"sekejap eh. tunggu lagi dua orang nak sampai baru saya bagi taklimat." aku dan syeera mengangguk, sebelum mengambil tempat di kerusi kosong yang terletak betul-betul di hadapan cikgu hafizah.
"haaaa sampai pun!" kata cikgu dalam keriangan.
eh, haziq & rayyan?
"haaa haziq dengan rayyan akan bantu sekali. jadi taklah berat sangat kerja awak berdua nak buat. ok semua duduk." dan haziq pun dengan cepat duduk di sebelah aku.
"hai!" bisiknya ke telinga aku. aku sekadar menghadiahkan jelingan tajam.
selesai taklimat, kami pun bergerak menuju ke kereta haziq. dia dah volunteer nak bawakan kitorang pergi tapak kem tu. jadi, aku, syeera dan rayyan pun memasukkan barang-barang kami ke dalam bonet kereta haziq.
"hai syeera. lama tak jumpa." sayup-sayup kedengaran suara rayyan menegur syeera.
syeera sekadar tersenyum sedikit dan terus memasuki kereta. rayyan pula nampak sedikit kecewa.
aku sekadar mengeluh. ni mesti haziq punya plan ni!
"haziq! sini!" panggil aku dengan keras tapi dengan nada berbisik.
"kenapaaa?" tanya dia, dalam nada berbisik seolah menganjing aku.
"kau eh yang ajak rayyan?" kemudian dia tersenyum sambil mengangguk.
aku memukul kuat lengannya bersama perasaan geram.
"kau gila ke? saja buat2 tak tahu apa jadi antara diorang tu?" marah aku.
boleh dia senyum masa aku tanya tu? memang nak mintak penampo
dan aku berjalan melepasi dia dengan perasaan sebal. haih, mesti mood syeera tak elok harini
_
setelah tiba di kawasan kem, kami telah pun diberi pas masuk ke homestay untuk para fasilitator walaupun hanya ada 4 orang.
pertama kali melihat kawasan rumah tersebut, aku sangat kagum dengan pemandangan yang terbentang di hadapanku. kawasan lapang di hadapan rumah dengan rumput hijau. juga terdapat kolam renang yang sangat luas.
'tenangnya~' , gumamku di dalam hati.
tiba-tiba aku teringat syeera yang langsung tidak kelihatan sejak tiba dari tadi. terus aku bergegas ke dalam rumah.
walaupun aku masih teruja melihat ruangan dalam rumah tersebut yang begitu luas, tapi lagi aku risaukan syeera yang masih belum kelihatan di mataku.
"weh kau pergi mana doooo puas aku cari kau tahu!" jerit aku dari belakang sebaik sahaja melihat kelibat syeera yang sedang memasuki homestay melalui pintu belakang bersama-sama barang-barangnya yang sekoyan.
"aku tengok bilik untuk boys kat luar tu. rayyan tunjukkan." aku terdiam, pelik.
"kau....."
"ish taklah. aku nak lupakan je benda dah lepas. dah 2 tahun dah pun kan. buat apa bermasam muka lama-lama." terlopong mulut aku. cepat betul dia berubah hati.
"hah kau jangan nak mengumpat aku dalam hati pulak. orang jadi baik kejap dah mula nak mengumpat. cepuk kang." kata syeera sambil menyusun segala makanan segera yang kami telah beli sebagai langkah menyediakan payung sebelum hujan sepanjang kem motivasi ini.
aku sekadar mencebik. dan tiba-tiba aku teringat kata-kata syeera sebentar tadi.
'bilik untuk boys?'
aku pun meletakkan bagasi aku di tepi, dan keluar melalui pintu dapur untuk melihat bilik mereka.
"waaauuuuuuuu" , bulat biji mata aku melihat ada sebuah bilik kecil di sebelah homestay besar ini, yang menempatkan rayyan dan haziq. dan ketika itu, aku ternampak haziq yang baru sahaja keluar daripada bilik tersebut.
"haziq haziq!" aku memanggilnya. dan dia berjalan ke arah aku dengan senyuman lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang putih bersih.
"haa ada apa ni? jarang kau panggil aku dengan muka beria." kata haziq, sebaik sahaja dia tiba di depan aku.
"tunjukkan aku bilik korang boleh?" tanya aku dengan sopan, walaupun sakit jugak hati aku dengar jawapan dia tadi
"nak buat apa?" tanya dia, pelik
"hehe saja. teringin nak tengok. aku kalau dah curious tak boleh duduk diam je. mesti nak tahu jugak. alah, jom jelahhh" , kata aku seolah memaksa. kisah apa aku, dah aku curious sangat.
"jomlah." kata haziq, sebelum aku membuntutinya ke bilik dia dan rayyan.
'mesti cantik bilik diorang!'
"dia ara 4 compartment dalam bilik ni. so kitorang jarak satu katil hahahaha." kata haziq, sebelum membuka pintu bilik mereka.
di bahagian luar bilik, terdapat ruang seperti ruang tamu yang lengkap dengan perabot dan televisyen. kemudian terdapat satu pintu untuk memasuki kawasan bilik.
"wahhh cantiknyaaaaaaaaaaaaa." kata aku sambil menggoncang-goncang lengan haziq, tak boleh sembunyikan perasaan teruja yang aku hadapi sekarang
"weh. japjap. siapa punya ni?" tanya aku sambil menunjuk ke arah bantal unicorn di atas katil.
"er...."
"serious lah haziq?" dia sekadar tersengih, meanwhile aku dah gelak besar.
lah, minat unicorn rupanya!