Sebulan sudah berlalu tapi keadaan Lisa tetap sama. Terkujur di atas katil. Mukanya pucat lesu.
"Aku minta maaf Lisa sebab dah sebarkan tentang status kau. Aku menyesal. Aku harap kau maafkan aku" Ujar Fasha sambil menangis.
"Lisa, aku tahu selama ni aku kawan dengan kau sebab kau kaya. Aku tak patut buat macam tu. Aku jahat dengan kau sedangkan kau tak pernah buat jahat dengan kitorang" Adriana menggenggam tangan Lisa.
Fasha dan Adriana mendapat panggilan dari Harris bahawa Lisa kemalangan. Mereka amat terkejut. Mereka memutuskan untuk melawat Lisa.
2 bulan kemudian
Lisa terjaga dari koma. Ya dia koma selama 3 bulan. Dia berasa sakit dan sengal seluruh badan. Dia menoleh ke tepi dan melihat Harris tertidur berlapikkan tangannya.
"Harris?" Aku memanggilnya perlahan
"Hm ya Lisa?" Harris menenyeh matanya. Eh? Lisa panggil aku ke tadi?
"Lisa! Alhamdulillah kau dah sedar. Mama kau, Myra dengan Aril baru je balik. Kejap aku call mama kau" Aku menarik tangannya supaya duduk.
"Asal?"
"Aku nak mintak tolong kau sikit boleh tak?"
"Ha ape?"
"Kau balik rumah aku tapi sebelum tu pastikan mama aku dan yang lain tak tahu yang kau masuk, okay? Tolong ambik purse dan telefon aku. Lepastu tolong kemaskan baju aku. Kau ambik beberapa helai je. Kau pastikan dalam purse aku ada cash. Lepastu kau ambik sekali Visa dan passport aku" Harris terkebil-kebil. Nak pergi mana pulak dia ni?
"Kenapa? Kau nak pegi mana?"
"Aku nak ke overseas. Tapi, janji dengan aku jangan bagitahu dekat keluarga aku, aku pegi mana. Kau cakap je aku nak bawa diri" Harris mengangguk.
"Okay. Purse kau memang ada dekat sini dah. Baju pun ade. Tapi cukup untuk seminggu jelah. Aku cuma perlu uruskan Visa dan passport kau jelah. Aku tahu aku dah buat kau sakit hati, aku mintak maaf k?" Jawab Harris sambil matanya tidak lekang memandang Lisa.
"Ye aku maafkan kau. Tapi jangan lupa yang aku pesan tadi. Aku nak bertolak malam ni jugak. Book ticket for me, please?" Harris mengangguk. Kalau dengan ini, dia dapat menebus kesalahannya dia sanggup.
Esoknya
"Lisa... Mama datang ni. Lisa?!"
"Nurse mana anak saya?"
"Ouh anak Datin dah discharge semalam. Datin tak tahu ke?" Datin Katrina terpempan. Kini, Lisa sudah meninggalkannya tanpa sempat dia memohon maaf.
***
KLIA
"Kau yakin ke keputusan kau ni betul?" Lisa berfikir sejenak. Dia juga masih ragu-ragu dengan keputusannya tetapi dia sudah tidak sanggup lagi untuk hadap semuanya.
"Absolutely yes. This is the best way for me. I have no one here. I'm alone. My friends stabbed me. My mother was keeping distance from me. Dah takde sebab lagi untuk aku terus tinggal dekat Malaysia"
"Aku sedar aku dah buat salah dekat kau Lisa tapi... Aku sayangkan kau... Lebih dari seorang kawan" Lisa ketawa sinis.
"Are you insane? Love me? You gotta kidding me right? Do you know who am I? I'm not good at all" Sebaik sahaja Lisa ingin melangkah pergi dia terdengar sayup-sayup suara memanggilnya.
"Lisa!" Pantas Lisa menoleh.
"Lisa kitorang minta maaf" Ujar Adriana perlahan. Mereka berdua bergegas ke KLIA apabila Harris memberitahu mereka bahawa Khaireen nak ke New York.
"What a wonderfull drama. First Harris, second you guys? Who am I to judge you guys? I'm nothing. Well, you guys should happy because I'll leave Malaysia. So you guys can live in peace. No more illegated child in the school right?" Lisa menarik bagasinya lalu meninggalkan mereka bertiga. Dia memilih untuk ke New York. Sebelum dia melangkah lebih jauh, dia sempat berkata
"From now on, no more Elisa or Lisa. I'm Khaireen and forever Khaireen" Monolog Lisa sendirian.
***
Setahun kemudian
"Weh Reen! Aku lapar la. Jom pegi makan?" Ajak Emir.
"Hm boleh jugak. Ajak diorang sekali"
Khaireen menyambung pengajiannya di New York. Dia sudah masuk semester kedua. Di sana, dia mengenali 6 orang pelajar Malaysia. Dan mereka memutuskan untuk berkawan dengan Khaireen. Setelah mengenal hati budi masing-masing mereka telah rasmi menjadi sahabat. Mereka digelar sebagai Knight. Knight? Entah dari mana muncul perkataan itu.
Knight terdiri daripada tiga lelaki dan empat perempuan iaitu Emir, Ashraf, Ayden, Khaireen, Akira, Haniey dan Jenny.
Mereka bertujuh berjalan di sekitar bandar New York. Khaireen secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki yang berumur lingkungan 40-an.
"I'm truly sorry sir. Are you alright?" Khaireen serba salah kerana leka bermain telefon sehingga terlanggar lelaki itu.
"It's okay. I'm fine young lady" Khaireen tergamam sebaik sahaja lelaki itu mengangkat wajahnya.
Satu perkataan yang mampu membuatkan Khaireen menangis. 'Papa'...
"Papa!" Khaireen memeluk lelaki itu. Lelaki itu turut membalas pelukkan anaknya yang dirindui selama ini.
Kawan-kawannya terkejut kerana mereka amat mengenali lelaki itu. Siapa sahaja tidak mengenali Dato Dr Ahmad Ooi seorang doktor pakar yang terkenal.
"What kind of problems that brought you here?" Soal Dr Ahmad lembut.
Khaireen menceritakan segala-galanya kepada papanya. Papanya sayu mendengar luahan anaknya. Dia amat kesal atas perbuatannya dahulu.
"Sweetheart? I would like to seek your forgiveness for those thing that happen to you" Khaireen tersenyum lalu mengangguk.
TBC
YOU ARE READING
Khaireen Elisa [ C ]
RomanceKisah seorang gadis berstatuskan anak luar nikah. Dia memiliki sebuah keluarga yang mempunyai high class level. Fasha dan Adriana memperalatkan Lisa untuk mendapatkan harta dan populariti. Setelah kebenaran terbongkar, dia membawa diri ke New York u...