Mia POV
Aku mengangkat kepala setelah Jean pergi bersama Shark. Kau memang selalu malukan Maya ke? Takpe Jean...nanti Mia muncul, maruah Maya takkan tercalar lagi.
Kemudian, aku memandang Mama Maya. Puan Jamy memandang aku juga. Dia yang berdiri tadi terus merapati aku yang sedang duduk dari tadi."Maya sayang...jangan terasa ya dengan apa yang Jean cakap. Maya kena kuat tau. Lagipun...anak mama ni cantik la...cuma tak tunjuk je. Kan?" Puan Jamy berusaha sedaya upaya nak buat aku tersenyum. Kemudian, dia mengajak aku pulang ke rumahnya. Aku pun bersetuju, setelah puan jamy pergi...aku terus menekan punat earpiece di telinga ku. Automatik panggilan kami bersambung.
...
Shark POV
Tangan ku terus aku rentap daripada genggaman Jean setelah kami berhenti di belakang salah sebuah bangunan.
"You dah kenapa Jean?! Kenapa buat Maya macam tu? Dia kan kawan baik you?" Kata aku.
"Excuse me? Bff? Kawan makan kawan ke yang dipanggil bff? Itu semua dulu. I takde kawan yang macam tu keh. By the way...disebabkan dia lah...I jadi macam ni!" Tempik Jean.
"What she have done to you?" Tanya aku sambil berpeluk tubuh.
"You tak tau lagi ke sayang? Dia dah rampas you dari I. Tak nampak lagi ke muslihat dia...rancangan jahat dia semua tu? Mula2 masa tak nampak you lagi...dia baik dengan I...pijak semut pun tak mati. Then, bila dia tau and nampak you...dia mula nak dekat dengan you. Dia goda you sampai you jatuh suka kat dia." Luah Jean. Tak puas hati.
Huh! Nafas kasar dilepaskan.
"Look Jean...dia tak pernah goda I. You sendiri yang cakap dia hodoh. So...how dia nak goda I kalau dia sendiri pun macam tu?" Kata ku dengan tenang."Malas lah I nak cakap dengan You ni." Jean terus jalan sambil menhentak kaki. Meninggalkan Shark seorang diri disitu.
The Shine POV
"Mia takkan datang sini harini." ~Sandra.
"Great. Biar aku yang jalankan tugas dia pulak." ~Melly
"Melly, aku tak maksudkan yang dia tak datang kerja dah...aku maksudkan yang dia tak datang sini harini je. Maybe esok dia datang." ~Sandra.
"Huh, whatever." Kata Melly sebelum pergi meninggalkan bilik kerja The Shine.
Mika yang dari tadi berdiam diri melihat drama itu terus dia bertanya tentang Mia.
"Kenapa dia tak datang sini, harini?"
"Mak Maya, Puan Jamy...ajak dia tinggal kat rumah dia..."
"What? Dia percaya je yang wanita tu mak Maya?. Hishh.!" Adam merengus kuat.
"Awak periksa latar belakang Puan Jamy tu. Pastikan kita dapat maklumat yang lengkap."
Kata Xen dengan tegas.Semua mengangguk-angguk mengiakan arahan Xen.
Mia POV
Jam menunjukkan sudah pukul 8 malam. Kami bersama - sama makan malam di dalam rumah yang sederhana itu.
Walaupun hanya tinggal di flat, tetapi hiasan dalaman rumahnya nampak simple tetapi bergaya. Selepas habis makan dan mengemas makanan, Puan Jamy mengajak aku berbual di ruang tamu. Tv yang dipasang, diperlahankan volumenya. Tanganku digamitnya...aku membetulkan kedudukan ku diatas lantai yang hanya beralaskan tikar getar berwarna kuning mustard itu.
"Sebelum jadi apa-apa lagi kat Maya...better, Mama ceritakan dekat Maya. Ini adalah masa yang sesuai." Kata Puan Jamy dengan muka yang serious.
Aku menatap wajah Puan Jamy. Menunggu rahsia apa yang hendak diberitahu oleh Puan Jamy.
"Kita dulu tinggal di Itali. Maya ada papa yang berdarah itali dan juga kakak kembar....." cerita dihentikan seketika kemudian, dia menarik nafas dan menghembusnya...
"Kali terakhir kita berhubung dengan ayah dan kakak kamu...masa tu...kamu berusia 5 tahun, kamu berdua sedang berjalan kaki pulang ke rumah (waktu tu rumah dekat je dengan sekolah)...tiba2, ada sebuah kereta berhenti dan culik kamu. Waktu tu ayah sedang berkerja, mama pula dalam perjalanan nak ambil kamu berdua. Tiba2...ada private number call mama. Orang tu kata...kalau nak Maya hidup, mama dengan Maya kena tinggalkan Itali dan juga papa dan kakak kamu."
Maya ada keluarga di itali? Patutla wajah dia ada rupa inggeris - eropah.
"Mama tak bagitahu Papa pun tentang itu. Mama terus ambil kamu dan bawa ke Malaysia iaitu tempat Mama dilahirkan." "Huwarghhh" mama menguap sambil menekup mulutnya.
Melihatkan mama yang sudah mengantuk, terbantut terus keinginannya untuk bertanya. Memori dulu automatik dikenang semula. Segalanya sama dengan apa yang Mama Maya ceritakan. Kembar ku ditarik masuk kedalam kereta. Aku hanya mampu menjerit memanggil kembar ku. Apakan daya...nak lawan...tapi masib terlalu kecil. "Hmmm...mama masukla bilik, pergi tidur. Mama dah mengantukkan?" Tanya aku dengan prihatin.
"Erm...mama tengok...kamu macam nak tanya sesuatu je?"
Errr...nampak sangat ke? Hehehe.
"Erm...kenapa orang tu tak culik kakak dia je?" Hahaha lawaknya soalan aku ni.Puan Jamy tersenyum...kemudian berkata. "Kakak kamu tu seorang yang kasar. Pernah dia nyaris2 diculik. Tapi Allah selamatkan dia dengan memberi kekuatan kepadanya. Dia menggigit tangan dan kaki orang itu. Erm. Pendek kata...orang itu pulak yang jadi 'mangsa' dia. Hahahaha. Nak tau macam mana mama dengan papa tau? Waktu tu mama tengah otw nak pergi ke lokasi dimana kakak kamu kena di tempatkan. Sampai2 je...orang tu yang kena ikat dekat tiang. Tak lama lepas tu...polis datang. Kakak kamu yang call pakai phone orang tu." Jawab mama panjang lebar.
Aku tersenyum. Ceritanya sama macam cerita aku. Aku terfikir, yang berkemungkinan.....ahh tak mungkin. Mungkin kebetulan aje.
Keesokan pagi...
Aku pergi Uitm dengan grab car sahaja sebab aku takut yang mak Maya akan syak apa-apa kalau ada manusia yang kacak maut bersama kereta sport ferrari kuning berhenti depan bangunan flat itu. Ketika grab car ini hendak memasuki satu persimpangan, tiba2... sebuah kereta berwarna bmw putih berhenti, menyekat perjalanan kami. Apabila pemandu grab car yang aku naiki ini nak reverse, sebuah kereta hitam pula dah parking di belakang grab yang aku naik. Jantung berdegup kencang. Kata2 Puan Jamy terngiang-ngiang sebelum aku tidur..."Hati-hati Maya, keluarga kita ramai musuh. Macam-macam boleh berlaku." Memori ku semalam hilang secara tiba2 apabila tingkap kereta bahagian pemandu dipecahkan kemudian satu tangan masuk dan membuka lock kereta itu.
'Tap'
Pintu kereta dibuka. Pemandu itu ditarik keluar dan kepalanya dipukul dengan kayu. Aku hanya memerhati. Mungkin, ini adalah konco2 musuh keluarga Maya. Hmm...i'm pity you man. Sorry...if I help you...my identity...also our plan...will be distroyed.
Kemudian, aku pula ditarik keluar dari kereta. Aku hanya mengikuti sambil membetulkan rambut palsu ku yang tersenget sedikit akibat terlanggar bumbung kereta. Aku dimasukkan kedalam kereta putih tersebut. Kereta itu terus memecut laju mengejar masa.
YOU ARE READING
Mia Bella
ActionKisah keluarga yang terpisah jauh. 2 orang di Itali dan 2 orang di Malaysia. MIA BELLA, salah seorang agent yang terbaik di Itali. Dia selalu dihantar ke sesebuah negara untuk menyelesaikan sebuah tugasan besar bersama-sama teamatenya. Sila lah baca...