BAB 26

117 5 3
                                    

Khaireen diam tanpa suara. Dia tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia ingin bersuara. Knight juga diam membisu. Tidak tahu bagaimana ingin memulakan perbicaraan.

"Ehem!" Emir berdehem.

"Aku rasa la kan, makin lama kita diam, makin lama jugak masalah ni tertangguh. Aku tak tahu sampai bila kita nak senyap dan tunggu macam tunggul dekat sini" Akhirnya Emir membuka bicara setelah lama menyepi.

"Aku taknak paksa kau balik Malaysia jenguk Harris. Tapi kalau boleh kau pegi jenguk dia. Mana tahu semangat dia nak pulih tu makin bertambah?" Cadang Jenny.

"Aku setuju dengan Jenny. Lagipun dia percaya dekat kau je, Reen. Mama dengan papa dia pun tak tahu nak buat macam mana lagi" Balas Ayden lembut.

"Tapi sebelum kau buat keputusan, kau fikir baik-baik. Aku cuma taknak tengok kau sedih lagi" Haniey bersuara perlahan.

Khaireen masih diam.

"Reen, kau je yang tahu apa yang terbaik dekat kau. Kalau kau rasa, Harris yang terbaik untuk kau kau baliklah" Kata Kira.

Khaireen mendengus. Ash masih diamkan diri.

"Korang ni dah kenapa?! Cukup la aku terseksa dulu, sekarang korang nak tambah seksa aku lagi ke hah?! Lepas sorang-sorang cakap benda yang sama. Aku serabut tahu tak?! Aku tahu korang nak yang terbaik untuk aku tapi tolong, jangan desak aku macam ni! Aku ada tanggungjawab yang perlu aku jaga. Lagipun perbuatan Harris tu tak layak dapat maaf dari aku. Biarlah dia hidup ke mati ke, ada aku kisah?!" Selepas Khaireen menghabiskan ayatnya, dia terasa pedih dan pijar di pipi kirinya.

Dia memegang pipi kirinya yang sudah kemerah-merahan.

"Jangan ikutkan hati Reen! Kalau kau tak fikir dekat Harris sekali pun, kau fikir dekat papa dengan mama dia! Dia bukan anak yatim piatu! Kau tak kesian ke dekat papa dengan mama dia yang bertungkus lumus jaga dia semata-mata nak bagi dia semangat untuk hidup balik? Kau ingat bila kau buat macam ni, Harris akan jadi baik? Macam tu ke hah?!" Bahu Khaireen dan juga Knight terhinjut. Jarang sekali mereka melihat Ash marah seteruk ini.

"Kata-kata takkan pernah membantu tapi perbuatan. Kalau kau anggap dengan tindakan kau yang tak pedulikan Harris, dendam kau akan terbalas, sorry kau salah. Kau hanya akan hidup dengan bayang-bayang kau sendiri. Dah la Reen. Jadi matang sikit! Ini soal hidup dan mati, bukannya soal dendam kau yang tah apa-apa tu!" Ash berlalu pergi meninggalkan Khaireen yang tersentap.

Knight pula tidak berani untuk bersuara.

Suasana menjadi hening. Esakan Khaireen jelas kedengaran.

Jujur dia terasa dengan kata-kata Ash, tapi ada betulnya jugak kata-kata Ash. Ini soal hidup dan mati, perkara sebegini tidak boleh dibuat main.

Khaireen masih statik di situ.

Masih terduduk di lantai bersama tangisan yang tidak henti memecahkan suasana.

Knight pula hanya duduk menahan rasa.

Mereka ingin memujuk Khaireen tapi risau kalau-kalau Khaireen memaki hamun mereka.

Hanya Ash je yang mampu memujuk Khaireen. Kerana Ash orang yang paling rapat dengan Khaireen.

Tiba-tiba bahu Khaireen terasa berat.

"Aku minta maaf. Jujur aku takde niat nak tampar kau. Sakit lagi tak? Nak aku sapukan ubat?" Pujuk Ash sambil memeluk bahu Khaireen.

Khaireen menangis semahu-mahunya di pelukan Ash. Knight lega kerana hubungan Ash dan Khaireen sudah pulih.

Tiba-tiba Aryan turun bersama tangisan.

"Mama! Kenapa mama nangis?" Knight cuak. Mereka tidak ingin Aryan terpengaruh dengan suasana ini. Risau juga kalau-kalau Aryan mogok.

"Aryan, jom beli aiskrim? Akak belanja?" Ajak Kira.

Sebelum dunia menjadi gelap, Khaireen sempat berpesan kepada Kira.

"Jangan bagi dia makan coklat. Just ice cream" Setelah menitipkan pesan, Khaireen rebah di pangkuan Ash.

"Reen?!" Ash risau.

"Kau bawak dia jalan-jalan dulu. Jangan balik selagi aku tak call. Ayden! Kau gi teman Kira. Apa yang Aryan nak, kau beli je. Nanti claim duit kat aku" Arah Ash senada.

Dia mendukung Khaireen gaya bridal style lalu menuju ke bilik Khaireen.

"Sayang!" Jenny cepat-cepat naik ke tingkat atas setelah Ash menjerit memanggil namanya.

"Ha apa-apa?" Tanya Jenny kabut.

"Tolong ambilkan air dan tuala. Lepastu lapkan badan Reen. Kesian dia. Kalau aku yang buat, kau cemburu pulak nanti" Kira menjeling Ash.

"Takde maknanya aku nak cemburu! Reen tu kawan baik aku tau!" Balas Jenny geram.

"Aku pulak boyfriend kau. Kan kan" Ash mengenyitkan matanya ke arah Jenny.

Jenny yang tersipu malu terus membalas.

"Apa-apa jelah" Jenny keluar dari bilik Khaireen untuk mengambil barang yang dipesan oleh Ash.

Makin lama dia berada di situ, makin galak Ash menyakatnya. Lebih baik dia pergi cepat.

***

Setelah selesai mengelapkan badan Khaireen, besen yang berisi air itu Jenny letak di tepi.

Dia menatap wajah Khaireen yang sembab itu.

"Aku kesian tengok dia. Dah banyak dia terseksa" Kira lantas memeluk Ash. Ash mengusap kepala Jenny perlahan.

"Kalau Reen terseksa, Harris pun terseksa. Both of them need each other. Tapi masing-masing ego" Ash juga berasa kesian melihat keadaan Khaireen yang semakin teruk.

"Weh diorang dah balik. Cane ni?" Ujar Haniey di muka pintu.

"Baby! Aryan on the way nak naik atas jumpa Reen. Tahan dia jap" Laung Emir dari bawah.

"Okay!"

"Weh aku buntu ni. Aryan nak tengok Reen. Reen dah sedar ke belum?" Jenny menggeleng.

"Sayang, kau turun dulu biar aku tengok-tengokkan Reen bila Aryan naik nanti" Jenny mengangguk lalu turun bersama Haniey.

"Mama!?" Gula-gula kapas yang dibeli oleh Aryan terjatuh ke bawah.

Dia berlari mendapatkan Khaireen yang masih tak sedarkan diri.

"Ke..kenapa de..dengan mama, abang Ash?" Tanya Aryan bersama sedunya.

"Mama tak sihat sikit. Esok okay lah tu" Bohong Ash.

"Aryan beli apa dekat mama?" Aryan turun daripada katil untuk mengambil gula-gula kapas yang dibelinya tadi.

"Aryan beli gula-gula kupas untuk mama!" Ujar Aryan gembira.

"Bangun la Reen. Aryan pun dah ikut jejak kau. Cakap tak betul. Gula-gula kapas jadi gula-gula kupas" Monolog Ash dalam hati.

TBC

Khaireen Elisa [ C ]Where stories live. Discover now