"sorry kacau malam-malam, mok. sebenarnya aku datang nak bagi makanan ni, mak aku suruh kasi. pastu esok ada majlis akikah anak sedara aku. datanglah, mak aku jemput ." kata haziq lalu menghulurkan kepada aku dua bekas mangkuk tingkat yang berat.
aku mengherotkan bibir. dah sampai depan rumah pun still annoying lagi
"haa inshaAllah, sebab mak ayah kitorang takde kat rumah sekarang ni so tak sure boleh pergi ke tak." kata aku kepada haziq
"ohh. kalau boleh datang, whatsapp aku."
"k." balasku sepatah
"k bai mok, good night." kemudian dia berlalu dengan motornya
aku sempat menjelirkan lidah kepada dia tanda protes. kemudian haziqnya gelakkan aku. dia fikir lawak ke????
"wei tau tak.." aku pandang muka syeera. apsal ayat dia cam suspen sangat nih
"tetiba aku tengok korang ni an.." aku menanti ayat seterusnya
"macam sweet pulak. macam tengah gaduh-gaduh manja." kata syeera kemudian tergelak
PAP!
"aduh!" sebijik pukulan aku hadiahkan pada syeera
"lain kali mulut jangan celupar!" kata aku sebelum menonong masuk ke dalam rumah meninggalkan syeera yang masih mengamati kesakitan dari pukulanku
"aku doakan kau kahwin dengan dia!" jerit syeera dari luar rumah. aku pulak sekadar pekakkan telinga, malas nak melayan.
—
"ha kau tengok anak aku tu elok-elok eh. kalau hilang anak aku, siap kau." aku mencebik. sukati dia je mengarah-arah kita buat tu buat ni kat anak dia
"selamani kau yang hilangkan anak kau, last-last anak kau cari aku jugak, kan inaz kan?" inaz pun angguk
"oooo sejak duduk ngan maksu makin buruk perangai eh. patut loyar semacam je anak aku. ini rupanya cikgu dia." kata kakngah
"loyar loyar pun, aku jugakla yang tukang jaga anak kau ni dari baby sampai ke beso aku jugaklah." kata aku balik
"hei aku bayar kau tau!—"
"ha dah lambat dah tu, pergilah cepat. bising kang laki kau. bye!" baru kakngah nak sambung bebel, aku potong dan terus tutup pintu pagar.
selepas kakngah berlalu pergi, aku pun tutup pintu rumah.
"inaz dah breakfast ke?" inaz angguk.
"malam nanti, maksu nak pergi rumah kawan ngan acik syeera. inaz ikut eh?"
"jalan-jalan ke maksu?" tanya inaz
"nope. ni kenduri akikah ada baby baru. so, inaz kena behave ok. kalau tak behave maksu tinggal je kat sana." kata aku lebih pada mengugut
"inaz janji inaz behave!"
"ok dah jom salin baju!" lalu aku mendukung inaz ke bilik aku dan menyalinkan baju dia.
—
"terima kasih datang, sarah." kata makcik sopiah sebaik majlis tersebut habis
"sama-sama makcik."
"nanti free-free singgahlah selalu rumah makcik. tengokkan inaz tu suka main dengan haziq." aku menjeling ke belakang.
eh kemain si inaz bergelak ketawa riang ria dengan si haziq ye.
cubit ang.
"inaz! balik jom?" panggil aku apabila tengok kedua inaz dan haziq langsung tak perasan aku dah pun sarungkan kasut aku dan bersedia nak balik
"alah maksu. baru nak main dengan paksu." aku membuntangkan bijik mata.
"sape paksu kau? sejak bila kau ada paksu ni?" tanya aku, terkejut. seram woi dengar perkataan 'paksu'
"ni." inaz tunjuk muka haziq yang sedang mendukungnya
"banyaklah kau punya paksu. 'su' kau sorang je, ni maksu ni. selagi maksu tak kahwin, kau takde paksu tau." kata aku pada inaz
"kalau cemtu, maksu kahwinlah dengan paksu!"
"oi pandai je kau eh. dah dah , jom balik ." kata aku kemudian memegang sebelah tangan inaz yang tak berada pada pelukan haziq waktu itu
"tanok!" kemudian inaz memeluk erat leher haziq. haziq pulak ketawa mengekek sekali dengan inaz
pahal gelak gelak. fikir hensem ke? huh
"syafinaz! jom balik." kata aku kemudian merenung inaz tajam
"yelah.." kemudian inaz mendepakan tangannya supaya aku mengambil dia dari dukungan haziq
sewaktu aku mahu melangkah pergi, lenganku ditarik oleh haziq
"maksu bila marah, nampak cekci!" bisiknya di telinga aku
"buang tebiat ke kau?" kata aku kemudian berlalu pergi
"bai maksu!" jerit haziq.
aku saja buat-buat tak dengar. buang tebiat agaknya mamat ni. maksu, maksu. aku tepek sekali baru tahu.
—
btw lupa nak explain . rumah haziq yang sebenar benarnya , langkau sebaris dari barisan rumah aku. sebelah rumah aku ni, rumah nenek dia. sebab tu masa aku siram pokok haritu.. ada dia duk memerhati hm.
—
"mulai harini , kita tinggal berapa hari je lagi anak anak nak spm ?"
"tiga !"
"betul , tiga hari. so kena buat apa ni ? pulunlah study. tapi jangan lupa rest walaupun belajar ye . rehat tu penting untuk kembalikan fokus . so 2 jam ni, saya bagi pada awak untuk ulangkaji apa yang patut . ingat lagi kan spot yang saya bagi?"
"ingat...."
so harini dah mula gerak gempur dahsyat nak ke spm . cikgu-cikgu pun dah tak mengajar, cuma bagi kitorang masa untuk ulangkaji semula semua topik form 4 dan form 5 .
dan harini satu batch form 5 berkumpul dekat dewan dan belajar ramai ramai . and session ni paling aku suka sebab apa? dapat usha crush walaupun dari jauhhh .
—
dan tibalah waktu yang kitorang tunggu tunggu, iaitu waktu rehat !
masa aku berjalan keluar dari dewan , tiba tiba si bengong ni berhenti depan aku .
"pahal ?"
"nah. mak aku bagi. sayang betul mak aku dekat kau ." kata si haziq sambip menghulurkan tupperware yang berat tanpa aku tahu isinya .
setelah haziq berlalu, syeera pun cakap ; "weh apakah ini? bila mak dia dah suka dekat kau ni, lain maciam ni weh"
"ei jangan nak fikir bukan bukan eh !"