Adakah mereka bersatu?

118 1 0
                                    

"DOKTOR, macam mana keadaan kakak saya?", tanya Maryam.

"Hikmah mengalami kanser otak. Dia juga mempunyai stress yang melampau, selera makannya kurang. Jangka hayatnya tak lama.",

Makcik Ida jatuh terduduk memikirkan semua kesilapannya dan kata-kata Hikmah berulang-ulang lagi seperti radio.

Maryam mula melangkah masuk ke wad kakaknya. Penuh dengan alat-alatan. Kakaknya masih terbaring. Entah kenapa air matanya berjurai-jurai.

Tangan akaknya dipegang. Perkataan Maaf berulang-ulang.

Makcik Ida mendekati Maryam memegang tangannya. Memeluk Maryam. Seorang demi seorang pergi dihadapan mukanya.

"Maryam, izinkan Makcik Ida jaga Hikmah ya?", pinta Makcik Ida.

Pastinya dia merasa segunung beban jatuh di bahunya. Mungkin dengan cara ini kegelisahannya berkurangan.

Maryam mengangguk.

"Makcik, Abi ada pesan untuk satukan semua anak-anaknya. Kak Alia dah pergi. Kak Hikmah sakit. Along duduk rumah sakit jiwa dan saya." sebak terasa. Sedikit demi sedikit mengigit jiwa Maryam.

"Makcik Ida boleh tolong. Kita sama-sama bantu. Insya Allah.".

____________________________________

SETELAH SEBULAN BERLALU, keadaan Kak Hikmah semakin teruk. Dia serik muntah-muntah. Tidak mahu makan. Rambutnya gugur dengan teruk.

Kadang kala dia menangis. Kadang kala dia ketawa.

"Kak, kita pergi jumpa Abi nak tak?",
kata Maryam.

Hikmah mengangguk. Kemudian, dia pengsan.

Kebetulan hari ini merupakan tarikh pemergian Abinya. Maryam meminta membawa Along keluar hospital sebentar.

Makcik Ida membantu membawa Hikmah. Keadaan Hikmah semakin teruk. Safwan, suami Hikmah datang membantu menceriakan isterinya.

Sebelum menjalani pembedahan esuk hari, dia meminta untuk ke kubur Abi.

Maryam berdoa agar kakaknya tidak melakukan hal yang bukan-bukan. Begitu Alongnya.

"Along, ni Abi.", tangannya mengusap-usap bahu Along.

Along menangis. Memegang pinggir kubur Abi.

"Abi, Mak, kami datang. Kak Alia... kami datang. Abi, maafkan kak Hikmah. Abi, maafkan Maryam....",
kata Maryam menangis.

"dan Along.." kata Along.

"Yam. Sini bantu!", jerit Makcik Ida daripada jauh.

Maryam membantu Kak Hikmah menuju ke kubur Abi.

"Abi, Hikmah dah maafkan semua. Abi Hikmah dah maafkan Abi. Abi, Hikmah dah maafkan Abi. Abi..." berulang ulang kali ayat itu.

Kami membacakan yaasin.

"Abi, akhirnya kami bertemu Abi da berkumpul. Cukup semuanya.", kata Maryam.

Tiba-tiba, kak Hikmah pengsan. Kami bergegas berlari menuju ke hospital. Keadaan menjadi kucar kacir. Kak Hikmah sangat lemah.

.........bersambung.........

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now