SETELAH ENAM BULAN BERLALU, Kak Hikmah masih mendiamkan diri berkenaan kejadian kain berlumuran darah itu. Maryam masih tidak menjumpai sebarang bukti dan persoalan demi persoalan berlegar-legar di mindanya.
"Kak.. Abi buat apa pada akak?"
Diam. Kak Hikmah tetap berdiam diri.
"Kak... kita gi kubur Abi nak?"
"Buat apa? Dia dah mampus dah."
Keras betul hatinya. Kata-kata Safwan belegar-legar di mindanya. Maryam sedikit pun tak putus menziarahi Abi dan Kak Hikmah. Pelbagai mimpi ngeri yang dialaminya saban hari ini.
Azan asar berkumandang, Maryam terus menuju ke Surau berdekatan rumah Abi dulu. Dulu-dulu, Abi selalu ke sini.
"Ya Allah, kau leraikanlah semua yang tersimpul ini. Permudahkanlah aku dalam mencari jawapan ini. Bantulah Kak Hikmah dalam apa cara sekalipun. Aku buntu ya Allah. Aku hanya ingin menyatukan semua ahli keluarga ini tapi Ya Allah, mengapa ia menjadi sangat sukar?"
Usai berdoa, Maryam meluru ke luar Surau. Tiba-tiba, terdengar suara yang menjerit "Adik!" "Adik!". Dia menoleh ke belakang. Ada seorang nenek yang sangat tua tidak sampai tangannnya untuk mencapai kasutnya. Diminta Maryam untuk menghulurkan kasutnya. Maryam dengan tersenyum memakaikan kasut di kakinya.
"Terima Kasih Nak. Nama anak ini apa?"
"Maryam Radhiah binti Nik Azman. Nenek cantik ni nama apa?"
Mata nenek itu membuntang. Tangannya yang uzur memegang tangan Maryam.
"Lama kau tak datang kampung ni, nak. Masih kau ingat aku?"
Maryam menggeleng.
"Aku Rohaida. Kakak kepada ibumu. Dan aku yang berada di sebelah bidan. Tika kau berjumpa dengan dunia".
Aku tak pernah tahu. Ibu mempunyai seorang kakak. Aku juga tak pernah kenal mak cik ini sejak aku dibesarkan Abi. Lama dia memeluk tubuh aku. Tangan aku ditarik dibawanya aku ke rumahnya. Besar. Tinggi. Mewah. Malangnya hanya dia sahaja yang tinggal di dalam itu bersama dua cucu. Katanya cucu angkat.
Panjang bercerita kisahnya bersama cucu angkatnya. Tidak pernah pula dia menyebut berkenaan suami atau laki.
"Nenek tak kahwin kah?"
Dia mengangguk. Air matanya diseka.
"Ceritanya begitu panjang. Dahulunya, aku berkenalan dengan seorang lelaki yang sangat baik. Beriman. Aku suka melihat dia bekerja keras menuju ke Masjid. Orang yang mencintai masjid. Hatinya terikat dengan masjid. Aku mula berkenalan dengannya melalui adik aku, ibumu menjadi perantara. Kami sangat mencintai antara satu sama lain. Sehingga berlansungnya hari pernikahan aku, aku berasa sangat takut dan gugup. Aku melarikan diri pada hari majlis itu. Oleh kerana ayah ibu aku tidak mahu menanggung malu, lelaki itu bernikah dengan ibumu. Lelaki itu ayahmu, nak."
Terkedu. Diam. Apa semua ini? Rupanya ibu dan abi ditakdirkan bersama bukan atas sebab cinta.
"Walaupun dia sudah berkahwin dengan ibumu. Ayahmu tidak pernah mengabaikan rasa cintanya pada aku. Setiap kali ulang tahun pertemuan kita, dia akan memberikan aku sekuntum bunga. Ibumu tidak tahu. Aku akan menyambut anak-anak adikku dengan tangan aku sendiri. Jika bukan dengan aku, ayahmu tidak mahu mengaku semua itu anaknya.", air matanya menitis.
"Malangnya, pada suatu hari, aku mahu menolong bidan menyiapkan kelengkapan itu. Aku memasak di dapur dan Hikmah pulang ke rumah. Aku menyuruh Hikmah menggoreng ikan sementara aku mengambil air untuk bidan."
"Ibbbbbbbbbbbuuuuuuuuuuuuuu..................... Sakit.", jerit Hikmah.
"Aku terus mendapatkan Hikmah dan membawanya ke bilik air. Tangannya melecur dek minyak goreng ikan. Kebetulan, ibunya menuju ke dapur. Sarat membawa kamu. Tergelincir. Lansung berdarah bajunya. Pada waktu yang sama, ayahmu pulang dan memanggil ibumu. Hikmah yang mula-mula menjumpai ibumu. Dia memang sudah tidak kuat. Dia kehilangan banyak darah. Ketika itu pula, Hikmah mengambil ikan yang digoreng itu. Kelihatan di situ, Hikmah yang membunuh ibunya. Ayahmu menampar Hikmah dan mengangkat ibumu. Kamu boleh diselamatkan. Malangnya, ibumu pergi...................", jelasnya sambil teresak-esak.
bersambung...............................................
YOU ARE READING
Anak Ustaz [COMPLETED]
General Fiction#9 in Islam genre TOP THREE TEENS GENRE!!! 14/1/19 TOP THREE #PURDAH!! 18/2/19 Anak Ustaz adalah satu cerita yang mengisahkan perihal anak ustaz. dan juga cabaran yang dihadapi oleh anak ustaz untuk menjaga reputasi ayahnya. Maryam Radhiah namany...