MALAYSIA, HOSPITAL HURSH
Harris masih tidak sedarkan diri. Dia disahkan koma. Knight dan keluarga Khaireen menjenguk atau lebih mesra, menziarahi Harris.
"Aku kesian do tengok dia macam ni" Emir tidak sanggup melihat Harris yang dipenuhi wayar di badannya.
"Kan. Walaupun aku benci dia tapi dialah orang yang pernah bahagiakan Reen dulu" Ujar Haniey sayu.
Eh mak sape pulak yang potong bawang ni––
Ting!
Ting!
Ash Atok Bebel 👴
📷 Image
📷 ImageKhaireen terasa sebak di dada apabila melihat keadaan Harris.
"Itulah balasan yang kau terima setelah apa yang kau dah buat dekat aku" Monolog Khaireen dalam hati.
Dia menutup telefonnya. Chat dari Ash dibiarkan tidak berbalas. Dia bingkas bangun mencari May.
"Hey lilttle girl! What are you doing?"
"I'm making an origami for you." Khaireen tersenyum.
Hailah ini budak so cute meh
"Okay. Continue your work. I wanna check your mom and dad" Setelah mendapat anggukan daripada May, Khaireen berlalu pergi.
"Ed, kau taknak pegi mana-mana ke petang nanti?"
"Tak kot. Asal? Kau nak keluar ke?" Khaireen mengangguk.
Sara yang kebetulan lalu di situ mengerutkan dahinya.
"Lisa? What happen?"
"She just wanna take a walk this evening"
"Oh I see. You want me to company you?"
"Tak payah la. Buat susahkan kau je" Jawapan Khaireen membuatkan Sara mengerutkan dahinya.
"God I forgot that you can't speak Malay. Sorry girl. Eheh. I said just now, no need to company me. I'll be okay" Sara tersengih sendiri.
Bukannya dia taknak belajar bahasa ibunda keluarga suaminya, tetapi dia pelat. Jadi dia berasa malu untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu.
***
Khaireen bersiar-siar di taman rekreasi di hadapan rumah Edward. Dia ingin membawa May, tetapi si kecil itu sudah tidur.
Sedang dia berjalan, dia terdengar esakan seorang budak lelaki yang berada di tengah-tengah taman itu.
"Mummy dekat mana? Jangan tinggal Aryan sorang-sorang. Mummy!" Jerit budak lelaki itu.
"Adik? Kenapa ni? Mana ibubapa adik?"
"Daddy dah takde. Daddy dah pegi syurga. Mummy, pulak lari ikut kekasih gelap dia. Hiks" Tersedu sedan budak itu bercerita.
Khaireen terkejut. Budak sekecil ini ditinggalkan di tengah kota China ini tanpa pengawasan ibubapanya.
"Hm nama adik apa?"
"Aryan Raphfael bin Raphfael Han" Jawab Aryan menahan tangis.
"Raphfael Han?!"
"Apa nama mummy adik?"
"Alicia Camilia"
Gosh its Lia?!
"Okay. My name is Khaireen Elisa. Or you can call me Akak Reen" Aryan tersenyum.
"Can I call you mama?" Khaireen tersenyum lalu mengangguk.
Khaireen memimpin tangan Aryan sambil mendengar celoteh Aryan yang tak habis-habis bercerita.
"Berapa umur Aryan?"
"4 tahun"
"Mummy ada tinggalkan apa-apa tak dekat Aryan? Macam surat ke apa ke?"
"Ada!" Kus semangat. Aryan kemudiannya mengeluarkan satu sampul berwarna coklat daripada beg galasnya.
Khaireen mengeluarkan isi yang terdapat dalam sampul itu.
Khaireen berasa lega kerana ibu Aryan meninggalkan MyKid, surat beranak, passport dan surat hak penjagaan anak?!
Di dalam sampul itu, disertakan juga dengan nombor telefon Alicia Camilia, ibu Aryan.
Khaireen dengan cepat mengeluarkan iphone 7+ miliknya lalu mendail nombor tersebut.
Unknown
Hello? Ni puan Alicia Camilia ke?
Ye asal?
Its about Aryan. Kalau puan tak kisah, boleh kita berjumpa?
Dekat mana?
Taman rekreasi, tempat puan tinggalkan Aryan
Titt
Khaireen mendengus kegeraman. Belum sempat dia ingin meneruskan perbualan, wanita itu sudah meletakkan telefon.
Beberapa minit kemudian, Alicia sampai di taman rekreasi itu.
"So kau la orang yang nak jaga anak aku?" Alicia bercakap dengan nada sinis tanpa melihat muka orang di hadapannya.
"Kau orang paling baik dalam sekolah, tak sangka pula kau jadi macam ni"
"Eh kau siap..." Alicia terkejut melihat Khaireen yang berdiri dihadapannya sambil berpeluk tubuh.
"Lisa? Kau ke tu? Lamanya tak jumpa kau" Khaireen ketawa sinis.
"Dah tak payah nak acah baik. Sekarang ni aku nak tanya kau apa tujuan kau buat macam ni dekat Aryan. Kau tak sayang anak ke apa?!" Alicia menunduk memandang tanah.
"Aku takde pilihan Lisa! Kalau aku jaga dia, boyfriend aku akan tinggalkan aku" Tangan Khaireen laju menampar muka Alicia.
"Sekarang ni, takpayah banyak cerita. Kau sign jelah surat penjagaan ni lepastu kau boleh bawa budak ni berambus dari sini!" Tengking Alicia sambil memegang pipi nya yang pedih akibat ditampar oleh Khaireen.
"Aku ada satu syarat"
"Eh 10 pun takpe lah! Aku tak kisah!"
"Kau jangan jumpa dia lagi, jangan cari dia lagi, jangan mintak aku bawak dia jumpa kau. Dan mulai sekarang aku mama dia. Faham?" Alicia berlalu pergi setelah mendengar syarat Khaireen.
Aryan menangis teresak-esak setelah kelibat mummynya hilang daripada pandangan.
"Don't cry sweetheart. Mama is here" Aryan lantas memeluk Khaireen sambil menayangkan giginya yang putih bersih.
Siapa sangka seorang gadis yang berumur 23 tahun mengambil keputusan yang besar dengan menjaga budak lelaki yang baru dikenalinya tidak sampai sehari?
TBC
YOU ARE READING
Khaireen Elisa [ C ]
عاطفيةKisah seorang gadis berstatuskan anak luar nikah. Dia memiliki sebuah keluarga yang mempunyai high class level. Fasha dan Adriana memperalatkan Lisa untuk mendapatkan harta dan populariti. Setelah kebenaran terbongkar, dia membawa diri ke New York u...