Wajahnya semakin dekat dengan wajahku, aku menampar wajahnya dengan lembut.
" kita dekat tempat awam, chagi " aku terus membuka pintu kereta lalu melangkah keluar.
" ya chagi, nanti belikan air untuk aku juga " jin terus mengambil phonenya yang berada di poket seluarnya.
" kalau aku ingat " aku terus melangkah pergi lalu menghampiri caffe yang telah disetujui.
Kelihatan seseorang yang telah menunggu ketibaanku, iaitu yungji. Aku terus menuju ke arahnya.
" lama tak jumpa dengan awak " tegurku kepadanya yang tengah termenung jauh.
" yuri duduklah " dia menjadi gagap sedikit apabila memandang ke arah mataku.
" apa yang awak nak bagitahu sampai nak jumpa dekat sini? " aku duduk berhadapan dengan dia.
" saya nak bagi awak surat jemputan ini, tak selesa kalau tak jemput adik beradik lain ke majlis kahwin " dia menghulurkan kad jemputan perkahwinan.
" siapa kahwin? " keningku mula berkerut.
" saya " katanya seraya tersenyum sinis.
" awak kahwin dengan siapa? " perasaan gembira tertimbul pada diriku.
" Im jaebum " sebaik sahaja selesai dia menyebut nama lelaki tersebut dia terus mendapat panggilan.
" yuri, saya terpaksa pergi dahulu. Saya ada urusan, awak nak saya hantar awak balik ke? " dia terus bangun dari tempat duduknya lalu menyimpan phonenya ke dalam beg.
" takpa nanti saya balik sendiri " kataku tanpa memandang wajahnya lagi.
" baiklah saya pergi dulu " dia terus melangkah pergi.
Aku hanya terduduk seraya memandang ke arah luar tingkap. Aku mengambil kad perkhawinan tersebut lalu hanya merenung ke arah nama jaebum.
" kenapa aku rasa geram sedangkan aku dengan dia mana ada hubungan lagi? " banyak persoalan yang timbul di dalam mindaku.
Aku terus bangun dari tempat dudukku lalu menuju ke kaunter untuk membeli minuman kepada jin.
Selesai sahaja menunggu air tersebut, aku terus melangkah menuju ke kereta.
" kenapa masam je muka ni? " jin memicit lembut pipiku.
" takda " kataku sepatah dan kembali diam sahaja.
Aku takperlu sedih sedangkan jin ada untuk menceriakan hari aku. Aku takperlu kenang masa yang lalu. Aku perlu kuatkan diri.
" yuri kita dah sampai " jin mengusap rambutku lalu keluar dari kereta.
Aku terus tersedar dari lamunan yang sangat jauh. Aku melangkah keluar lalu mengambil bag pakaianku yang berada di belakang kereta.
Aku meletakkan bag pakaianku di tepi pintu bilikku dan merebahkan badanku di katil.
" yuri, kau nak makan apa nanti aku masak untuk kau? " jin berdiri di hadapan pintu bilikku.
" takpalah aku masih kenyang " aku hanya memandang dia sepintas lalu.
" kau belum makan lagi tu, kau cuma makan sarapan je tadi " jin melangkah menuju ke penjuru katilku.
" aku takda selera nak makan " aku terus bangun dari baringku.
Jin hanya memeluk tubuhnya lalu duduk bersebelahanku.
" kau ada masalah ke, cuba bagitahu dekat aku boleh? " jin memegang tangan kananku dengan erat.
Aku mengetapkan bibirku seraya memandangnya.
" aku taknak kau fikir negatif kalau aku bagitahu kau tentang perasaan aku ni " mataku mula berkaca dan aku cuba untuk menahannya daripada mengalir.
" aku sentiasa fikir positif untuk kau " dia memandang ke arah mataku.
Air yang terkandung pada mataku mula mengalir ibarat hujan lebat yang sedang membasahi bumi. Aku memeluk dia dengan erat dan merehatkan daguku pada bahunya.
" aku taknak lukakan hati kau " kataku seraya memejamkan kedua belah mataku.
" aku pun taknak lukakan hati kau terutamanya " dia mengusap belakangku berkali kali.
Aku menceritakan semuanya yang terkandung di dalam isi hatiku. Aku masih tidak tahu punca aku menangis untuk orang seperti dia.
" kau nak pergi ke majlis perkahwinan hujung bulan ni? " jin mengusap air mataku.
" nantilah aku fikirkan dahulu " aku mula termenung lagi sekali.
Sedang aku termenung jauh, aku dapat rasakan bibirku dicium oleh dia. Aku meleraikan ciuman tersebut lalu memegang bibirnya.
" kau pergilah berehat " aku terus mengatur bantalku dengan kemas lalu merebahkan badanku.
Aku terus menutup kelopak mataku tetapi aku dapat rasakan jin masih berada di sebelahku.
" jangan cepat sedih ya? " jin mengusap rambutku berkali kali lalu bangun dari katilku dan melangkah pergi.
Aku dapat rasakan badan aku menjadi panas disebabkan aku menangis keterlaluan. Aku taknak sakit.
____
Hari yang seterusnya, aku menghidapi demam panas. Kepalaku juga sakit dan pening. Jin menyuruhku pergi ke klinik untuk mengambil ubat.
" taknak, aku tak suka pergi klinik " aku hanya terbaring di atas katil seraya memicit dahiku.
" kalau macam itu, aku keluar kejap untuk beli ubat " jin memeluk tubuhnya dan memandang tajam ke arah aku.
" jangan " aku terus bangun lalu mencapaikan tangannya agar dia terduduk bersebelahanku.
Dia memandang aku dengan penuh kehairanan lalu mengalih pandangan dia.
" kalau kau semakin teruk nanti, aku juga yang susah " bebelnya seraya merenung ke wajahku.
Aku hanya dapat melepaskan nafas yang sangat berat. Perkara yang berlaku semalam semakin bermain di dalam fikiranku.
" takpa aku makan bubur yang kau buat tadi tu pun dah cukup " jelasku lalu merebahkan badanku semula ke katil.
" baiklah, aku duduk dekat luar je tau. Kalau nak sesuatu panggil je " jin terus bangun dari tempatnya lalu langkah demi langkah dia menuju ke pintu bilikku.
" baik " jawabku sepatah.
Aku cuba untuk tidur dengan tenang dan tanpa memikir sebarang benda yang tidak berfaedah. Malangnya, aku tetap berfikir.
" diakah perempuan yang selalu keluar dengan jaebum selama ni? Diakah yang jaebum maksudkan? Diakah yang perempuan pernah tidur bersama jaebum? " persoalan tersebut hanya bermain-main di dalam minda aku.
Sakit hati walaupun benda sudah berlalu. Perasaan aku semakin lama semakin sakit pada diri aku sendiri, bila-bila masa sahaja air mata dapat mengalir apabila mengingatkan peristiwa yang lepas.
" yuri kau mesti kuat, kau mesti datang ke majlis itu bagi mengucapkan taniah kepada mereka berdua " bisik hati aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/110491016-288-k801300.jpg)