i

68 9 0
                                    

"korea..?" mak bagaikan terkedu saat aku memberitahu tentang surat tawaran menyambung pelajaran yang baru dihantar abang posmen tadi.

aku sekadar mengangguk, dalam gembira tapi risau, tapi suka tapi takut. bercampur baur.

"keputusan sarah?" abah mencelah, dari dapur bersama 3 cawan nescafe.

"macam mana sarah nak decide, bah? baru je dapat offer ni." kata aku, masih runsing.

"syeera? takde dapat?" tanya abah lagi.

"tak tahu. belum call dia lagi."

"universiti tempatan tak dapat offer?" tanya mak pula.

"ada." jawab aku sambil mengangguk.

"kat mana?"

"uitm. shah alam. foundation science jugak." abah sekadar mengangguk.

"macam ni lah. sarah solat, istikharah sekali. hajat jangan lupa. sungguh2 mintak pada allah. biar nampak petunjuk tu nak ke mana." aku mengangguk.

sesungguhnya, dari tadi lagi aku dah shaking gila sebab dapat offer ke korea. aku akan hadir kursus 3 bulan belajar bahasa korea di universiti tempatan, dan kemudian terus ke korea untuk melanjutkan pelajaran dalam foundation of science.

yang membuatkan aku bertambah runsing bila aku dapat course yang sama untuk kedua2 universiti tempatan dan korea ni.

it has always been my dream nak ke korea, tapi bukan menetap. sekadar berjalan, bercuti. tapi it's a very very good opportunity kalau aku sambung belajar dekat sana.

aih tak tahulah!!

÷

"korea? serious lah?" aku mengangguk. masih risau.

"so kau nak pergi?" tanya haziq. oleh kerana si syeera balik utara harini, aku pun call lah haziq ajak lepak depan rumah sambil makan mekdi.

"tak tahulah dooooo itu yang aku runsing niii. peningg duk fikir dari tadi."

"ikut kata hati. dah istikharah belum?" aku angguk.

"haa buat hari2. sekali je kurang membantu. allah tengok pun kurang usaha." aku mengangguk lagi.

"eh tapi kau dapat apa?"

"asasi sains. uitm shah alam." aku melopong.

"SERIOUSLY?!" tanya aku terkejut.

"serious lah. kenapa kau terkejut sangat?" tanya haziq, sambil menyedut air coke miliknya.

"AKU PUNNNNNN!"

"eh kata dapat kat korea?"

"yelah. uni local pun aku dapat jugak." jawab aku sambil mencari2 di mana pula duduknya air aku tadi ye..

eh. kejap

"wei tu macam air aku je......" kata aku kepada haziq yang dari tadi sedap menyedut air coke mekdi tersebut. haziq pun melihat cawan kertas berisi air coke yang dipegangnya.

"eh!" baru dia teringat yang dia minum tak guna straw..

mamat bengongWhere stories live. Discover now