Hari demi hari, masaku hanya bersama jin dan hubungan kami semakin rapat daripada yang dahulu. Namjoon pula sibuk belajar di luar negara." yuri " kedengaran namaku di panggil dari ruang tamu.
Aku terus memulas tombol pintu bilikku lalu menuju ke ruang tamu.
" barang semua aku dah letak dalam kereta, kau dah siap ke? " dia berdiri di hadapan pintu utama seraya memandangku.
Aku mengangguk menandakan sudah bersiap. Aku mengatur langkah untuk mengambil phoneku di atas meja bilikku.
Kami berdua akan pergi ke gwacheon iaitu tempat tinggal jin. Agak jauh untuk pergi ke sana.
Tiba sahaja di hadapan rumah jin, aku mengangkat barangku dan jin menangkat barangnya.
" omma " panggil jin dengan lembut.
Keluar seorang wanita yang berusia dati rumah tersebut. Aku terus melemparkan senyuman ke arahnya.
" kamu ni kalau nak bawa tetamu bagitahu la omma dulu " wanita tersebut memukul lengan jin dengan lembut.
Aku hanya memandang gerak geri wanita tersebut. Aku rasa pernah jumpa dengan omma seokjin.
" masukla " wanita tersebut menarik lenganku.
Aku hanya mengikutnya seraya jin mengiringiku.
" hyung belum balik lagi ke omma? " tangan jin mula gatal untuk memegang tanganku.
Aku mengelak daripada memegang tangannya lalu memberikan renungan yang tajam.
" hyung kamu takda cuti jadi dia tak balik la untuk cuti kali ni " wanita tersebut membawa kami ke ruang tamu.
Aku duduk bersebelahan dengan wanita itu.
" nama kamu ni siapa " sebuah senyuman terukir di bibir wanita itu.
" nama saya jung yuri " aku tersenyum seraya memandangnya.
" cantik nama tu, macam nama sepupu dia ni " wanita itu menunjuk ke arah jin.
" saya rasa cantik lagi yuri yang ni " jin tersenyum sinis.
Aku hanya memandangnya sepintas lalu.
" mengada. kamu berdua dah makan? " wanita itu terus bangun dari kerusi yang bersebelahanku.
" belum " jin juga bangun dari kerusinya lalu membawa beg pakaiannya.
" omma masak dulu, kamu berdua berehat la dulu " wanita tersebut terus melangkah pergi.
" jom aku tunjukkan bilik " jin terus menghampiriku lalu mengambil bag pakaianku.
Aku terus bangun lalu mengikut langkah jin.
" tidur sebilik dengan aku nak? " dia tersenyum sinis lalu memulas tombol pintu bilik tersebut.
" taknak kau bukan suami aku pun " aku terus menolaknya ke tepi dengan jari telunjuk.
" nanti aku khawin dengan kau " jin mengiringiku masuk ke dalam bilik tersebut.
" bilik siapa ni? " aku terus duduk pada penjuru katil single tersebut.
" bilik aku " jin meletakkan barangku pada sebuah kerusi meja belajar yang berdekatan dengan tingkap bilik.
" kau tidur mana malam nanti? " aku memandang sekeliling bilik tersebut.
" tidur sini " jin terus menghampiriku.
" fikir lawak ke tidur sebilik " aku terus menolaknya untuk ketepikan dirinya.
Aku mengatur langkah menuju ke dapur dan kelihatan kelibat omma jin sedang menyediakan makanan.
" biar saya tolong " aku terus menghampirinya yang sedang memotong sayur sayuran.
" nah kamu potong yang ini ya? makcik nak siapkan yang istimewa untuk kamu berdua " omma jin tergelak kecil lalu melangkah pergi.
Aku juga tergelak kecil lalu mengatur langkah menuju ke singki untuk mencuci tanganku terlebih dahulu.
Sedang aku memotong sayur sayuran itu, jin turut membantu aku memotong sayur sayuran itu.
" dah siap " aku terus mengambil bakul sayur seraya menuju ke singki.
Aku membasuh sayur tersebut lalu menghulurkan bakul sayur kepada omma jin.
" boleh kamu berdua tolong omma belikan barang dapur untuk simpanan bulan depan? " omma jin menunjukkan senarai barang barang tersebut.
" boleh " aku terus mengambil senarai tersebut.
" omma, saya letak pisau ni dekat meja " jin turut mengatur langkah lalu mengikut setiap langkah ku.
Aku memulas tombol bilik jin lalu mengambil phoneku yang terletak di atas katil.
Keluar sahaja kami berdua dari rumah omma jin, aku terus menuju ke tempat kereta jin.
" kau nak pakai kereta?" jin memandangku seraya riak wajah kehairanan.
" tak jauh ke? " aku terus menghampirinya.
" takla " dia terus mengatur langkah seraya memegang tanganku dengan erat.
Hampir 10 minit kami berdua berjalan kaki, aku hanya membebel kepadanya.
" kau kata dekat tadi " aku melepaskan pegangan tangannya.
Dia tergelak kecil lalu menunjukkan kedai yang tidak jauh dari kami berdua.
" dekat la tu " dia terhenti lalu melihat setiap langkahku.
Tiba tiba aku mula terasa langkahku semakin cepat.
" apa kau buat ni ? " jin memegang kedua belah bahuku seraya mempercepatkan langkahku.
Sampai sahaja kami berdua di dalam mini market tersebut, aku terus mengambil barang barang yang telah disenaraikan.
Selesai sahaja membeli barang keperluan, jin mengatur langkah menuju ke kaunter seraya membawa troli.
" datang lagi " terukir sebuah senyuman pada bibir pekerja lelaki itu.
Aku tersenyum kepadanya lalu melangkah keluar bersama jin. Aku mengalih pandangan ke arah jin.
" suka dia la tu " jin hanya memandang ke hadapan sahaja.
" takla " aku terus menyiku lengannya.
Dia terus terdiam lalu kami berdua mempercepatkan perjalanan.
" nak aku tunjukkan tempat yang menarik tak? " jin mengalih pandangnya ke arahku.
" tempat apa? " rasa ingin tahu mula timbul pada diriku.
" ikut sini " jin mengatur langkah terlebih dahulu seraya aku mengiringnya dari belakang.
Kedengaran bunyi air terjun berada di berdekatan. Tetapi aku tidak pasti pendengaran aku betul atau tidak.
" yuri tengok tu " jin menunjuk sebuah air yang jernih mengalir di sungai.
Aku terasa kagum lalu meletakkan barang yang aku bawa di tempat yang selamat.
" jernih " aku terus menghampiri jin.
" cuba buka kasut, lepas tu masukkan kaki kau dekat dalam air ni " jin turut meletakkan barangnya di tempat yang selamat.
Aku terus membuka kasutku lalu meletakkan kasut ku lebih jauh dari tempat yang berair. Aku memasukkan kakiku.
" sejuk " hanya sepatah perkataan sahaja yang boleh aku katakan.
Jin terus menghampiriku lalu aku mencapai tangannya. Berdiri sahaja dia di hadapanku, aku memandang wajahnya dengan lama.
" kenapa? ada kotor ke muka aku? " jin mengusap wajanya.
" takla " aku terus mengalih pandangan.
