SUDAHLAH, aku penat

94 1 1
                                    

Hikmah! Sudahlah!

Diam bang!

Saya kata awak lepaskan dia!

Oh! Abang sekarang menyebelahi dia! Fine! Saya tak nak cakap dengan abang lagi!

Hikmah!

Maryam tercungap-cungap. Melihat kelibat kakaknya yang hilang masuk ke ruang biliknya.

Awak, tak apa-apa ke?

Saya okey, bang.

Tanganku masih mengigil. Aku mengambil diari Abi dan aku memberinya kepada Safwan, suami Kak Hikmah.

"Abang, tolong saya... Saya sudah penat. Kak Alia dah pergi. Abi pun sama. Tolong ya, bang. Saya minta maaf dan ampun daripada hujung rambut sampai hujung kaki pada Kak Hikmah. Jika Kak Hikmah rasa saya punca segalanya.",

Air mata menitis. Aku melutut depan Safwan. Beban dunia sangat berat. Tak mampu kedua belah bahu aku untuk memikul. Cukuplah. Penjara menjadi balasan segalanya. Cukuplah.

Aku melangkah pergi. Semoga Abang Safwan berjaya. Aku meneruskan perjalanan untuk ke rumah Kak Ros. Tak punya sesiapa. Aku punya Kak Ros yang sentiasa menasihati aku. Meskipun, kami bekas banduan.

"Kak Ros!", selamba je memeluknya.

"Sayang sangat kat Kak Ros ni!", katanya lagi.

_________________________________

HIKMAH !

Buka pintu ni sayang. Abang minta maaf atas semua yang abang buat. Hikmah bukalah pintu ni.

Krakk.

Tubuh Safwan dipeluknya. Safwan juga memeluknya dengan lembut. Rambutnya diusap-usap.

"Jom, makan. Abang dah masak.", kata Safwan.

"Nak ajak anak kita.", kata Hikmah.

Hikmah berlari mengambil anak patung dan memeluk Safwan. Mereka makan bersama.

__________________________________

"Hikmah! Jom, Solat!", ajak Safwan.

"Tak nak! Tak nak!", katanya sambil kaki dihentak-hentakkan. Masih bermain dengan anak patungnya. Berbagai-bagai baju disarungnya.

"Hikmah sayang. Jom. Ambil wuduk, pakai telekung.", pujuk suaminya lembut. Suaminya menarik tangannya dengan lembut lalu memisahkannya dengan anak patung.

"Tak nak! Abang ni pekak ke?!", jeritnya lalu merampas semula anak patung lalu menyanyikan lagu twinkle twinkle little star....

Safwan mengambil wuduk semula lalu solat maghrib. Selesai solat maghrib, Safwan ambil al-Quran dan duduk di sebelah isterinya sambil membaca ayat suci al-Quran.

Hikmah terasa sakit sesak di dada lalu mengambil al-Quran itu dan dicampak. Safwan hilang sabar menampar Hikmah.

"Abang dah lama sabar Hikmah. Dah 10 tahun, abang hidup dengan buta. Abang baru tahu ini anak kita yang awak beria sangat. Dah 10 tahun, abang tak boleh baca al-Quran. Sekarang abang baca al-Quran, Hikmah buang. Isteri macam apa Hikmah ni?!", marah Safwan.

"Sakit tahu! Ingat orang bola tampar ke?! Bersyukur sikit. Hikmah yang bagi abang makan sebelum ni tau!", jeritnya lagi.

"Abang nak tanya, berapa lama Imah tak solat?!", jerit Safwan.

"Sibuk sahaja abang ni. Saya memang tak boleh solat!", jeritnya lagi.

"Pergi solat sekarang!", jerit Safwan mengegar rumahnya.

Hikmah bersiul dan membawa anak patungnya masuk ke bilik air. Kononnya mahu berwuduk.

___________________________

Safwan melipat jemuran kain dan menyusun dalam almari. Safwan mengemas bilik dan menukar cadar. Semasa tilam diangkat, bawah cadar ada satu uncang dalamnya keris dan rambut orang tua.

"Sayang, ni apa sayang. Jujur dengan abang sayang!", kata Safwan dengan tegas.

Hikmah mahu menangis. Diam. Tergugup.

"JAWABLAH!", jerkah Safwan mengegar tubuh Hikmah.

"Bomoh suruh guna itu untuk sihir orang tua tak guna tu.", kata Hikmah tergagap-gagap.

"Kau jumpa bomoh? Orang tu tu Abi ke?", jerit Safwan lagi. Hikmah terus mengangguk.


"Derhaka! Derhaka! Hikmah derhaka!", jerit Safwan bercampur dengan sedih. Lama sungguh dia membutakan mata, waktu celik ini baru dia lihat keburukan isterinya.

"Sudahlah! Imah, aku penat. Kau pergi buang anak patung tu. Kalau kau tak buang, aku ceraikan kau sekarang juga!", kata Safwan yang sangat tertekan.

Hikmah menurut kata suaminya lalu membuang anak patung itu dalam tong sampah rumahnya.

"Alhamdulilah. Hikmah, abang nak cakap sikit.", kata Safwan.

Hikmah menghampirinya.

"Abang sayang sangat Hikmah, tapi percaya cakap abang. Abi sangat sayang dengan Hikmah. Hikmah anak Ustaz Nik Azman yang baik, solehah dan lembut. Semua yang buat abang terpikat dengan isteri abang. Abang sikit pun tak pernah berdendam dengan along, dengan Abi. Abang tahu silap kita, kahwin lari. Tak ada restunya.", kata Safwan memegang tangan Hikmah. Membelai jari-jemari Hikmah dan menatap mata Hikmah.

Hikmah diam. Membisu. Amarahnya kurang. Diam sahaja.

"Tapi anak kita, abang buang.", suara Hikmah keluar dengan terpaksa dan tiba-tiba.

"Dengar cakap abang. Dia bukan anak kita. Anak kita kat syurga sayang. Dah bahagia kat sana.", kata Safwan memeluk Hikmah.

"Sayang."

"Ini untuk sayang. Baca lah."

"Sayang, jangan lupa solat. Jangan lupa mengaji. Abang tak tahu bila ajal menjemput abang. Biarlah ringan dosa abang."

Safwan meninggalkan Hikmah bersama-sama diari Abi. Safwan masuk bilik dan sambung mengemas.

bersambung.........

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now