dah baca2 doa apa semua, tup2 tiba dah acara pembatalan air wuduk. part ni aku paling berderau darah, first time do nak sentuh lelaki lain selain abah & abang aku.
"hai, isteri." aku terus tepuk bahu dia. aku ni dahlah nervous, dengan malu lagi.
kemudian haziq menghulurkan tangan kirinya, bersedia nak menyarungkan cincin perkahwinan kami di jari manis kanan aku.
'bismillah..' , kemudian aku menghulurkan tangan kanan aku.
haziq menyambutnya dengan cermat, dan mula menyarungkan cincin di jari manisku.
aku punya shaking sampai bergetar sekali tangan haziq. dan tangan aku tengah berpeluh sekarang ni, disebabkan nervous yang amat.
kemudian haziq mendekatkan wajahnya dengan telinga aku, dan berbisik. "sejuknya tangan.." sambil menggenggam kedua tangan aku dengan cermat.
"diam laaaa......." bisik aku kepada dia semula. orang tengah nervous tahap gaban ni, kau boleh nak main2 eh.
÷
selesai akad nikah, aku dan haziq menuju ke bilik untuk solat zohor terlebih dahulu. tetamu dari sebelah abah dan mak, serta rakan2 sekolah dan member2 semua dah memenuhi khemah jemputan. aku dah pun text sorang2 member menyatakan aku otw nak solat, dan selepas tu baru aku akan turun menyambut tetamu.
"dah?" tanya haziq. dari tadi dia menunggu aku untuk membersihkan segala solekan, sambil dibantu syeera dan kemudian membenarkan aku untuk mengambil wuduk setelah selesai.
"nah, telekung." katanya sambil menghulurkan sepasang telekung berjenama 'Siti Khadijah' kepada aku.
"eh ni bukan ak-- rumah ni punya." kata aku, yang sebenarnya tak tahu nak bahasakan diri ni apa. AWKWARD GILA!
"ni hadiah. dah lama nak belikan. pakailah." kata haziq pula.
aku menyambut telekung dengan tersipu-sipu. aduh! takle aa, sekarang cepat sangat cair!
--
selesai solat zohor berjemaah dengan suamiku >< , aku pun masuk ke bilik sebelah untuk bersolek semula. kak ngah dah ready dengan barang mekap, manakala syeera dah ready dengan baju sanding aku.
actually aku berniat nak pakai sepasang je baju untuk harini, means nikah dengan sanding baju yang sama tapi sebab haziq berkeras nak salin baju so aku ikutkan jelah. aku bukan apa, aku ni bersiap lambat tau lepastu leceh nak salin2 baju bagai. sayanglah baju nikah tu pakai sekejap je. tapi takpelah, kang belum apa2 dah nusyuz.
selesai bersolek, aku pun membuka pintu untuk turun ke majlis untuk bersanding dan makan beradab serta melayan tetamu."wow!" aku terus memandang ke depan.
"cantiknya sayang saya ni..!"
"ish diamlah! nanti kak ngah dengan syeera dengar macam mana?" kata aku, sambil memukul lembut lengannya. kang terkuat, derhaka pulak aku.
"biarlah! kita kan dah kahwin." aku terdiam. betul jugak. ish apa2 jelah!
"dah, jomlah pergi bawah." kata aku sambil memaut lengannya untuk turun ke bawah.
"boleh tak ni jalan?" tanya haziq. aku sekadar mengangguk. sejurus lepastu, haziq terus memaut kemas tangan aku agar aku betul2 selamat untuk melangkah.
aku mula tersenyum sendiri. haih, ini ke yang orang kata bahagianya sentuh suami lepas kahwin?
setelah sampai ke anak tangga yang terakhir, haziq tiba2 berhenti dan melepaskan tangan aku.
"kejap." kemudian tangan kanannya dialihkan ke tudung aku, dan dia mula membetulkan lipatan shawl aku yang terbuka.
"nah, tengok. okay tak tu?" kata dia sambil menghulurkan camera handphone nya kepada aku.
"okay!" kata aku dengan ceria. sebenarnya, aku dah cair dah dari dia betulkan tudung aku tu. haih lah haziq, untung betul aku dapat suami semanis kau ni.
"suka betul dia! dah jom!" kata haziq sambil mencuit hidung aku. kemudian, dia menghulurkan tangan kirinya untuk aku sambut.
dan bermulalah kehidupan baru, di mana aku dah pun bergelar isteri orang dan mempunyai tanggungjawab baru iaitu sebagai seorang isteri. banyak nasihat yang aku ambil dari mak dan kak ngah, dari makcik2 pakcik2 agar dapat memenuhi keperluan suamiku nanti.
kalian pun doakan aku ya!
bye, semua!