y

173 16 0
                                    

aku bergegas mencari handphone aku di dalam bilik. entah mana aku letak agaknya, tak jumpa jumpa.

"haa hello?"

"hello? sarah eh?" ha. haziq.

"iya. ada apa?"

"free tak malam ni?"

"kenapa?"

"mak aku.. ha kejaplah" dan tiba tiba panggilan tadi senyap. so aku tunggulah sampai si haziq ni berbunyi lagi.

apalah salahnya dia terus je cakap, hah? ni sekejap, sekejap. sejak bila tak reti nak bercakap dengan aku. time sekolah kemain menyakat aku. ni dah habis sekolah, pandai malu malu kucing pulak. piaq kang

"hello? sarah? ni makcik sopiah ni. makcik nak tanya, sarah free ke malam ni?" weh terus nak tersedak aku. nasiblah aku sumpah seranah si haziq tu dalam hati je. buatnya makcik sopiah dengar aku menyumpah anak dia, terus hilang minat dia dekat aku.

eh.?

"haah ye makcik. sarah free je. ada apa, makcik" , terus berubah suara aku

"bukan apa. makcik nak mintak tolong. esok nak buat kenduri doa selamat untuk haziq. sarah boleh tolong rewang?" aku telan air liur. pasaipa pulak nak buat kenduri doa selamat untuk haziq? nak kemana budak tu? ke, dapat apa budak tu?

eh busybody pulak ngko

"haaaa boleh je makcik. ni syeera pun ada, boleh ramai ramaikan. pukul berapa tu makcik?" tanya aku untuk kepastian. sebab sekarang je dah 6.30 petang. rewang ni bukan sekejap weh, lagi nak buat kenduri.

"lepas isyak lah. senang, dah siap solat semua. ye?"

"haah bolehlah makcik. nanti lepas isyak kitorang datang ye."

"takpe nanti haziq ambik je. terima kasih ye sarah."

"ohh boleh boleh. yee, sama sama makcik" 

dan aku pun duduk sambil mengeluh.

"rewang?" si syeera menanya.

"haah. malam ni dekat rumah haziq."

"ada apa?" tanya syeera lagi.

"makcik sopiah cakap kenduri doa selamat untuk haziq. entahlah, doa selamat untuk apa tah."

tepat jam 8 malam, aku dan syeera dah bersiap dengan tshirt lengan panjang dan tracksuit berserta shawl yanh digayakan dengan gaya 'effortless'

memandangkan aku dan syeera kedua duanya mendapat cuti dari Allah, so kami bercadang nak ke rumah haziq awal sikit biar dapat tolong tolong banyak sikit. jadi, tak perlulah si haziq tu susah susah datang rumah menjemput kitorang. sekangkang kera je pun rumah.

sesampai di rumah haziq, kitorang berdua pun bagilah salam.

"assalamualaikumm~"

"waalaikumsalam. awalnya datang. bukan mak suruh datang lepas isyak?"

ingatkan makcik sopiah yang jemput kitorang. si haziq kerek ni rupanya.

"saja nak datang awal. boleh tolong banyak sikit." jawab aku

"eh btw. ni kenduri doa selamat untuk apa?" tanya aku terus kepada haziq

"oh. aku dapat offer jadi office manager dekat syarikat pakcik aku." terus terlopong mulut aku.

"weh kau baru 18 do."

"aku dah train dari umur 16 dekat company tu. sebab tu pakcik aku naikkan pangkat. dah cakap dah dengan mak, tak payah buat doa selamat bagai. tapi dia nak jugak." haziq meng'explain' kepada aku dan syeera.

"oklah. tu maknanya mak kau hargai kau tau."

"yelah. dah jangan banyak cakap. nanti tak jalan satu habuk pun kerja."

eh eh. cakap macam dia mem besar dalam rumah.

annoyingnya!

"sarah, nanti tolong makcik kemaskan depan rumah tu boleh? ada haziq sekali. syeera tolong makcik dekat dapur ye." aku sekadar mengangguk.

tapi kejap. kenapa aku dengan haziq? ei makcik sopiah ni ada udang di sebalik batu ke apa ni. 

ting!

aku membuka whatsapp.

'tengah kemas rumah makcik sopiah ke tu?'

dari mak.

hahah, tahulah saya siapa yang beri idea kat makcik sopiah buat benda bukan bukan ni

malas nak reply, huh!

"reti pasang langsir tak?" aku toleh kiri. wei cakap baik sikit, ni sarah lah. buat kerja rumah ni kacang goreng je! 

"mestilah. bak sini!" kemudian aku mengambil langsir dari tangan haziq dan bersedia untuk memasangnya.

dan ketika itu aku sedar, yang aku..tak sampai...

"wei. ada..kerusi tak?" tanya aku kepada haziq yang sedang menyusun sofa

"nak buat apa?" tanya haziq , pelik.

aku mengeluh. dan beri isyarat pada dia melalui mata. aku memandang ke arah tempat gantung langsir yang nun jauh di atas.

"OHH HAHAHAH JAP EH MAKSU JAP EH~"

wei kuaja.

sebab tulah aku malas tau buat kerja dengan dia ni.


mamat bengongWhere stories live. Discover now