aktiviti malam.
hari pertama je aktiviti malam dia adventuring sungguh. night walk.
"ada sesiapa tahu macam mana rupanya aktiviti night walk ni?
betul! fasi dah sediakan tali, sepanjang perjalanan dari mula sampai akhir. setiap peserta diberi nombor dan kena ingat nombor. kalau rasa dengar ada kawan dekat depan atau belakang, cuma sebut nombor. kalau ada sahutan, maka tu kawan awak. kalau tiada, anggap je macam tak ada apa berlaku ya :)
saya rasa awal2 cikgu dah pesan, no torch light, no handphone, tak ada apa2 bantuan ya sepanjang aktiviti ni. fasi akan ada di station2 yang tertentu, dan akan bantu awak jika hilang arah. nombor2 panggilan bagi fasi adalah 100 untuk haziq, 200 untuk rayyan, 300 untuk sarah dan 400 untuk syeera. kalau ada yang perlukan bantuan, boleh sebutkan sahaja nombor2 ni dan kami yang berdekatan akan bantu.
ingat, jalan jangan lepas tali. tali itu bermakna awak berada pada lane yang paling selamat. dan ingat, jangan sebut nama ,hanya sebut nombor." , begitulah bunyinya penerangan yang padat daripada haziq selaku ketua fasi.
dari jam 5 sehingga 6 petang sewaktu peserta diberi rehat dan makan malam, kami sebagai fasi bertungkus lumus dengan bantuan staff kawasan kem memasang tali bagi membantu aktiviti malam ni berjalan dengan lancar. walaupun aku adalah fasi, tapi aku sendiri gerun jalan malam sorang2 ni. tapi apakan daya, dah kena duduk sorang2 so tabah jelah.
tak lama lepastu, 3 orang cikgu sampai di check point mula dan 3 orang cikgu lagi sampai di check point akhir untuk menyambut peserta serta kami para fasi lepas tamat aktiviti :)
sementara cikgu uruskan pelepasan pelajar ke dalam hutan, kami berempat bergerak ke kawasan yang dah ditetapkan untuk kami dari siang tadi. aku berjalan sambil berpegangan tangan dengan syeera mengikuti langkah haziq dan rayyan ke hadapan.
kami diberi tempat yang awal2 sebab perempuan kan :) so yang lelaki semua dekat hujung2. ada penambahan 2 orang staff kem untuk berada di 2 lagi check point sebab 4 orang tak cukup untuk panjang perjalanan yang dah ditetapkan untuk aktiviti ni.
tak lama lepastu, aku mula nampak kehadiran pelajar2 lelaki disusuli pelajar2 perempuan melewati check point aku.
dan tiba2 ada seorang pelajar jatuh di depan aku. cepat2 aku bangun untuk membantunya.
"mak!" jeritnya.
"awak ok? nombor berapa?" tanya aku.
"73."
"ok bangun. ada cedera tak?" aku dapat rasakan gelengannya.
"ok jangan takut. ada lagi kawan2 awak dekat belakang. ni, tali." kata aku kemudian menghulurkan tali kepadanya.
setelah habis pelajar2 melewati check point aku, aku pun berlalu ke check point syeera. ketika tulah juga ada kejadian yang tak disangka-sangka terjadi kepada aku. aku terjelopok terpijak ranting kayu yang entah dari mana datangnya dan hampir jatuh ke curam sebelum ada tangan yang menarik lengan aku ke atas semula.
"ok tak?" , haziq?
"kenapa kau kat sini?" , tanya aku.
"budak2 semua dah sampai last check point. 400 & 200 pun dah sampai. kenapa kau lambat sangat?" , aku terus jadi pelik. tak silap aku, aku dah kira 150 orang cukup2 lalu depan aku. kenapa semua sampai cepat sangat? tapi aku sekadar mendiamkan diri dan cepat2 bangun untuk berjalan.
"weh aduh!"
"kenapa?" laju haziq bertanya.
"aku rasa, aku terseliuh lah." kata aku sambil menahan kesakitan. ya allah, sakit dia sampai otak beb!
"takpe. aku papah kau." kata haziq, lalu memegang kedua bahu aku dan aku pula pegang tali sambil dipapah haziq.
dalam 15 minit macam tu, aku dah nampak cahaya di depan menandakan aku dah hampir ke last check point. tak harap benda lain, just nak rehat sebab kaki aku sakit sangat ni.
"sarah! kenapa lambat sangat ni?" tanya syeera sebaik aku sampai di last check point. cikgu2 juga dah memandang aku dengan risau selepas nampak aku dipapah haziq.
"awak ok tak ni sarah?" tanya cikgu hisham. my fav cikgu ever <3 aku sekadar mengangguk.
"takpe, saya dengan 5 orang cikgu lain akan uruskan pelajar masuk ke dorm. so awak berempat boleh balik homestay bersihkan diri lepastu berehat ya." kami berempat mengangguk dan mula bergerak ke bilik.
tapi.....kenapa haziq ni tak biar syeera je papah aku? dia papah pula aku sampai ke homestay..
"thanks do." kata aku sambil duduk di sofa.
"tunggu jap." kata haziq kemudian berlalu ke dapur.
"err aku mandi dulu boleh?" tanya syeera setelah sampai. aku sekadar mengangguk sebab aku pun tak larat nak jalan pergi mandi.
kemudian haziq datang dengan membawa emergency kit yang terletak di kabinet dapur. dia juga membawa bungkusan ais untuk menuam kaki aku yang mula membengkak.
"aku buat sendiri jelah."
"tak payah. rest je. biar aku buat." kata haziq sepatah2. aku terus duduk diam dan membiarkan dia merawat kaki aku.
sekarang baru aku faham kenapa dia cakap dia seorang yang sangat strict. sebab dia memang strict bila melibatkan something serious. eh tapi bukan semua orang macam tu ke? tapi entahlah. haziq ni bagi vibes lain tau bila dia act strict ni.
macho gittew