19

64 4 0
                                        


Seokjin_

" Tuan, ada seseorang nak berjumpa dengan tuan " kata pembantu sekerjaku. Aku hanya mengangguk. Membenarkan. Dia akur. Tidak lama kemudian, seorang gadis muncul di pintu bilikku dan ditutup rapat. Jung Yungji

" Kau datang sini lagi nak apa? Hancurkan kebahagiaan aku dengan kakak kau? " bertubi persoalan yang keluar. Dia hanya berdecit lalu menghampiri mejaku. Duduk berhadapanku.

" Sayang, dulu kita masih dalam hubungan tahu tak? Awak pergi tinggalkan saya lepas tu awak pergi bahagia dengan kakak saya. Dunia ni kecilkan " tersenyum sinis dia seraya membelai tanganku yang diletak selesa di atas fail-fail kerja. Dialih cepat. Jijik dengan wanita seperti itu.

" Awak tak ingat ke? Masa awak sebelum dengan yuri bercinta awak bertaruh.. "

" Kau jangan nak ungkit masa yang dulu! Aku sekarang dah cinta dia " tersenyum sinis lagi terukir. Ya memang aku bodoh dahulu. Bertaruh dengan Yungji bahawa aku akan bercinta dengan kakaknya hanya untuk berkhawin bersama Yungji. Bodoh.

" Tetapi sayang, perempuan tu tak cintakan awak langsung. Saya sayang awak tahu tak? Kita dulu dah janji kan, kalau awak dah dapat cinta dia lepas tu dah sampai setahun hubungan awak dengan dia akan berpisah. Kita berdua akan berkhawin " keras dia memberi pelbagai ugutan. Aku hanya mempunyai satu hati yang dimiliki oleh Yuri sahaja.

" Kau dah gila sangat ke? Yang lepas perlu kita lupakan. Kau sekarang ni baru je khawin. Lagi satu, sebelum kita buat janji tu aku memang dah takda langsung ada hubungan dengan kau! Kita dah berpisah " perkataan berpisah ditekankan sengaja. Perempuan itu menahan kesabarannya.

" Awak dengan Yuri sekarang mesti bergaduh teruk kan? " ternaik-naik keningnya. Aku hanya menjeling dan menyambung kerjaku.

" Awak nak tahu, saya ada jumpa Yuri dekat kelab malam dengan seorang lelaki yang kacak dari awak. Yuri nampak menggoda malam tu, ramai lelaki tengok dia " fitnah gadis itu. Jin langsung tidak memperduli. Dia percaya Yuri bukan jenis perempuan yang suka pergi ke kelab malam. Tambahan memakai pakaian ketat atau menggoda.

" Bukti ada? " dipandang geram gadis itu. Mulut tidak dapat dijaga dengan baik.

" Awak ingat saya ada masa nak ambil gambar budak tu? " dinaikkan suaranya. Nampak. Dia takda bukti.

Aku terus bangun lalu meninggalkannya bersendirian di pejabat. Tombol pintu dipulas.

" Awak nak pergi mana? " cepat dia mengikut langkahku dari belakang. Aku hanya membiarkan dia.

Caffe yang biasa tempat pertemuan aku dengan Jimin aku hampiri. Mungkin kebetulan aku juga bertembung dengan Jimin.

" Tahu sangat dah " tersenyum gembira Jimin. Tetapi senyumannya terus terhenti seraya menunjuk-nunjuk isyarat di belakangku. Jung Yungji. Dari tadi hanya mengikut belakang.

" Bekas teman wanita kau buat apa ikut kau makan dengan kita? Yuri tak marah ke nanti? " bisik Jimin. Geram juga dibuatnya. Aku terus menoleh ke belakang seraya memandangnya yang berpura-pura mengatur rambut.

" Kau nak kena dengan periuk ke dari tadi ikut belakang aku? " Tersenyum sinis dia. Terus aku menarik lengan Jimin untuk pergi makan di tempat lain.

" Kau mesti hati-hati dengan dia, kut-kut dia nak rancang lebih teruk lepas ni " arah Jimin. Aku mengangguk faham.

" Ya! Dia tadi ada cakap yang dia ada jumpa Yuri dekat kelab dengan seorang lelaki. Aku cuba tak nak fikir banyak. Aku tahu Yuri tu perempuan jenis tak suka pergi kelab malam " keluhan berat dilepaskan. Terukir senyuman Jimin yang sangat bermakna.

" Percayalah, Yuri tak akan buat macam tu " kata Jimin. Terharu dengan kata-kata Jimin. Walaupun dia hanya sekali sahaja berjumpa dengan Yuri di rumahku.

" Ya! Aku rindu dia. Setiap malam aku tak tidur lena " luahku. Terasa berat sangat hati untuk melepaskan Yuri walaupun dia telah meminta untuk berpisah.

" Kau kerap tidur pukul berapa sekarang ni? " tanya Jimin. Aku menoleh ke arah wajahnya.

" Pukul 4 pagi " jelas sekali aku semakin lama semakin lemah. Tidak cukup tidur. Kebelakangan ni kerap sangat jatuh sakit. Rindu sangat belaian dia.

" Bodoh! Kau dah lah bangun awal, pukul 6 pagi lepas tu kau tidur lewat. Berapa jam je. Nanti kau kena masuk hospital sebab tak cukup tidur baru tahu. Kau dah la memandu seorang diri, tah-tah nanti pengsan ke apa " bebel Jimin. Ya, memang salah cara aku. Dah memang sayang macam ni lah jadinya.

" Kalau kau jumpa Yuri bagitahu aku cepat-cepat tau? " kataku seraya termenung jauh. Dah masuk berapa hari tak jumpa bayang Yuri dalam bilik tidurnya.

" Dah masuk 10 kali kau pesan dekat aku, tahulah aku mana pergi Yuri tu! " dahi Jimin yang berkerut terus berubah rata. Riak wajah yang terkejut. Aku pelik dengan ayatnya juga. Mungkig dia terlepas cakap ke?

" Kejap aku nak pergi tandas " cepat dia meninggalkan aku. Pelik.

~~~

Hi! Saya ada buat cerita baru lol. Sesiapa yang minat yoongi silakan baca. Heuw. Saya cuba cepatkan update cerita ni tetapi hari tu holiday jadi tak dpt update la hehe. By the way, support la cerita habang suga tu hek. Thankyou.

- mama | myg

[OG] lips | kim seokjin Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang