PEMBEDAHAN KORNEA MATA selesai. Mata Safwan boleh melihat semula. Jasad Kak Alia yang terbujur itu kami bawa ke masjid untuk urusan jenazah. Meskipun sudah tiada, tetap ada kudrat untuk menderma.
Kak Alia benar-benar mempunyai akhlak terpuji. Daripada urusan memandikan sehingga solat jenazah diuruskan oleh suami Kak Alia dan Mubarak. Aku hanya membantu sedikit-sedikit. Sungguh sayang benar mereka kepada Kak Alia.
"Pergilah sayang. Abang redha.", kata Abang iparku. Dahi Kak Alia dikucup. Urusan jenazah Kak Alia dipermudahkan. Bertemu juga Kak Alia dengan liang lahad. Aku tertunduk bermuhasabah. Walaubagaimanapun, aku perlu teruskan kehidupan.
________________________
"SERONOKNYA, abang. Boleh lihat semula. Kita tunggu hampir 10 tahun nak dapatkan penderma kan, bang?", kata Kak Hikmah keriangan membuka balutan mata suaminya yang berada di wad selama dua hari.
"Alhamdulilah. Sayang.", katanya Safwan. Safwan memegang tangan Hikmah dengan lembut. Balutan terakhir belum dibuka.
"Sayang, rindu tak kat Abi, Kak Alia?", tanya Safwan. Hikmah berhenti membuka balutan.
"Jangan sebut nama mereka bang. Mereka itu sejarah hitam saya.", kata Hikmah membuka balutan terakhir dan melihat mata Safwan yang terbuka.
"Ini berapa?", tanyanya sambil membuat jari nombor dua.
"dua.", kata Safwan. Dokter datang memeriksa matanya. Dokter mengesahkan tarikh keluar wad. Hikmah sangat gembira dengan mata baru suaminya. Gembira akhirnya mata suaminya dapat melihat semula.
________________________________
TIDAK punya kerabat akrab lagi. Tidak punya sahabat sejati dengar semua cerita. Pergilah seorang kakak kandung aku yang sangat berjasa dalam keluarga. Kakak yang sangat rapat dengan aku sehingga aku merasakan dialah sahabat dunia aku.
Aku sedang mengagahkan diri aku untuk sampaikan berita sedih ini kepada Along. Bagaimanapun, dia tetap abang aku walaupun dia dilabel tidak waras.
"Along. Pandang Adik.", kataku lembut. Mukanya mendongak. Matanya tertumpu kepadaku.
"Akak Alia dah pergi.". Kelat rasanya menyebut perkara pahit. Matanya kelihatan sayu. Diam sahaja. .
"Pergi mana?", tanyanya kepeningan. "Menghadap Illahi", kataku. Dia masih dalam kepeningan.
"Pening ah kau ni! Dah la nak tidur lagi bagus!", katanya sambil menarik selimut. Tiba-tiba, bunyi dia menangis.
"Along. Sabar tau. Sabar.", kepalanya aku usap. Dia menarik tangan aku. Pegang kuat-kuat letak di dadanya.
"Duduklah sini!,"katanya sambil menangis. Penat menangis akhirnya dia tertidur. Mujur dia tidak berfikir mahu bunuh diri juga. Moga ada pelangi untuk Along esuk harinya.
________________________________
HIKMAH pulang ke rumah. Terkejut besar dia melihat pintu dilumuri dengan darah. Dia terkejut sangat. Menjerit sekuat hati. Dia memeluk suaminya ketakutan.
Suaminya menolaknya sedikit dan mencium bau darah itu. Rupanya hanyalah sirap. "Awak ada hutang Ahlong ke ?". Hikmah menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Ini mesti angkara Maryam dengan Kak Alia. Kalau dah benci orang itu, sampai ke mampus pun nak benci!", monolog Hikmah sendirian menahan amarah.
"Assalamualaikum, kak.", Maryam muncul secara tiba-tiba. Salam dijawab oleh suami Kak Hikmah.
Tudung Maryam ditarik sekuat hati. Leher didongakkan. "Heh! Aku tahu ini semua kerja kau, kan? kan? mengaku sahajalah! Kau memang anak yang tak reti bersyukur. Kau daripada kecil suka sakitkan hati aku! Tak puas lagi ke?!", jerit Hikmah menarik lagi tudung dan menolak kepala Maryam hingga terjatuh ke tanah.
_________________________
Suatu ketika dahulu......"Maryam, ni pisau yang Maryam nak tu. Akak belikan. Kata nak buat bakul kertas kan?", kata Kak Hikmah memberi pisau lipat itu kepada aku.
Belum sampai lagi pisau itu kepadaku. Tangan Abi sambar dahulu. Leher baju Kak Hikmah ditarik.
"Kau nak bunuh adik ke ?! Kakak jenis apa kau ni! Bagi pisau kat adik! Dia kecil lagi nampak tak?", marah Abi kepada Kak Hikmah. Abi menarik Kak Hikmah dan merotan kakinya.
Sakit. Abi. sakit...
Bayangan kedua muncul. "Abi, ni keputusan Hikmah. Nanti Abi datang tau Hari Anugerah.", kata Hikmah menggeletar tangan mahu memberi keputusan itu.
"Sini! Apa kau buat kat sekolah tu hah! Dapat nombor dua ?! Kau punya result ni, macam result orang tak sekolah!", marah Abi mengoyakkan kertas keputusan itu sedangkan itulah pertama kalinya Hikmah dapat nombor dua dalam kelas.
Bayangan ketiga muncul. "Abi! Abi!", jeritan Maryam memecahkan kesunyian rumah. Hikmah juga turut menyaksikan keghairahan Maryam bercerita.
"Maryam dapat tempat ketiga!", terus Ustaz Nik Azman mendukung Maryam yang ketika itu berumur tujuh tahun. Malah, keputusan Maryam itu diframekan.
Bayangan keempat muncul. Setapak demi setapak menuju ke pintu rumah. Pintu dikuak. Perutku ditekan-tekan oleh jari jemari Hikmah.
Abi bawa tali pinggang. Pukul Hikmah hingga pengsan kerana ponteng sekolah dan Hikmah tidak mahu mengambil Maryam di sekolahnya lalu Maryam pulang sendirian ke rumah berjalan kaki. Padahal ketika itu, Hikmah mengidap cirit birit teruk.
sambung....
YOU ARE READING
Anak Ustaz [COMPLETED]
Ficción General#9 in Islam genre TOP THREE TEENS GENRE!!! 14/1/19 TOP THREE #PURDAH!! 18/2/19 Anak Ustaz adalah satu cerita yang mengisahkan perihal anak ustaz. dan juga cabaran yang dihadapi oleh anak ustaz untuk menjaga reputasi ayahnya. Maryam Radhiah namany...