SAMBUNG BELAJAR

336 5 0
                                    

18 TAHUN sudah. Besar juga rupanya aku. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pun sudah diumumkan. Aku pun sudah tahu keputusan aku yang sangat membanggakan semua ahli keluarga aku.

            Sekarang. Abang. Akak Alia. Abi. Akak Hikmah. Semuanya sedang berdebat ingin menempatkan aku ke tempat belajar yang sesuai. Aku tiada ibu. Tempat luahan rindu dan sayu. isk.isk.

           "Adik mesti pergi mesir!", jerit abang. Along aku yang sangat keagamaan. Yelah. Dia dahulu sekolah di asrama agama. Selepas tu, sambung pula di sekolah pondok. Fikirannya penuh dengan perihal agama.


         "Adik mesti masuk UIA!!", jerkah akak hikmah. Hah. kakak aku yang ini, sangat alim warak. Masya Allah, pilihan isteri misali para ustaz-ustaz! kah kah. Dia dahulu SPM yang dia skor semua subjek agama. Dia rajin bagi ceramah-ceramah di musolla, sekolah lama dia, dan termasuk sekolah aku. Jadi, dia sambung bahagian syariah dia UIA. Setakat yang aku tahulah. Dia belum kahwin tau. tau.


           "Adik mesti masuk Darul Quran!!", kak Alia yang lantang berdebat. Yelah. aku kan munafik lagi jahat. Suka buat hal. Kak Alia je tahu perangai jahat aku. Mesti dia nak aku jadi baik masuk pusat tahfiz tu. Kah. kah. Dahulu, kak Alia ni, jahat juga macam aku. Tapi dia bertaubat teruk sebab dia kena cerai dengan suami dia. Bekas suami dia dahulu, seorang yang tidak waras. Kerana dia seorang kaki pukul. Walaubagaimana pun, kak Ngah aku dapat juga cahaya mata, Mubarak namanya. Baru setahun umurnya.

             "Abi rasa..."

              Semua anak-anak Abi membulatkan mata dan menumpukan sepenuh perhatian pada Abi. Apa yang Abi luahkan pasti akan menyebelahi mana-mana pihak. Benar ?

             "Abi rasa adik kena buat pilihannya sendiri."

            Aku yang menyorok belakang langsir ni, terus menuju ke Abi aku. Terbuntang mata. Hati aku bergembira riang gembira. Lavida Raya rasanya! Cewah!

             "Adik nak ambil bidang sains. Abi. Please."

             Abi tergumam. Diam. Lain sungguhlah dengan cadangan kakak-kakak dan abangnya tadi.

            Lama aku merenung Abi. Tak sepatah pun dia menjawab. Kenapa ya? Jahat sangat ke plan aku ni? Liberal betul ke aliran sains ? Kenapa ?.

           Kak dan Along semua menjengil mata kepadaku. Seolah-oleh aku buat silap besar dalam family ni.

            Azan Asar berkumandang. Sesi mesyuarat selesai. Masing-masing bersedia menghadap Illahi.

_________________________________

"ANAK-ANAKKU, Abi belikan roti canai panas ni!" jerit Abi yang sangat sukakan roti canai. Roti canai panas-panas bersama kuah kari lain macama rasanya bila dimakan pada waktu malam. Kaw Kaw.

            Berlari aku merampas roti canai di jemari Abiku. Sukanya. Makan pula sambil tengok drama Pengantin 50 Hari.

               Tiba-tiba, Abi rampas balik.
Eh. Apa kepeliknya Abi ni?

              "Adik, Adik nak jadi apa?"

               "Adik nak jadi... engineer, Abi!"

                Diam seribulah Abi aku.


                Tak sangka pula Along aku terdengar juga. Along aku menjengil mata dan membuat isyarat untuk ke tingkat atas.

            "Adik!"

             "Apa Along ?"

              "Betul ke adik nak jadi engineer ?"

               "Ya betul. Adik nak jadi macam sepupu kita, Abang Zakwan. Sudahlah handsome. Engineer pula."

                 "Okeylah. Kalau tu impian adik. Dan kalau itu yang abi izinkan. Along redha. Tapi adik kena ingat. Keluarga kita tak kaya mana. Duit daripada mengajar ngaji, madrasah, hasil tanaman Abi, ceramah-ceramah Abi. Adik ni pentingkan diri sendiri tau."

             Aku terdiam seribu bahasa. Jauh sangat sampai aku sedikit pun tak terfikir. Aku tak pernah rasa susah membayar bil air dan api rumah yang aku diami ni. Aku juga tak tahu penatnya bekerja sepanjang hari itu bagaimana. Aku juga tak tahu kenapa banyak benda ayah larang dan banyak benda yang aku mahukan, ayah tidak bagi.

             Semuanya kerana Wang. Wang. Wang.

            Senyap. Roti canai juga tak luak dan sedikit pun tak masuk dalam tekak aku. Penat berfikir masalah wang ringgit. Akhirnya aku membicarakan masalah itu dengan rakan aku.

Maryam : Fara, kau tahu tak cemana nak support kita kat universiti? I mean daripada segi kewangan?

Fara : apply biasiswa you. Akak I cakap camtu.

                 Aku pun ke dapur menjengah Abi yang sedang makan ubat darah tinggi. Abi kelihatan penat. Abi ternampak kelibat aku. Terus diserunya aku!

           Jadi, kitaorang pun bersembanglah di ruang tamu.

          "Abi nak sangat kamu jadi anak yang baik."

          "Anak-anak Abi semua baik-baik kan. Kak Alia dan Kak Imah semuanya baik kan. Saya je yang jahat Abi."

              "Kamu tak kenal mereka. Mereka jauh sangat dengan kamu. Kamu anak yang baik. Abi tak nak kamu amik kos engineering. Apa perempuan berseluar semua. Kerja dengan lelaki. Ambil sahaja pengajian islam. Boleh lah mengajar orang kampung kita."


               "Kak Alia adalah kan. Saya nak ubah hidup kita ni Abi. Miskin sangat!"

"Adik!"

            Aku terus menghempas pintu. Pengajian Islam sememangnya bertentangan 100 percent dengan Engineering. Aku sungguh tidak minat bab-bab agama..


             Aku capai pen dan surat. Puas aku berhempas idea menulis surat. Aku sememangnya tidak mahu ambil kos pengajian islam. Kenapa Abi cakap begitu. tergamaknya Abi.

          Beg yang berisikan baju aku galas. Perlahan-lahan aku keluar daripada rumah. Melarikan diri orang kata.
Ke rumah Fara lah. Mana lagi.

_______________________________
bersambung.

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now