tepat jam 5 petang, honda cr-v milik haziq terpacak di depan pintu pagar rumah aku.
'akhirnya. rumahku syurgaku~'
"eh jap jap!" kata haziq, sebelum aku melangkah meninggalkan keretanya.
"nah." katanya, sambil menghulurkan beg uniqlo yang berisi tshirt dan blouse yang dipilihnya tadi
"eh? buat apa?" tanya aku, terkejut.
"untuk kaulah ni."
"ei weh, banyak sangatlah. aku banyak lagi tau baju kat rumah tu." kata aku, sambil menghulurkan semula beg tadi kepada dia.
"ala ambik la. ni aku memang dah niat nak bagi kau hadiah." katanya, menolak semula beg tersebut kepada aku.
"ish dia ni, suka buat orang rasa serba salah kan?" , haziq tergelak
"ni bukan nak bagi rasuah kat kau, suruh terima aku ke apa. aku yang rasa nak hadiahkan kau something. birthday kau pun dah lepas, so why not. anggaplah macam hadiah birthday." kata haziq, sambil tersenyum.
'janganlah senyum!!!! cair tahu takkk!'
"okay. thanks." jawab aku, mula membuka langkah untuk masuk ke rumah
"nanti kita date lagi, pakailah baju yang aku belikan tu. oh, jangan lupa try dulu elok ke tak dengan badan kau. aku pakai agak je saiz kau tu" kata dia kemudian terus masuk ke dalam kereta.
kemudian, dia menekan hon, dan melambaikan tangannya ke arah aku dan terus bergerak meninggalkan kawasan rumah aku.
—
"weh lawa gila!" first reaction oleh syeera ketika aku mencuba blouse kedua berwarna peach yang dibelikan haziq. seriously, sebenarnya blouse tu punya style memang idaman aku.
"weh untung do kau. belum ada pape dia dah belikan kau macam ni weh." kata syeera.
"untung apa weh. kalau aku ni bukan jodoh dia, kan membazir je." kata aku, sambil membuka blouse tadi dan meletakkannya ke dalam bakul baju untuk dibasuh.
"at least dia ada effort weh. tak jadi tak apa, tu tolak tepi." aku sekadar diam.
entahlah, aku rasa macam awal sangat nak berbicara soal jodoh. kitorang baru je habis sekolah. memanglah orang tua-tua kata kalau dah berkenan kena cepat-cepat. tapi ini cepat sangat. haih, tak tahulah
tiba-tiba, skrin henfonku menyala memperlihatkan nama pemanggil.
"cikgu hafizah?" serentak aku dan syeera memberi reaksi.
"hello assalamualaikum, cikgu." kata aku, memulakan bicara.
"waalaikumsalam, sarah. awak buat apa sekarang?" , tanya cikgu hafizah.
"takde buat apa cikgu. menganggur je dekat rumah ni, dengan syeera." jawab aku kembali.
timbul sedikit rasa pelik, sebab cikgu hafizah ni guru penyelia tingkatan 5. aku dah habis sekolah dah pun. kenapa tiba-tiba dia call?
"kalau sabtu depan awak free tak? sampai isnin?"
aku memandang syeera dengan muka pelik. ada apa pulak ni? aku kan dah habis sekolah
"free je cikgu. kenapa ya?"
"sekolah ada buat kem untuk pelajar tingkatan 5. awak jadi fasi boleh? dengan syeera sekali."
aku dan syeera membuntangkan biji mata dan menjerit dalam diam.
bestnya!
"boleh cikgu, boleh sangat. pukul berapa tu?"
"nanti awak datang je sekolah macam biasa, arahan saya akan bagi pagi tu. okay?"
"okay cikgu, terima kasih."
"terima kasih juga sebab boleh bantu saya. jumpa sabtu ya."
"WEHHHH WEHHHH!!!!!!" aku dan syeera melompat-lompat kegembiraan.
weh dah lama aku berangan-angan nak jadi fasi masa program sekolah tau. akhirnya dapat jugak!