Seminggu kemudian, aku langsung tidak memperdulikan jin lagi. Biarkan perkara yang lama itu. Aku mengambil keputusan untuk tinggal bersama Namjoon sehingga 2 minggu. Lagi pun dia tidak lama lagi akan habis belajar.Memandangkan cuaca sekarang sejuk dan hujung minggu, kami hanya duduk di rumah. Masing-masing membuat kerja sendiri. Aku duduk di ruang tamu seraya termenung ke arah sebuah ruang yang di mana mempunyai kolam renang yang cukup besar. Langsung aku belum meletak kaki di situ.
" Bo! " di tepuk bahuku dari belakang. Tiada mempunyai perasaan kejutan langsung. Dijeling Hoseok.
" Awak, saya nak minta nombor telefon bolehkan? Huh? " di hampirkan wajah Hoseok ke wajahku. Aku menampar lembut wajahnya.
" Minta dekat Namjoon " tersenyum sinis aku. Dia terus mengerutkan kening.
" Namjoon suruh saya minta sendiri dekat awak. Saya beranikan diri minta nombor awak, tahu tak " bebel Hoseok. Aku tergelak kecil lalu mengambil handphone yang dipegang kemasnya.
Selesai. Aku menghulur kepadanya semula lalu terus beralih ke telivision yang hanya dibuka sahaja itu. Taehyung pula datang, duduk di sebelahku seraya membawa komputer riba. Aku berada di antara mereka berdua.
" Kau masih melekat dengan permainan tu je? " Hoseok menongkat kepalanya seraya melihat Taehyung.
" Esok aku berhentilah " tidak lepas mata Taehyung. Aku terus mendekatkan tempat duduk. Mataku hanya tertumpu ke arah permainan yang dimain oleh Taehyung.
" Permainan apa ni? " terasa ingin tahu. Di buka mulutku untuk menanya.
" Overwatch " aku hanya mengangguk. Langsung aku tidak berminat bermain dengan permainan seperti itu tetapi aku terasa tertarik sekarang.
Taehyung sekejap memandangku yang semakin dekat dengan dia dan memandang skrin komputer riba. Hoseok terus mengatur langkah menuju ke kolam renang.
" Awak nak cuba? " dihulurkan komputer ribanya kepadaku. Aku menggeleng.
" Tak, saya nak tengok awak main je " terukir senyumanku seraya tidak lepas memandang tangannya yang cekap bermain.
" Lebih baik awak tengok muka saya je " di dekatkan wajah Taehyung secara tiba-tiba pada wajahku. Hanya sekejap. Di alih cepat wajahnya dan sambung bermain. Wajahku mula berasa sangat panas. Merah padam.
" Mengada " terus di jauhkan jarak. Mataku tertumpu kepada Hoseok yang terduduk di kolam renang secara kaki direndamkan. Aku mengatur langkah untuk duduk bersamanya. Tetapi cepat tangan aku dirampas.
" Kejap, tunggu saya tamatkan yang terakhir ini " cepat tangan Taehyung menghabiskan permainannya.
" Jom! " Taehyung berlari anak-anak menghampiri Hoseok secara senyap. Tanganku terus dilepaskan. Di tolaknya Hoseok. Mataku terus membulat.
" Ya! Kim Taehyung! " bergemar suaranya satu rumah. Taehyung tergelak besar. Panjang tanganku memukul lengan miliknya.
" Awak dah gila ke? Nanti Hoseok demam, sekarang musim sejuk! Tahu tak! " dibebelku seraya tangan mencapai tangan Hoseok. Tetapi kali ini, Taehyung pula yang berendam.
" Awak berdua memang suka sangat nak sakit ke? " mataku mengecil. Geram.
" Apa semua ni? " sapaan tersebut membuatkan bahuku terhinjut. Terkejut. Dan aku terjatuh ke dalam kolam. Ibarat kambing aku. Takut air tambahan tidak pandai berenang. Tenggelam, timbul.
" Yuri boleh berenang tak ni? " pinggangku dipeluk dengan erat. Mataku separuh celik tadi dan terus terbutang luas. Jelas sekali wajah Hoseok di hadapanku. Tangan pada pinggangku tidak dilepas.
" Saya-- saya nak darat " dialih pandanganku dari memandang matanya. Jelas dia tergelak. Terus dicapai tangan Namjoon yang sedang tersedia untuk membantuku.
" Kau ni hati-hatilah lain kali " merungutnya. Aku mengeluh seraya menjeling Namjoon yang sedang berdiri tegak di hadapanku.
" Kau tu yang tiba-tiba kejutkan aku! " bibirku mula mencebik. Namjoon tergelak kecil lalu mengatur langkah masuk ke dalam. Aku terduduk di hujung kolam renang.
" Yuri, sinilah! " Taehyung mengapai-ngapaikan tangan. Aku menggeleng. Tidak berminat lagi untuk berenang. Cepat dia menghampiriku seraya tenggelam timbul di dalam air.
" Saya ajar awak berenang " dihulurkan tangannya untuk menyambutku. Aku menggeleng lagi. Dia mencebik bibir.
" Nah, ambil ni! " arah Namjoon seraya menghulurkan kain dan makanan ringan beserta air soda bersama alkahol. Kemudian dia kembali semula seraya membawa gelas.
" Ohyeah! Itulah Namjoon " sorak Hoseok. Namjoon hanya tersenyum sipu malu. Cepat Hoseok keluar dari kolam renang lalu menghampiri air-air yang beralkahol. Di buka satu tin.
" Suka sangat minum minuman tu selalu sangat. Tak elok " kataku seraya memandangnya yang meneguk minuman itu. Aku telah lama berhenti minum. Menjaga kesihatan katakan.
" Awak cubalah, saya tak tipu air tu memang sedap " katanya seraya memandangku. Aku hanya memandang tin yang tersedia pada tepiku. Namjoon menghampiri lalu memberi tin tersebut kepadaku.
" Cubalah, alkahol dia tak kuat sangat " pujuk Namjoon. Aku terus menyambut air tersebut. Taehyung tidak lepas memandangku.
" Ya! Awak betul nak minum air tu? " di pegang tin itu oleh Taehyung. Aku mengangguk. Taehyung mengeluh. Penutup tin dibuka. Diteguk minuman itu. Mula otakku teransang disebabkan minuman alkahol yang dikatakan tidak kuat alkaholnya.
" Kau kata tak berapa sangat mengalkaholkan! " di pukul lengan Namjoon dengan kasar. Dia tergelak besar bersama Hoseok. Aku hanya menjeling mereka berdua.
" Minum sampai habis, tak elok membazir! " belum sempat aku mahu mengetepikan air itu terus Namjoon memberi amaran. Aku mengeluh. Di pandang Taehyung yang dari tadi berendam.
" Awak, tolong habiskan "dihulurkan air itu. Dia menolak.
" Saya bukan jenis peminum " terukir senyuman sinis. Terus dia keluar dari kolam renang lalu menghampiri makanan ringan.
![](https://img.wattpad.com/cover/110491016-288-k801300.jpg)