Bab 15

99 4 0
                                    

Caruso POV

Pagi ini...Aku berjalan menyelusuri ruang itu, sambil memandang pelbagai senjata api yang disimpan dalam ruangan ini. Seorang lelaki bersut hitam setia menemaniku dari jam 3 sehingga sekarang.

"How boss?" Lelaki itu memulakan bicaranya sambil langkah sepasang kaki milik kami diteruskan kehadapan.

"Not this time. I prefer to use 'something big' and 'the most dangerous' to collapse the WA ii. Can you?" Aku tersenyum sambil mengangkat kening sebelah kanan.

"Ofc can." Lelaki itu menjawab.

Terus, lelaki itu membawaku ke sebuah ruangan yang lebih besar daripada ruangan tadi. Handprint digunakan untuk membuka dinding besi yang setinggi rumah 3 tingkat dan mempunyai kelebaran 3 buah rumah banglo.

......

Ruang yang gelap itu automatik diterangi lampu-lampu yang berkuasa tinggi.

Mata ku menjamah setiap isi ruang tersebut. Pelbagai bom nuklear bersaiz kecil disusun ditepi dinding berwarna kelabu itu. Bom nuklear yang besar saiz nya pula disusun secara menyenget dan berderetan.
Aku tersenyum puas melihat bom-bom nuklear itu.

Kami berhenti disalah sebuah bom terbesar disini. Lelaki disebelah ku terus berjalan ke arah bom nuklear yang berada disebelah kanannya. Dia mengusap lembut badan bom itu.

"This bomb name is Tsar Bomba. It can not only destroy Malaysia, but it has destroyed 'Hiroshima' and 'Nagasaki' in Japan. This bomb was used in the second world war. "
Sambil berkata-kata, tangannya turut didepakan menggambarkan "saiz Malaysia" dan"saiz dunia"

"Is it the biggest and the most dangerous bomb?" Tanya ku sambil tangan kusilangkan dibadan.

"Yes. This bomb is 8 meters in length, with a diameter of nearly 2.6 meters, and weighs more than 27 tons. His physical form is very similar to the 'Little Boy' and 'Fat Man' bombs that have devastated Hiroshima and Nagasaki in Japan. This giant bomb is known by its series of technical terms, Project 27000, Product Code 202, RDS-220, and Kuzinka Mat." Dia memberi penerangan dengan lebih lanjut. Senyumannya tidak pernah luntur daripada wajahnya membuatkan hatiku senang untuk berkerjasama dengan pekerja rakan baik ku.

"Hmmm, I just want to destroy WA II's building. Any suitable bomb?"

"Yes. That bomb name is Henschel HS293

Another Nazi German secret weapon is Henschel HS293. Henschel HS293 is a rocket of radioactive air-to-ground radio control."

"Launch it at tomorrow morning." Aku memberi arahan kepadanya lalu berjabat tangan dengannya sebelum kami berdua melangkah keluar dari ruang tersebut.

Let's continue!!!

Maya POV

"Uhuk-uhuk." Aku tersedar dan terus duduk bersandar dikatil sambil menekup dada, menahan dari terus batuk. Penutup mulut dan hidung yang dipasang dikepala ku aku buka.

Pelik, aku kat mana ni? Sedang aku berfikir, kepala tiba-tiba sakit. Automatik tangan kanan terus memicit-micit dahi.

Mata terus melilau memandang sekeliling bilik itu.

Tit...tiit...(Bunyi mesin pengesan denyutan jantung menjadi alunan muzik dalam bilik itu.)

Aku terus menoleh kekiri dan kanan. Kabur...

Cermin mata, mana? Tangan kanan ku terus meraba perabot yang diletakkan disebelah katil ku. Tiba-tiba, tangan merasa sesuatu objek. Cermin mata! Nasib baik jumpa...

Cermin mata ku pakai. Tiba-tiba, pandangan dihala ke tangan kiri. Pelbagai wayar dilekatkan bersama selotep di belakang tapak tangan ku. Hmm...cabut lah.

Wayar dicabut. Aku nak keluar...kat sini bosan. Huh. Kaki terus terjuntai dibirai katil. Baru sahaja hendak turun dari katil, kepalaku terus terangkat, mata memandang kearah gerangan yang baru sahaja memasuki bilik ku.

Mata bertentang mata. Kelihatan nurse itu sungguh terkejut, mulutnya ditekup dengan tangan kanannya.


"Cik dah sedar!" Dia terus menerpa ke arah ku.

"Cik nak pergi mana? Cik tak boleh banyak bergerak. Cik kena rehat." Kaki yang terjulur diangkat oleh nurse tersebut ke atas katil. Dia menyuruh aku baring semula.

"Kejap ya, saya akan panggilkan doktor." Nurse perempuan itu terus memicit butang kecil yang berada di dinding utama bilik tersebut.

Zzzttt...zzzttt...

Buzer itu mengeluarkan bunyi dan mengeluarkan lampu merah yang berkelip-kelip.

Tidak lama selepas itu, muncul seorang doktor bersama seorang nurse lelaki.

Nurse lelaki itu pun sama juga ekspresinya seperti nurse perempuan tadi. Terkejut, mata membuntang dan mulut ditekup.
Hahaha. Macam perempuan lah. Terhibur hati ini.

Doktor lelaki itu terus menerpa ke arah ku sambil tersenyum. "Alhamdulillah, cik Maya dah sedar."

"Sedar?" Aku bingung.

"Cik Maya koma lah..." Nurse itu berkata sambil memuncungkan bibirnya.

"Haah, dah masuk 3 bulan dah Cik Maya." Tambah nurse perempuan itu sambil menayangkan jemari kanannya yang dibuat huruf 'ok' itu.

"Oh.." Aku membuat mulut gaya huruf 'o'. Nampak macam faham, tapi masih banyak persoalan dalam kepala ni.

Doktor itu seperti boleh membaca fikiran ku. "Cik Maya dimasukkan ke sini kerana kes lemas. Terdapat juga kecederaan dibahagian kepala. Mungkin ini penyebabnya Cik Maya tak ingat apa yang telah berlaku. Betul?"

"Ya. Saya tak ingat pun."

"How about your family, members? Ingat tak?" Tanya nurse lelaki itu. Tak ubah seperti gaya makcik bawang.

"Hmmm. Tak." Aku memandang wajah-wajah yang sedang berdiri disekeliling katil ku.

"Hmmm..." Doktor itu mencatit sesuatu diatas papan keras berwarna biru ditangannya.

"Kalau macam tu, kita akan adakan pemeriksaan selanjutnya. Awak akan ditahan disini dalam beberapa minggu lagi. Itu sahaja." Kata doktor itu.

"Baiklah, jaga diri tau Cik Maya."
Kata nurse perempuan itu sambil tersenyum.

"Jangan lari-lari. Hehehe." Kata nurse lelaki itu lalu berjalan terkepit-kepit mengikuti doktor dan nurse perempuan itu dari belakang.

"Eh kejap." Kata-kata ku menghentikan pergerakan mereka bertiga.

"Ini bilik apa?" Tanya ku.

"Bilik ICU." Jawab nurse perempuan itu.

"Nanti, awak akan dipindahkan ke wad Kemboja bersama pesakit lain." Kata doktor itu.

"Okay terima kasih." Aku melambaikan tangan, nurse lelaki itu melambai kembali dengan wajah yang tersengih-sengih sebelum melangkah keluar dari ruangan itu.

Bilik ICU? Teruk sangat ke sampaikan aku kena masuk sini? Apa dah jadi sebenarnya?...hmm.




Mia BellaWhere stories live. Discover now