Majlis perkhawinan adik aku telah pun selesai. Aku dan jin menuju ke bilik menunggu pengantin perempuan. Keluargaku semua ada di bilik itu.
" yuri dengan siapa ni? " ommaku memeluk tubuhku dengan erat. Aku membalas pelukkan itu.
" nama saya kim seokjin. Saya teman lelaki yuri " pelukkan aku dengan ommaku semakin di longgarkan.
Riak wajah ommaku sedikit berubah. Terkejut dan teruja. Aku hanya tersenyum dengan riak wajah ommaku.
" omma, mana yungji? " mataku mencari-cari kelibatnya dari tadi.
" dia dekat bilik pengantin lelaki " sedikit gagap ayat ommaku. Mungkin sebab jaebum pengantin lelaki itu.
" yuri nak jumpa dia kejap. Kau nak ikut? " aku mengalih pandanganku ke arah jin yang sentiasa berada di sisiku.
" takpalah aku ada sesuatu nak dibuat " terukir sebuah senyuman di bibir jin. Aku mengangguk.
Aku melangkah menuju ke bilik pengantin lelaki yang berada tiga langkah dari bilik pengantin perempuan. Berdebar. Takut. Tanganku menghampiri tombol pintu tersebut. Tidak dipulas hanya dipegang.
" kau berani tak yuri? " bisik hatiku membuat aku terasa ragu-ragu.
Aku tersentak. Pintu itu dibuka dari dalam. Mataku bertentang dengan mata mereka berdua. Yungji dan Jaebum.
" yuri, awak datang " yungji menarik tubuhku ke dakapannya.
Sekarang hanya aku dan jaebum bertentangan mata. Lebih berdebar. Aku terus mengalih pandanganku dari melihatnya.
" selamat pengantin baru " aku tersenyum seraya membelai belakang gadis itu. Sakit.
Aku terus meleraikan pelukkan itu perlahan-lahan. Melihat wajah jaebum yang berubah. Aku hanya mengukirkan senyuman di bibir.
" jaga dia baik-baik, jaebum " mata jaebum terus memandang wajahku dan mengukirkan senyuman di bibir.
" yuri, jum makan sama-sama " yungji menarik tanganku seraya mengikut dia ke bilik yang dihidang makanan. Aku terhenti di pertengahan jalan.
" eh saya dah makan tadi, awak berdua pergilah " aku melepaskan tangannya dari tanganku.
" betul ni? " yungji terus mengalihkan tangannya ke lengan jaebum.
" ya, saya perlu pergi dulu " aku hanya tersenyum lalu melangkah pergi menuju je bilik pengantin perempuan.
Kelihatan jin sedang duduk bersama appa dan ommaku. Tersenyum-senyum seperti kerang busuk. Aku melangkah menuju mereka bertiga.
" appa " aku menyapa appaku yang aku rindu selama ini. Semua mata mengalih pandangan ke arahku.
" yuri, awak selalu menyusahkan orang lain ya dekat seoul " appaku tertawa kecil. Aku berkerut dahi.
" kau report eh? " aku menumpuk lengan jin berkali-kali. Dia mengaduh sakit.
Kami berdua melangkah menuju ke tempat letaknya kereta. Jin kelihatan seperti teruja. Tanpa sebab.
" kau dah kenapa dari tadi senyum je? " aku menyiku lengannya.
" aku pun tak tahu " dia hanya terus tersenyum seraya tangan mengusap leher.
" jangan jadi gila dulu, nanti takda orang nak masakkan makanan sesedap yang kau masak " aku tertawa kecil seraya menekup mulutku dengan tangan.
" mengada " jin berdecit saraya memberikan jelingan.
" mengada dengan kau je pun " aku meletakkan tangan kirinya melingkari bahuku dan pinggangnya di peluk. Selesa.
Aku menunggu jin di dalam kereta. Lama. Cuaca sekarang semakin sejuk. Hujung tahun katakan. Jin pergi ke pejabat miliknya untuk mengambil sesuatu.
" asal lama sangat dia ni " terasa sedikit geram. Terlebih lama menunggunya. Hatiku terasa sedikit risau.
Aku mengambil kunci keretanya lalu melangkah keluar dari kereta. Aku terkumat-kamit membebel sehingga tiba di hadapan pejabatnya. Geram. Menaiki tangga yang banyak untuk sampai ke tingkat atas tetapi ada sesuatu yang membuat langkahku terhenti. Jin.
" jin " hanya namanya sahaja yang keluar dari mulutku. Mataku membulat dan bergetar.
Susuk tubuh itu terus memusingkan pandangannya. Seseorang yang sangat dikenali bersamanya.
" hai yuri " suara yang tidak terasa bersalah sedikit pun.
Aku hanya mengendahkan sapaan gadis itu. Mataku tidak putus memandang jin. Dia langsung tidak menugurku malah tidak lepas memegang pinggang gadis itu. Kunci keretanya dilepaskan begitu sahaja di tanganku. Tanpa menoleh ke belakang lagi aku terus menuruni tangga.
" bodoh! patutlah dari tadi senyum-senyum je " air mataku sedikit demi sedikit mengalir. Tiada tempat untuk aku mengadu sekarang ini. Baru tengah hari tadi aku berjumpa dengan omma dan appa bersama jin. Tidak mungkin aku akan ke rumah untuk berjumpa dengan mereka dan berjumpa dengan pengantin yang sesuai sangat dijadikan sebagai suami isteri itu.
Aku mengatur langkah menuju ke tempat perhentian bas tetapi tanganku di tarik dengan lembut dari belakang. Perasaanku lebih sakit bila memandang wajah lelaki itu lagi. Im Jaebum.
" kenapa kau nangis ni? " lelaki itu mengalihkan rambutku daripada menghalang wajahku. Tanganku pantas menepiskan tangannya.
" jangan sentuh aku! " tidak terhenti air mataku mengalir.
" siapa buat kau menangis ni? " masih juga dia nak berlembut dengan aku.
" jaga isteri kau tu betul-betul, jangan suruh dia merampas kebahagian orang lain " mataku tidak lepas memandang ke arah mata lelaki itu.
" yuri, dengar sini. Aku dengan dia terpaksa je berkhawin, omma dan appa aku yang paksa " terang jaebum seraya meletakkan tanganku di kedua belah bahuku.
" kau dengan dia dah jadi pasangan suami isteri, jaebum. Kau ada tanggungjawab " aku mengundur sedikit jauh darinya.
" aku " belum sempat dia menghabiskan ayat. Seorang lelaki yang pernah berjumpa sekali dan menghilang agak lama menghampiriku.
" maaf menggangu, boleh kita orang pergi dahulu? " lelaki yang memakai mask tersebut terus menarik lenganku untuk pergi dari situ. Aku memandang ke arah matanya.
" Jimin " sedikit terkaku memandang wajahnya.
Jimin membawaku ke sebuah taman yang berjauhan dari tempat yang aku berjumpa dengan jaebum. Dia taknak ada sesiapa yang dikenali mengganggu.
" cuba cerita kenapa kau menangis? " jimin menghampiri dirinya.
Entah kenapa mulut susah untuk menceritakan. Aku hanya terdiam seraya menundukkan wajahku.
" okay, aku tahu susah nak cerita. Mesti jin buat sesuatu sampai kau menangiskan?" jimin mengusap rambutku.
Aku hanya mengangguk. Sepatah perkataan pun aku tidak dapat keluarkan. Gementar. Sejuk.
Tiada ramalan, jimin menarik tubuhku lalu dipeluk dengan erat. Aku tidak dapat membalas pelukkan itu. Hanya berdiri seperti tunggul.
" jimin " sedikit gagap untuk menyebut namanya. Pelukkan itu serta merta dileraikan.
" hm? " terangkat kening jimin seraya tangannya memegang lenganku.
" boleh kau tolong aku? " aku hanya perlu berharap perkataan boleh sahaja keluar dari mulutnya.
~~~
Sorry late lol. Tiba-tiba masa cuti berat sangat tulang.
