"sarah! dah siap belum 10 cucuk tu?!"
"kejap tok ayoh, kejap!" aku mempercepatkan tangan aku memasukkan kepingan-kepingan daging lembu yang dah dirempah ke mata lidi yang tajam
tok ayoh aku ni jual sate, jadi bila cuti sekolah aku akan datang dan tolong apa yang patut. buat sate seronok tau
paling seronok bila dapat customer abang-abang yang muda-muda tu lepastu handsome pulak, subhanallah..
"oi sarah! jangan berangan boleh tak? cepat sikit, atok dah bising dah tu."
aku bagaikan tersedar dari mimpi masa syeera tepuk bahu aku. aku perasan syeera bergegas keluar rumah hantarkan bungkusan timun dan kuah sate kepada atok. cukup 10 cucuk daging, aku letakkan atas dulang
"syeraa!! ohhhh syeraaa!!" aku menjerit memanggil syera. disebabkan aku malas nak ke depan, jadi aku sekadar memanggil syeera yang dah alang-alang di depan untuk membawakan 10 cucuk sate daging tadi kepada atok di luar.
"nah bagi atok."
"ei dasar pemalas!" kata syeera kemudian mengambil dulang berisi sate dan keluar rumah untuk diberikan kepada tok ayoh
cuti sekolah panjang ni ramai sepupu-sepapat sedara-mara dari seluruh pelosok dunia datang balik kampung atok. dan aku adalah antara cucu tok ayoh yang paling rajin nak tolong cucuk sate. lebih kurang macam hobi lah bila balik kampung ni
syeera tu sepupu aku, dan kami sebaya. sebab tu aku lebih rapat dengan dia berbanding sepupu-sepupu yang lain. tapi bukan tak rapat dengan yang lain, cuma dengan syeera ni chemistry kitorang lain maciam sikit ><
"TO BE ONE! ANNYEONGHASEYO WANNA ONE IMNIDA!" mataku terus tertancap pada kaca tv
"OH JINYOUNGKUUUUU!"
"OH MY GOD PWARK JIHOON JEOJANGKUU!" si syeera menyampuk
k dalam kalangan sepupu kitorang, semuanya adalah peminat tegar kpop. tapi peminat tegar wanna one adalah kami berdua. si syeera suka jihoon jeojang tu, aku pulak suka si kepala kecik bae jinyoung.
kalau aku dengan syera ni berdua, memang tak ada benda lain kitorang bualkan selain sate, memang kpop jelah topik utama perbualan kitorang
disebabkan aku dan syeera bercita-cita tinggi nak ke korea, kami dah pun belajar serba-sedikit tentang bahasa korea dan kadang-kadang bila nak mengumpat tu aku guna bahasa korea dengan syeera. sampai kadang-kadang mak pun marah kitorang sebab cakap macam alien. mak je tak paham bahasa tu, kitorang paham ;p
sebut pasal bae jinyoung, ada sorang customer baru atok ni muka sebijik macam jinyoung. masa first time nampak haritu, ternganga aku dengan syeera ingatkan jinyoung datang malaysia nak rasa sate atok aku ㅋㅋ
"eh sarah. bila dorang datang malaysia eh?" tanya syeera yang dah pun mengambil segenggam lidi dan mula menjalankan aktiviti mencucuk sate bersama aku
"bulan 7 kot. tak silaplah."
"nak pergi tak?"
"mestilah do, tapi kau tau kan mak aku macamlah dia bagi pergi benda-benda cemtu."
"k kau ada duit?" aku angguk
"ha pujuk jelah mak kau. confirm pastu dia bagi punya."
"ha! aku suruh mak aku cakap dengan mak kau nak? dia kan kakak, mesti mak kau kena dengar cakap mak aku." kata syeera lagi
aku mula tersenyum kemenangan.
CIK YATI, I NEED YOUR HELP!