The Shine POV
Mika, Adam Dan Xen, masing-masing pergi mengambil sepucuk pistol glock 22 dan manakala, Sandra dan Melly hanya duduk di bilik tersebut 'as a computer human'. Yang kerjanya bermain dengan komputer dan alat-alat canggih yang lain.
Mereka bertiga terus menaiki kereta Ferrari dan meluncur laju ke UITM.
Ferrari
Mia POV
Aku menunggu Adam menjemputku disebuah jalan yang sedikit lengang daripada kereta-kereta. Tiba-tiba sebuah kereta berwarna hitam Honda Civic berhenti didepan ku.
This is not WA II's car. Automatik aku memeluk beg tangan, kaki pula mengundur beberapa langkah kebelakang. Dua orang lelaki sasa berbaju hitam keluar dari perut kereta. Mereka mara laju ke arah ku, dan terus memegang kedua-dua lengan ku. Mereka menarik ku ke kereta.
Terus aku rentap tangan kiri daripada lelaki itu dan tolak badan lelaki itu. Lelaki itu jatuh ke atas rumput. Seorang lagi lelaki yang sedang memegang kuat lengan kanan ku itu pula aku pandang dengan bengang. Buku lima kanan aku layangkan dengan padu ke muka lelaki itu. Automatik, cengkaman dilengan ku terlepas. And, aku bagi lagi satu hadiah. Kaki kanan ku yang tersarung kasut high heels itu ku tendang di bahagian alat sulitnya. Akibatnya, lelaki itu terus jatuh bersujud diatas rumput sambil menjerit kesakitan.
The Shine POV
"Mika, parking je kat sini, jauh dari pandangan Mia." Arah Xen.
Mika terus berhentikan kereta ditepi jalan, jauh sedikit daripada kawasan dimana Mia dan orang-orang itu berada.
"Dah, jom keluar." Mika membuka pintu kereta. Tiba-tiba, perbuatannya terhenti apabila satu suara keluar dari satu talian di screen di sebelah stereng itu.
"Jangan keluar. Mia okay je. Dia tengah 'handle' budak-budak tu."
Suara Melly kedengaran tegas."What? Tengah handle? What do you mean?" Tanya Adam. Masing-masing sudah buat muka berkerut, dan memandang antara satu sama lain.
"Just Watch it." Kata Melly. Talian kemudian di putuskan.
Screen yang mengeluarkan suara itu tadi ditekan. Automatik memaparkan kejadian yang sedang dirakam. (Terdapat kamera cctv berwarna kuning dan bersaiz butang baju yang dipin di beg itu yang boleh memaparkan rakaman secara langsung. Memudahkan lagi kerja agent-agent di sesebuah syarikat dan serata dunia.)
Pintu ditutup kembali, pistol disimpan. Fokus mereka terarah pada screen didalam kereta itu.
Kelihatan Mia sedang menyiku dada dan memberi tendangan 90° dengan tangkas ke arah seorang lelaki sasa itu. Manakala, seorang lelaki daripada mereka itu sudah sujud menyembah bumi. Terkedu mereka. Hahaha...
YOU ARE READING
Mia Bella
ActionKisah keluarga yang terpisah jauh. 2 orang di Itali dan 2 orang di Malaysia. MIA BELLA, salah seorang agent yang terbaik di Itali. Dia selalu dihantar ke sesebuah negara untuk menyelesaikan sebuah tugasan besar bersama-sama teamatenya. Sila lah baca...