Kak Hikmah Pembunuh?

99 4 0
                                    

Jika aku punca segalanya, tetapi kenapa kak Hikmah yang tersiksa? andai kata aku tak muncul lagi dalam dunia ini. Kak Hikmah dan aku, apa kaitan yang sangat berdarah itu?

Maryam termenung jauh. Menyelongkar seluruh kabinet milik ayahnya.

             "Kain siapakah yang berdarah ini?"

             "Ibu? Kak Hikmah?"

             "Kain ini milik perempuan."

Makin jauh lamunannya, memikirkan apa sejarah yang membuatkan Kak Hikmah sangat membencikan Abi. Kalau Kak Alia  masih ada pasti dia akan menceritakan semuanya. Kak Hikmah sahaja yang tahu tentang itu.

Buntu. Akhirnya, Maryam menuju ke Hospital di mana Along berada. Mungkin masanya sedikit terisi bila bersama Alongnya.

               "Assalamualaikum, along!"

               "Waalaikumussalam, yam."

                "Along sihat?"

                 "sihat."

 Mood Along nampaknya sangat baik. Maryam memulakan langkah untuk mengali rahsia yang sangat berdarah itu.


             "Along, macam mana ibu meninggal?"

              "Ibu berdarah."

              "Siapa yang buat ibu?"

              "Hikmah"

  

Tak mungkin. tak masuk akal lansung yang Kak Hikmah membunuh ibu. Itu semua palsu. Macam mana aku mahu terima semua itu. Ibu meninggal saat melahirkan aku. tak pernah pun aku melihatnya melainkan dalam gambar.

            "Ha! abang Safwan!"

Benak fikiran Maryam, Safwan mesti tahu sedikit sebanyak mengenai perkara ini. Paling tidak pun, Kak Hikmah pasti ada memberitahu dia tentang ini.

____________________________________________________________


Maryam membuat temujanji dengan Safwan. Bertemu di kafe. Jauh di sudut hatinya, pasti Safwan tahu.

             "abang, ada tak Kak Hikmah cerita pasal ibu kat abang?"

              "dia pernah kata yang ibu awak mati bukan sebab dia. Dan dia pernah kata yang dia bukan membunuh ibu, tapi takdir yang membunuh ibu."

               "Takdir?"

               "Ya. bila abang tanya lagi, dia menangis. Jadi, kami tak pernah bersembang pasal itu lagi".

Buntu tahap klimaks. Keliru tahap KLCC. Cerita apa ini? Siapa yang membunuh ibu? Dan ibu meninggal disebabkan takdir? Takdir apa? Ibu sakit apa?

                    'Aku yakin suatu masa nanti, semua ini akan terungkap semuanya.'




bersambung............................



Anak Ustaz [COMPLETED]Where stories live. Discover now