hari pertama.
sesi ice breaking. ada 3 orang guru menemani kami 4 orang di sini. sebenarnya, kitorang yang minta cikgu untuk ada sekali waktu ice breaking ni. yelah, first time kot jadi fasi. hambar kang, semua tertido
"ok so ini 4 orang fasi awak, yang akan menemani awak semua sepanjang program motivasi dan uji ketahanan fizikal awak selain cikgu-cikgu." , cikgu hafizah memulakan bicara.
kemudian, haziq, selaku ketua kami mula mengenalkan diri.
"hai, assalamualaikum adik-adik semua. nama aku haziq. cukup tahu nama pendek. aku ketua segala fasi dekat sini. bagi lelaki yang ada masalah, boleh jumpa aku, atau abang hensem kat tepi ni." kata haziq sambil menuding ke arah rayyan.
"yang perempuan, jangan gatal nak jumpa fasi lelaki. ada dua fasi perempuan dekat sini, dua2 cantik. boleh pilih siapa korang paling selesa. oh ya, aku sangat strict orangnya. so tolong patuhi segala arahan yang aku bagi dan tolong jaga diri masing-masing sebab kita kat tempat orang, so kena hormat." sambung haziq lagi.
aku tergamam sekejap. belum pernah aku tengok sisi serious haziq macam ni. selalu dia main-main je. tak tahu pulak dia ni strict orangnya. tapi.....macho jugak bila dia serious camtu HAHAH
wei gila ke. eii.
"hai semekom. aku rayyan. cukup jugak sekadar nama pendek. apa yang aku nak sampaikan, haziq dah sampaikan. so, next." pengenalan pendek dan ringkas oleh rayyan. bukan aku tak tahu, dia ni memang kurang friendly orangnya.
"hai. sarah here. em, i didn't really have much thing to say tapi boleh take note apa haziq bagitahu tadi. that's all." hahah, awkward gila kan?
"hi, annyeong! syeera here. any problems can contact with us lah. tapi bukan through phone, through doors. jangan lupa tekan bell before masuk. that's all."
"ok so masing-masing dah tahu kan nak buat apa sekarang? so aku nak, lelaki kira 1 sampai 10 then sambung lagi dan begitu juga perempuan." haziq memulakan tugas pertama.
selesai mengatur mereka dalam kumpulan, haziq memberi arahan supaya melanti penghulu dan penghuluwati bagi mengetuai kumpulan masing-masing.
aku, syeera dan rayyan kemudian ditugaskan untuk mengedarkan kertas A4 kosong kepada setiap satu kumpulan, untuk mereka mengisi nama serta nombor telefon dan nombor kad pengenalan masing-masing. yang ini bertujuan untuk menyiapkan kad identiti untuk pelajar sepanjang aktiviti di sini. kitorang punya kerjalah tu -_-
selesai pelantikan penghulu dan penghuluwati, pelajar diarahkan untuk berkumpul dan berbaris di hadapan dewan tertutup untuk sesi latihan kawad kaki dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari.
"pukul 12 tepat, suruh break makan tengah hari lepastu solat zohor dan kuliah zohor then sambung latihan 2 sampai 3 lepastu baru present eh? ingat kan?" serentak kami berempat mengangguk tanda faham kepada cikgu hafizah. kemudian cikgu hafizah dan cikgu-cikgu lain beredar ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri.
"kesian dorang.. panas gila kot harini." , aku sekadar mengangguk sambil kipas mini yang aku beli di shopee, aku halakan ke leher ku yang dilitupi tudung bawal hitam.
tak mampu nak berkata-kata sebabkan cuaca panas. takut dehydrate :p