"sarah!" aku toleh ke belakang. kemudian tersenyum.
haziq berlari2 anak menuju ke arahku sambil menggalas beg berjenama converse berwarna hitam miliknya di bahu.
"petang ada class ke?" aku geleng. dalam masa yang sama, suka. sebab class dah takde!
akhirnya, aku dan haziq dah pun berada di tahun akhir kami. seminggu selepas aku dapat surat tawaran ke korea dan tawaran ke uitm haritu, aku dah pun tekad nak menyambung pelajaran di universiti tempatan sahaja. bukan apa, takut terpesong kang duduk dekat negara orang. seumur hidup belum pernah aku berjauhan dengan family sejauh tu. so hati aku memang belum nak ke korea lagi.
dan haziq pun dah buat keputusan untuk sambung di shah alam juga. jadi, selama 5 tahun dekat sini aku dan dia akan datang bersama2 menaiki kereta baru haziq yang abah dia hadiahkan.
sementara tu, syeera dan rayyan pun dapat tawaran di uitm shah alam, tapi dalam course yang berlainan dengan kami. syeera dapat tawaran dalam course pharmacy, manakala rayyan pula dapat tawaran dalam course engineering.
"petang ni dating jom?" tanya haziq, sambil meletakkan beg galasnya di tepi aku.
"pergi mana je?" tanya aku. sebenarnya, aku dan haziq masih belum ada apa2 hubungan istimewa. aku tak nak ada apa2 hubungan istimewa pun sepanjang tempoh kitorang melanjutkan pelajaran ni dan aku dah pun beritahu haziq in the first place. bila haziq kata ok, aku pun ok je :)
tapi macam ni lah, si haziq ni selalu buat macam kitorang ni ada something special. nak ajak keluar, cakap nak dating. kadang2 sesuka hati dia je panggil aku 'sayang' depan orang lain.
"entah. tapi aku rasa macam nak pergi shopping. nak beli baju."
"ha jomlah. aku pun nak beli baju jugak." jawab aku sambil teringat yang ada beberapa helai baju di kedai2 tertentu di mall yang ada dalam wishlist aku.
"ok. lepas asar kita gerak eh?" aku angguk.
÷
selesai shopping, azan di handphone haziq pun berkumandang menandakan dah masuk waktu maghrib. kebetulan kami dah pun berada di tengah jalan waktu itu, dan lokasi mall tersebut juga agak jauh dari rumah yang memakan masa hampir 1 jam setengah.
jadi, haziq decide untuk berhenti di stesen minyak untuk kami berhenti sembahyang.
"eh?"
"kenapa?" tanya haziq.
"kenapa tempat solat ada satu je?" aku dah pusing keliling tempat ni, memang ada satu je surau dia.
"takpelah. kita solat sama2."
errrrr tu bukan problemnya. macam mana aku nak pakai tudung nanti? buka tudung senang. nak pakai?
takpelah, redho.
"aku imam eh?" aku sekadar mengangguk.
okey jugak macam ni, takdelah rasa takut solat sorang2.
"assalamualaikum warahmatullah.." selesai salam kedua, haziq terus berdoa dalam bahasa arab dan aku mengaminkannya.
tanpa sedar, aku tersenyum.
entahlah, tapi aku rasa bertuah dapat tengok sisi dia yang begini harini.
"aku tunggu kat luar, kau pakailah tudung dulu." kata haziq, dan terus berlalu keluar.
aku cepat2 meletakkan shawl di atas kepala dan mengikat lebihan hujung ke belakang.
"dah. jom." kata aku, selepas membuka pintu dan melihat susuk tubuh haziq berdiri betul2 di hadapan pintu surau.
÷
"emm.. sarah." aku memandang dia. serious + penuh makna je bunyi panggilan dia.
"bila kau nak bagi jawapan untuk soalan aku? kita kan..dah nak habis degree..." kata haziq, slow tapi penuh keberanian.
aku diam. aku bukan apa, masih belum berani nak buat keputusan dan aku tak nak terburu2. ini melibatkan masa depan aku, dan masa depan dia juga.
"okay. aku nak tanya kau dulu, sebelum aku bagi jawapan. kalau kita kahwin, kau izinkan tak aku kerja?" aku tanya haziq untuk kepastian. sebab aku tak nak sia2 kan 5 tahun aku melanjutkan pelajaran, dan lepastu aku kahwin tanpa dapat apa2 dari ilmu yang aku belajar.
"okay, boleh. tapi, ada limit. aku tak nak kau kerja sampai kau pencen. cukuplah maybe sampai ada kita dah 2 atau 3 orang. biar aku yang cari nafkah untuk family kita." aku diam lagi.
"tapi...untuk soalan kau tu, aku belum ada jawapan yang pasti dan meyakinkan. kalau kau bagi aku masa lagi sikit boleh?" tanya aku, dalam kesopanan.
haziq sekadar mengangguk dan kembali fokus kepada pemanduannya.
tak lama lepastu, kereta haziq dah pun betul2 berhenti di hadapan rumah aku.
"amiklah masa sebanyak mana pun kau perlu. aku tunggu." kata haziq, sebelum aku keluar dari keretanya.
aku sekadar mengangguk dan tersenyum.
"thanks for the ride, bro."