa dan menampar pipi Lisa berkali-kali. Lisa yang merayu kesakitan tidak dihiraukan. Myra memukul Lisa tanpa belas kasihan sehingga lebam mukanya.
END FLASHBACK
Ayden yang perasan suasana semakin tegang cepat-cepat menukar topik.
"Guys! Apa kata kita pegi New York Street? Kat sana kan banyak makanan" Ujar Ayden ceria.
P/s NY Street hanya rekaan
Jenny yang terdengar tentang makanan segera berdiri.
"Kau nak pegi mana Jenny?" Soal Haniey.
"Tadikan Ayden cakap nak pegi NY Street? Aku lapar ni" Jenny mengusap perutnya.
"HAHAHA eh kau bab makanan laju je" Perli Ash.
Khaireen hanya menggeleng kepala. Jenny seorang yang kuat makan tapi berat badannya sentiasa maintain. Geram pulak!
"Aku nak makan gula-gula kupas!" Jerit Khaireen ceria.
"Gula-gula kapas la sengal" Perli Emir.
"Eh betul lah aku cakap tadi"
"Tak!" Mereka berenam serentak menjawab lalu ketawa. Khaireen pulak sudah menarik muncung.
"Muncung panjang-panjang tu nak aku sangkut hanger ke?" Usik Ash.
Sabar lah Khaireen dapat kawan kaki usik macam diorang. Diorang lah yang menceriakan hari-harinya. Alhamdulillah.
Sedang mereka seronok bergelak ketawa satu suara menyapa cuping telinga mereka.
"Lisa?"
Knight menoleh ke arah suara tersebut. Khaireen tidak mampu memberikan sebarang reaksi apabila dia berhadapan dengan kakaknya, Myra. Lalu dia beriak biasa.
"Who are you bitch? And who is Lisa?" Dengan kasar Ash menjawab. Dia kenal Myra tetapi dia hanya buat tak tahu.
Myra diam dan mengendahkan Ash. Lalu Khaireen menyambung perbualan.
"Kau nak ape datang cari aku?" Myra terkejut. Dulu Khaireen menggunakan panggilan 'akak' dan 'Lisa' tetapi sudah bertukar menjadi 'aku, kau'. Dan suaranya amat dingin.
"Jom balik? Mama rindu dekat Lisa" Belum sempat Lisa membalas Haniey terlebih dahulu menjawab.
"Oh dia la kan akak Reen? Dia kan yang pukul Reen sampai lebam tu?" Haniey tersenyum sinis manakala Myra sudah memarahinya.
"Eh kau budak! Jangan nak menyibuk!"
"Kau tu yang menyibuk. Kitorang tengah tenang dekat sini tetiba kau datang dengan salam tak bagi" Emir pula bersuara.
Myra terdiam. Betul jugak apa budak tu cakap. Aku main terjah je tadi.
"Akak minta maaf"
"Korang? Jom ah. Terasa panas je dekat sini!" Perli Ayden. Knight mengemas beg mereka kemudian berlalu pergi meninggalkan Myra di situ keseorangan
'Am I too late?'
Myra dapat tahu yang Khaireen tinggal di New York atas bantuan spynya. Dia berharap dapat berjumpa dengan Khaireen dan membawanya pulang ke Malaysia.
Tetapi sangkaannya meleset apabila Lisa yang dikenali dulu sudah berubah. Lisa berubah 360 darjah! Sungguh dia menyesal. Peribahasa pernah mengatakan bahawa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata hm. Hambik kau ayat, HAHAHA. Aduh 😂
TBC
YOU ARE READING
Khaireen Elisa [ C ]
RomanceKisah seorang gadis berstatuskan anak luar nikah. Dia memiliki sebuah keluarga yang mempunyai high class level. Fasha dan Adriana memperalatkan Lisa untuk mendapatkan harta dan populariti. Setelah kebenaran terbongkar, dia membawa diri ke New York u...