o

188 16 0
                                    

"sarah? dah siap belum?" tanya syeera dari bilik sebelah.

"kejap, kejap! tengah pakai shawl!"

disebabkan syeera sibuk nak tengok crash landing on you malam tadi, aku pulak terlajak tidur sampai pukul 8 tadi baru bangun. ni dah 8:45 pagi and pukul 9 pagi dah start majlis haziq tu.

ah, lantak! aku sekadar mengikat melipat kedua belah permukaan shawl yang berada di pipi dan membutangkannya. kemudian, lebihan labuhan shawl tadi aku bawa ke belakang dan ikat. dah, siap. senang, simple.

"ok dah jom!"

ketika kami berdua menyarung sandal, haziq dah pun sampai di depan rumah dengan kereta vios hitam miliknya.

"nah, kunci pintu" , kata aku kepada syeera sambil menghulurkan kunci rumah kepadanya.

"weh sorry lambat. ni semua salah syeera."

"weh apahal aku pulak. kau yang insisted nak tengok sampai habis kan. aku dah kata tengok separuh dulu."

"wei dah dah. jangan gaduh. yang penting korang tak lambat sebab rumah aku belakang tu je."

dan kitorang terus terdiam.

"kau pergi mana ni?"

"beli ais. kalau tak, korang kena berjalan kakilah ke rumah aku." kata haziq.

ada betulnya jugak. huntunglah kami pagi ni kihkih

"assalamualaikum! makcik! sorry lambat!" kata aku kepada makcik sopiah.

"waalaikumsalam. tak apa. makcik faham. korang berdua mesti penat rewang malam tadi kan? ni sarah, dah ok pinggang tu?" aku sekadar mengangguk sambil tersengih macam kerang busuk.

haih. cerita dia macam ni,,

"haziq? yang ni kan macam besar lah. aku rasa untuk pintu ni, saiz yang lain lah." kata aku sambil menghulurkan langsir yang aku pegang tadi kepada haziq. ye, dan aku masih berdiri di atas kerusi.

"mana? kejap." kata haziq sambil mengambil langsir yang aku hulurkan.

dan masa haziq tarik langsir tu dari tangan aku, di situlah terjadinya tragedi hitam di rumah haziq.

"EH EH!"

"EH! SARAH!"

GEDEBUK!

aku dan haziq sama sama jatuh ke atas lantai.

"sarah? haziq?"

"ya allah! sarah! haziq!"

disebabkan haziq nak selamatkan aku, dengan dia dia sekali terjatuh.

haa begitulah ceritanya.

"eh. haahlah. haziq? tangan kau...?"

"ok je. nasiblah kau dah kurus sikit lepas habis sekolah ni. kalau tak, patah riuk dah aku ni."

kuaja.

"ish apa cakap macam tu, haziq. dah bawak masuk ais tu." dan aku menjelirkan lidah ke arah haziq.

padan muka!

selesai majlis, makcik sopiah memberikan lebihan lauk kepada aku dan syeera berserta sedikit 'upah' untuk kitorang sebab istiqamah membantu dari semalam sampai ke harini.

Alhamdulillah, ada income sikit sesejak habis sekolah ni.

"eh nak pergi mana syeera?" tanya aku selepas melihat syeera yang bergegas menyarung bawal dan membawa beg.

"nenek belah abah aku sakit. ni abah aku otw nak amik. kau nak ikut sekali tak, sarah?"

"macam tak boleh je. nanti boncet takde siapa nak bagi makan. takpelah, kau pergi je. kirim salam dekat orang kedah ye."

"ok. bai sarah! pape aku call kau tau!" kemudian syeera pun berlalu keluar dari rumah.

petang tu, aku berhasrat nak joging sekejap dekat taman berdekatan dengan rumah aku.

setelah menyarung sport shoes berwarna hitam kakngah punya (:p) , aku pun keluar berjoging. 

"hai. sorang je?" aku toleh ke kanan.

im..IMRAN?!

"eh bila balik sini?" tanya aku, tak dapat sembunyikan keterujaan.

"semalam. sekejap je ni, sebab nak tengok nenek. selalu ke joging sini?" aku geleng.

"baru harini start hehe"

dan kemudian suasana menjadi sunyi sepi semula. aku terlampau teruja dapat berjumpa dengan imran semula. dah dekat 3 bulan jugak sejak last kitorang jumpa haritu. gila tak rindu weh? crush aku kott!

"kerja ke sekarang?"

"taklah. menganggur je." kitorang pun duduk di bawak pokok besar di taman ini, setelah cukup 5 round pusing satu taman.

"kau?" aku bertanya.

"part time dekat entertainment company. jadi manager pelakon."

"weh seriously? siapaaa?" tanya aku, teruja.

"apa eh nama dia? park seojoon?" aku terus ternganga

"SERIOUSLY ?!" dia angguk sambil ketawa.

"dah agak. mesti kau kenal."

"berapa lama kerja dengan dia?" aku tanya.

"dua hari lepas aku pindah korea, company tu call aku suruh kerja. sebabnya manager lama dia cuti bersalin."

"oooo..."

"em oklah aku balik dulu. kalau aku rindu kau, boleh whatsapp je kan?" dan dia blah.

weh sumpahlah.

dia cakap rindu kan? kan? kan?

mamat bengongWhere stories live. Discover now