Bab 11

121 6 0
                                    

Adam POV

Jam ditangan menunjukkan jam 2 petang. Sebelum melangkah masuk kedalam bangunan itu, rambut kerinting alfro itu dan topi, aku perbetulkan. Cermin mata berbingkai besar, aku pakai. "From now, Adam akan jadi nerd + sengal. Hahahahah."
(Cakap sorang2). Nafas ditarik, sebelum kaki melangkah masuk sambil membawa sekotak pizza ke dalam bangunan itu.

Butang lif ditekan. Kemudian, Adam masuk dan menekan butang bernombor 22. Automatik, pintu lif tertutup. Lif tersebut naik sehingga tingkat 22. Jantung kian rasa berdebar.

'Ting!!!'

Pintu lif terbuka. Aku berjalan disepanjang koridor itu. Sambil2 itu, mata melilau-lilau mencari bilik tersebut. "Aha!,jumpa pun." Pintu yang tertera nama Caruso Anderson itu ingin dikuak, tiba-tiba...satu tangan besar mencengkam kolar bajuku, dan menarik Aku kebelakang. Kotak pizza aku cengkam kuat.

"Uhuk!, uhuk!" Aku buat-buat terbatuk-batuk apabila butang bahagian leher dikolar itu terkena halkum ku. Menyedari keadaan itu, segera orang itu melepaskan kolar bajuku.

"Kau buat apa ni, mangkuk? Sape yang benarkan kau buka pintu tu, ha?!" Lelaki itu berdiri didepanku. Ini lah masanya untuk tafsir dia dari hujung rambut ke hujung kaki. Walaweiii, besaq gila...ini gemok botak ka...hulk botak ni? Gumam aku. Orang yang bertanya tu...mungkin bodyguard or pakguard jaga pintu bilik ni kot. Dahla takde rambut, licin je. Macam lantai ice skating tu.Badan,tangan...perghh ketaq2...hahahha. tinggi? Tak yah citer arr. Berapa kaki tah. Yang penting, lebih tinggi daripada aku yang memang baka melayu ni. Pakaian? Dah macam gangster kedai emas. Mana taknya, kat leher tu...rantai emas. Perghh...ni mesti bos belanja. hahaha...apa orang kata tu..."kaki bodek bos la ni...ha!" Ayat terakhir tu terlepas dari mulut aku.

"Apa kau kata?!!" Muka bengis dia tayangkan. Kolar baju ku ditarik ke atas, menyebabkan aku yang tersandar didinding bersama-sama dengan kotak piza ini pun terapung.

"Takde bang...takde...tak cakap pape bang. Abang hensem bang...jangan marah - marah." Watak sebagai sengal kena lah berlakon betul2 hahahaha. Kalau tak, boleh je aku nak patah-patahkan tulang dia buat masak sup tulang dengan daging dia yang gebus tu...awww. Tapi kerja tetap kerja. Buat yang terbaik Adammm!!! Aku berkata-kata dalam hati.

Selepas mendengar perkataan 'abang hensem' itu, terus dia lepaskan aku. Wajah yang bengis, bertukar jadi slumber. Tiba-tiba, pintu bilik Caruso itu dibuka dari dalam.

"Jo, tu budak yang nak hantar piza tu ke?" Tanya seorang lelaki, botak juga, badan pun lebih kurang je. Ni mesti dayang encik bos. Tukang lap peluh, tukang kipas...tukang...eh. setiap bilik kat bangunan ni mestilah ada aircond  ...hahahaha. Aku tersengih.

"Haah, ni budak pizza tu." Dia menunding jari kearah ku.

"Bos suruh masuk." Pintu bilik dikuak besar. Aku terus berjalan masuk ke dalam bilik itu.

Meanwhile...

Mia POV

'Tuk, tak, tuk, tak.'

Bunyi derapan kasut tumit tinggi 3 inch itu membuat semua orang melihat ke arahnya.

"Damn, gorgeous."
"So, pretty."
"She changed."

Bla,bla,bla...

Gadis berbaju dress paras lutut berwarna merah itu berjalan dengan anggun memasuki UITM.
Rambut pendek yang diblonde dan makeup nipis yang dipakai melihatkan dirinya seperti seorang wanita yang kaya dan jelita.

Ramai lelaki yang datang berkerumun termasuklah Shark. Ramai-ramai lelaki kat situ, Shark yang aku pilih. Aku mengajaknya ke sebuah taman disitu.

"Wah, ini awak ke...Maya Bella?"
Tanya Shark, kagum.

Mia BellaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang