KAK ALIA

115 3 0
                                    

SUDAH DUA BULAN BERLALU, aku menyara hidup aku sendiri dengan membuat Kek Batik Coklat Leleh hasil resepi Kak Ros. Aku juga hidup bersendirian dalam rumah Abi. Sedikit sebanyak memori Abi bersama aku.

         Pernah aku bermimpi Abi dan Ibu aku berada dalam taman yang indah. Sekejap sahaja mimpi itu. Mereka tersenyum sahaja.

           "Pranggggg.....", pinggan jatuh dan pecah. Aku mengambil serpihan tetapi jariku terluka.

             Tidak lama kemudian, Abang ipar aku menelefon. Katanya Kak Alia masuk ke hospital. Pengsan.

             Terus aku bergegas ke hospital. Kami berada di luar bilik kecemasan. Lama juga kami tunggu, aku mengosok bahu Mubarak. Mubarak yang kini berusia 13 tahun berdiam diri sahaja.

             Matang sungguh anak buah aku ini. Abang ipar aku mendukung seorang lagi anak Kak Alia, Asiah namanya. Berusia dua tahun. Diam sahaja bersama ayahnya.

            Dokter keluar diam. Mukanya pudar. 'Jangan lah Kak Alia pergi..', doa ku dalam hati sambil melihat Asiah dan Mubarak.

             "Awak penjaga dia? Saya ada benda penting.", kata dokter itu. Asiah beralih tangan pula. Bersama aku dan Mubarak juga bersama aku. Abang ipar aku terus ke ruang bilik dokter.

            "Siapa ini?", Asiah membelek-belek mukaku. "Mak Su ni...", kata Mubarak. Tersenyum aku. Masih ingat dia pada aku.

              "Mak Su, agak-agak Ibu sakit apa? Ibu selalu pengsan atau pitam. Kalau di rumah, dia tak nak ke klinik. Ibu pun selalu memicit perutnya kebelakangan ini. Kenapa ya kak?", jelas Mubarak.

              "Akak tak tahu. Ini ujian Allah, dik. Apa-apa pun, kita redha.", ujarku. Mubarak kelihatan sendu. Tidak berpuas hati dengan ucapan itu.

_____________________
ABANG IPAR aku ingin berjumpa denganku. Kami berjumpa di luar ruang hospital. Katanya mustahak. Selesai delivery Kek Batik, aku terus ke hospital.

           "Abang tak tahu nak cakap macam mana. Alia sakit kanser usus stage 4.", kata Abang ipar aku membuatkan aku terkedu. Diam tak terkata.

            "Memang ujian Abang kehilangan isteri. Isteri yang dulu juga begitu. Sakit pangkal rahim.", ujar Abang iparku yang tunduk dan sedih.

            "Jangan bagitahu Mubarak.", katanya lagi. Aku mengangguk. Sekejap sahaja nikmat Kak Alia kepadaku. Air mata terus deras mengalir.

             Patutlah wayar-wayar penuh berselirat membantu panjangkan usia Kak Alia. Maryam menangis. Tangan Kak Alia diambil dan dikucup lama. Nikmat punya kakak sebaik Kak Alia. Kak Alia lah kawan baik Maryam, teman ketawa, teman bercanda, juga sahabat nasihat Maryam yang degil dahulu.

           "Kak, bangunlah. Asyik makan oksigen je tak sedap pun, kak. Adik dah pandai masak tau kak. Dahulu, kak Alia je yang pandai masak. Kak Alia kawin awal cantik, pandai masak, comel. Semua lelaki tertawan!", omel Maryam sambil mengusap lembut kepala kakaknya.

              Mata Kak Alia terbuka sedikit demi sedikit. Mataku pula terbuntang luas terus menjerit "Dokter!!",

              Dokter memeriksa Kak Alia dan memberitahu Kak Alia sudah sedar. Dia masih bergantung pada alat oksigen itu. Matanya sahaja terbuka. Mulutnya lemah. Badannya lemah.

                 Jarinya bergerak. Aku terus memegang dengan erat. "Kak, kuat kak. Kak mampu.", kataku.

                  Matanya melihatku. Mulutnya berkata-kata. Aku mendekatkan telingaku.

               "Bagi mata ini pada Hikmah.", putus-putus perkataannya. Aku mengangguk.

             "da masuk azan ke?", tanya dia putus-putus.

               Aku mengangguk. Abang ipar aku juga ada sama. Kak Alia mahu bersolat berjemaah.

               Aku membantu Kak Alia mengambil wuduk. Membantu menyelaraskan tilamnya ke arah kiblat. Mubarak juga sama menolog memakaikan telekung buat ibunya. Abang iparku sibuk membentangkan sejadah.

            "Allahuakbar!", lafaz takbir dilaungkan oleh abang iparku sebagai imam. Kami semua solat zuhur berjemaah.

             Ketika berada di tahiyat akhir, dan membaca tasyahud akhir, mesin pengesan nadi Kak Alia terhenti. Bip.................. Mubarak yang sedang khusyuk solat menitiskan air matanya. Kakinya mahu bangun memeluk ibunya. Basah seluarnya dengan airmatanya. Begitu juga Abang ipar ku. Aku redha dengan pemergian Kak Alia yang pergi dengan cara yang terpuji. Dalam solat.

            Selesai salam, Mubarak mengoncangkan tubuh Kak Alia. Kak Alia sudah pergi selamanya. Mubarak menjerit "Ibu.... Ibu". Tangan Kak Alia dikucupnya berkali-kali. Kak Alia pergi buat selamanya.

              Betul. Dunia ini hanya sementara. Aku menyaksikan dua pemergian insan yang amat aku sayang. Allah pasti memberikan tempat yang terbaik untuk Abi dan Kak Alia.

            

              Aku ke rumah Kak Hikmah. Menunggu di hadapan pintu. Menyampaikan pesan terakhir arwah Kak Alia.

               Tiba-tiba, muncul lelaki bertongkat membawa sebungkus nasi.

                "Kamu siapa?", tanya beliau.

                 "Aku Maryam, Adik Kak Hikmah. Kak Alia sudah meninggal dunia.", kataku sayu. Bungkusan nasi itu dilepaskan. Lelaki itu terlalu terkejut. Dia adalah Safwan, suami Kak Imah.

             Kami berdua menuju ke hospital. Aku memberitahu Safwan bahawa Kak Alia ingin memberikan kornea matanya kepada abang iparku, Safwan, suami Kak Hikmah yang buta akibat ditumbuk Along.

                Dia setuju. Pembedahan dimulakan. Hikmah masih tidak tahu pemergian Kak Alia. Semoga pembedahan itu lancar, Ya Allah!

bersambung........

              

Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now