b

186 16 0
                                    

"em..lapar tak?" tanya haziq, memecahkan kesunyian setelah hampir setengah jam sejak kejadian unexpected tadi terjadi.

"boleh jugak." jawabku sepatah.

wei awkward gila do!

"katne?" aku diam, dan membuat ekspresk muka seolah-olah sedang berfikir walaupun aku sebenarnya masih stuck dalam kejadian tadi.

aku pun tak faham apa yang aku fikirkan sangat soal tadi, tapi.. aku sekarang ni rasa pelik tau. perasaan yang aku tak pernah rasa bila ada dengan haziq sebelum ni. haih..

"sarah?"

"hah?" tersedar dari lamunan akibat panggilan dari haziq. ha tulah, mengelamun je kerja.

"mcd okay?" aku sekadar mengangguk, sebelum membuntuti haziq menuju pintu masuk restoran makanan segera tersebut.

"ramainya orang...." terzahir perkataan ini apabila aku terlihat sekumpulan manusia yang nauzubillah ramainya dalam mcd ni.

"tulah. nasib baik yang beratur tak ramai." kata haziq, sambil masih berjalan menuju ke kaunter pesanan.

"nak makan apa?" tanya dia setelah kami betul-betul berhenti di hadapan kaunter pesanan.

"spicy chicken mcdeluxe. nak coke je." jawab aku.

aku kalau datang mcd, memang itu menu wajib aku melainkan aku punya tekak tiba-tiba nak merasa burger lain. tapi itu memang favourite aku ><

"okay. spicy chicken mcdeluxe, set, satu. big mac, set, satu. dua2 nak coke."

tak lama selepas itu, pesanan kami dah pun siap.

"bawah ke atas?"

"atas lah. tak crowded sangat." jawab aku, sambil menghulurkan tangan untuk menyambut dulang berisi pesanan aku.

"takyah. bawakan purse dengan henfon aku je." kata haziq, sambil menghulurkan purse dan handphone nya.

dia ni, nak menunjuk gentleman ke apa? aku nak bawak dulang tu bukan sebab risau berat ke apa, risau dia bawak tu terlanggar apa-apa pastu berterabur makanan aku, tak ke naya.

tapi alhamdulillah lah, sampai jugak kat meja kitorang nak makan ni dengan selamat.

dan waktu ni aku mula sedar sesuatu.

aku kalau makan burger, confirm terselit kat gigi.

alahai.

"wei masuk sini jap." kata haziq, menarik hujung lengan bajuku.

'uniqlo? kemain shopping mamat ni' , kataku di dalam hati.

"weh, men section sini tau."

"tahulah. sabar lah kejap." jawab haziq sambil terus berjalan ke depan.

tiba-tiba dia patah balik, meraih pergelangan tangan aku berlapikkan lengan blouse aku, menarik aku berjalan ke hadapan.

"cepatlah sikit jalan ei." aku tergelak kecil. ingatkan kenapalah tadi

"rilek laa." kata aku. yang sebenarnya, kaki aku ni dah penat dah nak berjalan walaupun tak habis satu mall ni aku pusing.

"wei banyaknya beli. untuk siapa?" tanya aku, melihatkan haziq yang dah pun memilih 3 helai tshirt dan blouse dan meletakkannya ke dalam bakul yang aku bawa.

tapi haziq sekadar mendiamkan diri sambil senyum.

'alahai, comelnya.'

eh.

dah kenapa aku ni?

mamat bengongWhere stories live. Discover now