11

92 11 0
                                    


Aku terus duduk pada batu yang berdekatan dengan air yang mengalir. Jin juga mengikut langkahku lalu duduk bersebelahan dengan aku.

" omma dengan appa kau bila nak balik korea? " pertanyaan tersebut membuatkan aku teringat sesuatu.

Waktu aku menghantar namjoon ke airport, aku terserempak dengan omma dan appa aku. Jin tidak bersamaku pada masa itu. Omma dan appaku sekarang tinggal di ilsan iaitu rumah lama kami.

" mereka dah balik " aku mengalih pandangan ke arah jin.

" kau taknak jumpa mereka? " jin bermain main dengan air yang mengalir pada kaki nya.

" aku pun tak pasti nak jumpa mereka ke tak " aku hanya melepaskan keluhan kecil lalu mengalih pandangan.

" kalau kau nak jumpa mereka, nanti aku hantar kau " jin terus menarik tanganku seraya berdiri dihadapanku.

Aku terus bangun dari batu tersebut, jin mengatur langkah seraya menarik tanganku menuju ke tengah sungai tersebut.

" ya jung yuri " namaku dipanggil seperti semasa kami selalu bergaduh dahulu.

" ya kim seokjin " aku cuba berdiri pada batu yang lebih tinggi supaya aku nampak lebih tinggi darinya.

" kau rasa aku boleh percaya tak kalau kau buat sesuatu untuk aku? " jin meletakkan kedua belah tangannya pada kepalaku.

" sesuatu? maksud kau? aku rasa aku boleh " aku mencuit pinggangnya lalu dia mengalih tangannya dengan pantas.

" jangan pandang lelaki lain " dia manarik aku ke dakapannya.

Aku tergelak besar seraya memandang wajahnya.

" ya kim seokjin, macam mana aku nak pandang lelaki lain kalau kau dah cukup untuk aku pandang setiap masa " aku menarik kedua belah telinganya.

" mana tahu " jin memicit pipiku seraya manarik nariknya.

Matahari pun hampir terbenam dan kami berdua baru sahaja hampir tiba ke rumah.

Dalam beberapa meter dari rumah jin, kelihatan seorang lelaki yang berpakaian serba kelabu dan ditemani oleh seorang wanita yang berpakaian gaun merah jambu menuju ke rumah jin.

Aku terus menyiku beberapa kali lengan jin.

" siapa lelaki tu? " aku menunjuk kearah lelaki yang baru masuk ke halaman rumahnya.

" aku rabun " jin meletakkan tangannya pada bahuku.

Aku hanya mengangguk, aku lupa yang dia R A B U N.

Masuk sahaja kami berdua di hadapan pintu utama rumah. Seseorang menyapa jin dan menghampiri kami berdua

" hyung " jin terus menyambut salam lelaki itu.

" kau berdua baru balik dari mana? " lelaki itu tersenyum lebar pada jin.

Aku melihat wajah mereka berdua, wajah mereka tidak jauh beza bagi pandanganku. Aku rasa dia abang kepada jin.

" baru balik dari kedai tapi kami berdua duduk dekat sungai dari tadi " jelas jin ringkas.

" ouh, masukla kesian dia bawa barang tu lama sangat " terukir sebuah senyuman pada wajahnya seraya menunjuk ke arahku.

" tak apa " aku tergelak kecil lalu menanggalkan kasutku.

Kami semua duduk di meja dapur dan banyak persoalan yang timbul oleh mereka semua kepada aku dan jin.

" nama yuri ni macam pernah dengar la dan muka pun macam pernah nampak sebelum ni " abang jin melihat wajahku dengan berkali kali.

" saya tak rasa kita pernah jumpa " aku tergelak kecil lalu mengalih ke arah jin yang berada di sebelahku.

" mana tahu pernah " abang jin mengambil pencuci mulut iaitu buah anggur yang berada si hadapannya lalu memasukkan sebiji ke dalam mulutnya.

" omma pun rasa macam pernah jumpa yuri ni " omma jin merenung wajahku dengan lama.

" dulu kita pernah tinggal dekat Ilsan yang rumah sewa lama kita tu, sebelah rumah sewa kita dulu pernah ada seorang nama budak ni yuri " appa jin kini bersuara yang dari tadi hanya tergelak melihat gelagat anak anaknya.

Kata kata appa jin tersebut membuat aku teringat sesuatu memori yang manis yang sangat aku rindu.

Selesai sahaja kami semua berbual, aku terus menolong omma jin dan teman wanita abang jin mengemas meja makan dan sebagainya.

" makcik duduk la dalam, biar saya kemas ni semua " aku mengambil pinggan yang omma jin bawa.

" baikla " omma jin tersenyum seraya menghulurkan pinggan tersebut kepadaku.

Aku terus mengangkat pinggan tersebut ke sinki.

" yuri awak nanti tidur sini ke? " teman wanita abang jin bangun dari kerusi meja makan tersebut.

" ya tidur sini, kenapa? " terukir sebuah senyuman pada bibirku apabila melihat wajahnya yang manis senyumannya.

" awak tidur sebilik dengan unnie nak tak? " dia mengatur langkah menuju ke sinki juga seraya membawa pinggan untuk dicuci.

" saya ikut je " aku tanpa teragak agak untuk bersetuju tidur sebilik bersamanya.

Teman wanita abang jin yang bernama Im Bonghae itu hanya tua 3 tahun dari aku. Dia berumur 28 tahun dan aku 25 tahun. Aku cuba untuk menjadi lebih rapat dengan dia supaya aku tidak kekok bersama yang lain.

" unnie, saya masuk bilik dulu nanti kalau unnie dah nak masuk tidur saya pergi bilik unnie " aku mengelap tanganku yang basah pada tisu yang disedia pada atas meja.

" baik " dia  mengambil phone nya yang terletak di atas meja.

Aku mengatur langkah menuju ke bilik, aku memulas tombol pintu tersebut dan kelihatan jin sedang terbaring di atasa katilnya. Aku menutup pintu dengan perlahan lalu menghampirinya tanpa membuat sebarang bunyi.

Rupanya dia tertidur seraya phone nya dipegang olehnya, aku mengambil phonenya lalu meletakkan di atas meja.

Aku menuju ke katil itu semula lalu merebahkan badanku dengan perlahan disebelahnya. Aku mengeluarkan phoneku dari poket seluarku lalu membuka aplikasi camera.

Aku mengambil gambarnya yang sedang tidur dari jarak yang sangat dekat. Aku hampir tergelak besar melihat wajahnya yang sedang tidur dalam gambar tersebut.

" kau buat apa lagi tu " jin terus bangun dengan mengejut.

" sambung tidur " aku menarik lengannya untuk baring bersebelahanku semula.

Dia tersenyum sinis lalu baring bersebelahanku lagi. Lepas sahaja dia baring aku terus bangun lalu mengatur langkah menuju ke pintu.

" kau nak pergi mana "dia terus bangun semula.

" aku tidur dengan unnie " aku tersenyum sinis seraya mengenyitkan sebelah mataku.

" pergi la pergi " dia terbaring semula tanpa memandang aku lagi.

Aku terus melangkah pergi lalu menuju ke bilik unnie bonghae. Aku mengetuk pintu biliknya dengan ketukan dua kali.

" masukla " kedengaran suaranya dari dalam.

Aku terus memulas tombol pintu tersebut lalu kelihatan dia sedang mengemas tilam.

" awak rupanya " kelihatan riak wajahnya seperti lega apabila aku melangkah masuk ke dalam biliknya.

Aku hanya tersenyum lalu menutup pintu tersebut dengan perlahan.

[OG] lips | kim seokjin Where stories live. Discover now