Yuri_Hari ini aku bersendirian di rumah. Namjoon, Taehyung dan Hoseok seperti biasa ada kelas. Aku tidak tahu mereka akan balik dalam pukul berapa.
" penat " bahuku diurut. Walaupun tidak melakukan kerja yang memberatkan tetapi memang penat. Penat mendengar panggilan dari jin juga.
Kalau diikutkan hati memang nak sekatkan nombor dia. Tapi, tidak sampai hati. Aku bukanlah jahat sangat.
Aku mengalih pandangan ke arah jam yang tergantung kemas di dinding. Jam 12:50 tengah hari. Terasa ringan tulang untuk membuatkan hidangan tengah hari. Kut-kut mereka ada balik nanti.
Di keluarkan daging lembu, sayur salad, dan rempah-rempah seperti lada hitam. Sayur salad di cuci dengan bersih tambahan daging juga.
" Aku dapat rasa Namjoon terharu selepas ni " tersenyum jahat aku memikirkan Namjoon yang tengah menuntut ilmu.
____
Taehyung_
Apa je yang dia tengah buat dekat rumah agaknya. Comel je semalam. Cepatlah kelas habis!
" Kau tengah fikir apa tu? " di siku kasar lenganku oleh Hoseok. Terus dijelingku.
" Taehyung lain sejak dua menjak ni " Namjoon juga menyelit seraya mengalih pandang ke arahku. Kami bertiga terus hilang fokus semasa pensyarah sedang membebel perkara yang sama di hadapan.
" Aku nak tanya " tidak lepas pandang mereka berdua memandang aku. Terasa seperti diambil berat. Sungguh. Mereka berdua mengangkat kening.
" Apa dia? "
" Lepas kelas habis nanti korang pergi ke tempat lain tak? " terdiam mereka. Berfikir.
" Tak kut " kata Hoseok. Terus terukir senyuman teruja untuk balik ke rumah. Namjoon menggeleng.
" Perlu ke kita pergi makan dulu nanti? " pertanyaan Namjoon membuatkan aku terasa ingin balik sekarang.
" Tak perlu, lagi pun minggu ni kita selalu sangat membazir duit makan luar je " terus memberi cadanganku. Namjoon dan Hoseok setuju lalu semua beralih ke arah pensyarah. Kembali fokus.
____
Yuri_
Selesai sahaja aku menyediakan makanan, aku terus masuk ke dalam bilikku. Membersihkan diri.
Merenung wajah ke arah cermin solek selepas membersihan diri. Terselah jerawat berada di hujung batang hidung. Mengeluh kuat dibuatnya.
" Kenapa perlu tumbuh dekat sini " di pegang bahagian yang bunjul itu. Sakit itu memang.
Sedang aku merenung jerawat itu tiba-tiba aku terfikirkan jin yang berada di Korea. Dia sihat? Dia tidur nyenyak?
" Dia tengah membelai perempuan lain. Biarlah " sedikit berair mataku. Aku mendongakkan wajah, agar air mata tidak tumpah.
Hubungan aku dengan dia masih berterusan. Aku masih berfikir masak-masak untuk meminta berpisah. Perlu ke aku mesej dia?
Di panjangkan tangan untuk mencapai handphone yang di letak kemas pada birai katil. Perbualan yang banyak dari jin aku tekan. Aku langsung tidak membaca karangan yang diberi oleh jin. Terus tangan aku cuba menaip " Mari kita berpisah "
Betul ke ni? Masih ragu untuk menghantar mesej yang telah siap di taip.
" Yuri! Kami dah balik " kedengaran riang suara Taehyung dari ruang tamu. Cepat aku meletakkan handphone di tepi lalu melangkah keluar.
" Awak semua dah makan? " terukir senyuman pada bibirku. Penuh berharap agar mereka belum makan.
Mereka hanya menggelengkan kepala menandakan belum.
" Baguslah! Saya pun dah masak untuk awak semua " Taehyung terus berlari anak-anak menuju ke arahku. Yang lain menyimpankan bag mereka di atas kerusi terlebih dahulu.
Terhidang pinggan makan dengan di atas meja. Mereka terus mengambil tempat duduk.
" Yuri! Kau buat ni semua? Siap ada kimchi lagi " membulat mata Namjoon memandang makanan korea yang aku hidang untuk mereka.
" Sedap! " Taehyung menepuk tangannya berkali-kali. Teruja.
" Awak dah makan? " terangkat kening Hoseok seraya memandang aku yang tidak duduk ditempat yang kosong bersebelahannya.
" Awak semua makanlah dulu " kataku seraya tergelak kecil.
" Duduklah " cepat tangan Hoseok mencapai tanganku. Disuruh duduk bersebelahannya.
Licin pinggan yang penuh tadi. Semua kenyang. Penat pun menjadi mengantuk disebabkan sangat mengenyangkan.
" Terima kasih untuk hidang ni " kata Taehyung lalu mengangkat pinggan yang kotor ke sinki. Aku terus menghalang dia daripada mengangkat pinggan yang lain.
" Awak letak je lah dekat situ, nanti saya bersihkan " arahku lalu aku juga mengatur langkah ke sinki.
Namjoon dan Hoseok telah masuk ke dalam bilik. Katanya penat sangat.
" Biar saya tolong " cepat taehyung meletakkan pinggan yang kotor ke dalam sinki. Aku hanya berdiri di hadapan sinki seraya mencuci satu persatu.
Taehyung berdiri bersebelahan lalu membantu bersihkan. Dia tidak pernah kelihatan penat.
" Awak tak penat ke? " aku terus memecahkan suasana yang sunyi tadi. Taehyung tergelak kecil.
" Tak langsung " dia hanya fokus membersihkan pinggan tersebut. Dan kembali lagi suasana yang sunyi.
" Saya nak tanya "
" Apa dia? " aku terasa ingin mengetahui apa yang Taehyung ingin menanyaku. Tidak lepas mataku memadangnya dan pinggan. Taehyung. Pinggan.
" Ada teman lelaki tak? " aku tergelak sedikit janggal. Soalannya sungguh.
" Tak tahulah " Taehyung tersenyum pahit. Seolah-lah dia tidak puas dengan jawapan aku.
Pinggan yang telah selesai di bersihkan itu di kemas. Aku terus mengatur langkah masuk ke bilik seraya pintu bilik di kunci. Handphone yang berada di birai, aku capai. Badan direbah pada katil.
" Bodoh! Sejak bila aku hantar mesej ni! " cepat aku membuka perbualan aku dengan jin. Tanganku bergetar.
Mesej itu dihantar kepada dia. Aku terlambat ke? Tapi...
Keluh dengan kasar aku merenung mesej yang dihantar tidak sengaja itu. Pipi aku ditampar kasar supaya sedar.
Seokjin
" Mari kita berpisah " 0222
" Jung Yuri! Kau tak guraukan? Kita berbincang dulu, tolonglah. Awak dekat mana sekarang? " 0345
Sedikit risau aku. Dia tidur lewat dekat korea. Aku takut dia akan jatuh sakit.
