"ASSALAMUALAIKUM.". Langkah kanan bersua dahulu dengan muka pintu. Mata sibuk mencari kelibat Yeera. Mana tahu dia ada dalam bilik ini.
"Hello, dah reti nak balik pula? Ingatkan nak tinggal kat masjid selamanya.", perli Zika. BFF (best friend forever maybe) . Tergelak-gelak dua sahabat itu.
"Oh, mengintip aku. Tak yah sibuklah pasal aku. Malaikat raqib atid bersama aku.", jelasku. Tanganku mengigil. Mataku terbuntang luas. Lawan. Lawan. Jerit hati dalaman aku.
Sekali lagi. Tudung aku ditarik. Yeera memang kasar. Dicampak pula gambar-gambar aku tidak berpakaian.
"Apa ni? aku report polis!", geram aku.
"Kau perempuan, sudahlah ambil laki aku, selepas itu. Kau juga bunuh kakak aku. Perempuan berpurdah, bertutup litup. Dalam hati, buruk!. Dasar pembunuh!", jerit Yeera. Matanya yang penuh amarah. Tangan kanannya diangkat untuk menampar aku.
"Aku tak pernah bunuh sesiapa. Aku pun tak ada affair pun dengan Ridzuan. Aku berpurdah juga punya atas permintaan ayah aku. Apa salahnya aku?!". Air mataku mula mengalir. Fitnah apakah ini, Ya Allah.
Tangan Yeera aku sambut. Menarik badannya perlahan untuk aku peluk.
"Ah, tepilah kau. Perempuan busuk.", Tangannya menolak aku. Jatuh.
-----------------------------------------
HOSPITAL. Fara mundar mandir. Tidak senang duduk. Bagaimana kalau-kalau Yeera dalam keadaan bahaya.
"Awak kerabat Maryam?", tanya Dokter Ridzuan.
"Ya. Saya kawan dia. Keluarganya jauh di kampung. Kenapa dokter? Dia sakit apa?", tanya Fara cemas.
"Kepalanya terlanggar dengan bucu meja dan dia juga tidak sedar diri. Saya lihat bacaan darahnya tidak berapa elok. Rawatan akan dikenakan jika beliau masih tidak sedar.", jelas dokter.
Fara mengangguk. Fara terus menghubungi Yeera. Dia mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.
"Kalau teruk ni, boleh jadi kes polis. Kalau Yeera yang buat ni. Memang boleh jadi kes polis.", monolog Fara.
Tidak angkat. Dail semula. Tidak jawab. Ya Allah, kuatkanlah Maryam Radhiah.
------------------------
KAMPUNG. Yeera di kampung Maryam. Bertudung dan ayu dengan baju kebarungnya. Bersama-sama Zika.
Salam disapa. Ustaz Nik Azman menyahut. Melihat dua Zika dan Yeera.
"Anak ni siapa? dan cari siapa?", tanya beliau.
"Kami mangsa anak pak cik, kitaorang tak mahu membesarkan hal ini. Jadi, kami rasa ada inisiatifnya kami beritahu sendiri, pak cik.", jelas Yeera menghulur sepucuk surat.
"Mangsa?", Ustaz Nik Azman tidak lagi tenang. Lansung dirampas surat itu daripada tangan Yeera.
"Astragfirullah. Allahumma solli ala muhammad.". Pedih hatinya. Ayah mana tak sedih. Lihat gambar anaknya yang membuat hubungan sejenis.
"Kami tak sedar pak cik. Kami diperkosa. Maryam tu memang lesbian!", tambah Zika menghangatkan lagi suasana.
"Jadi, gambar ni siapa ambil?", jelas Ustaz Nik Azman.
"Maryam, pak cik. Dia mengugut kami untuk bagi wang padanya.", jelas Yeera.
Terduduk Ustaz Nik Azman. Diam. Marah. Geram sangat. Anak bongsu yang dia sangat sayang. Tantang bagai minyak yang penuh.
Yeera dan Zika beredar. Ustaz Nik Azman tidak berdiam diri. Terus ambil telefon bimbitnya dan menelefon anaknya.
_______________________________
"MARYAM!", Fara memanggil.
Aku sedar. Perlahan-lahan membuka mata. Kabur Fara dalam pandangan ku.
"Aku di mana, Fara?", tanyaku. Lemah.
"Hospital. Maryam, ayah kau telefon daripada tadi. Aku tak berani nak angkat dan ceritakan hal sebenar.", ujar Fara memberi telefon bimbitku.
"Jangan. Ayah aku tak boleh tahu. Aku boleh settle sendiri.", jelasku. Laju tu menekan butang panggilan.
"Maryam! Kau dengar sini. Mulai hari ini, Kau bukan anak Abi! Anak derhaka! Jangan berani kau balik dan jejak ke rumah ini lagi! Aku bukan ayah kau!", marah Abi.
"Abi, kenapa?", tanyaku. Panggilan terputus. Ayahku marah. Entah daripada perasaan sedih ini. Air mata berjurai jatuh. Apa salahku, Ya Allah?.
"Yam, kau okey?", tanya Fara sedia memberi bahunya untuk aku lepaskan segala kesedihan.
"Jangan tinggalkan aku, Fara. Aku tak da siapa-siapa lagi.", rayuku. Air mata berderai. Sedih amat. Ayahku sendiri buang aku. Sedih. Aku tak tahu puncanya. Siapa puncanya? Punca aku terpisah dengan ayah aku? Apa punca yang menjadikan aku terkutuk seperti ini? Banyak sangatkah dosa ini, ya Allah.
bersambung......
YOU ARE READING
Anak Ustaz [COMPLETED]
Fiction générale#9 in Islam genre TOP THREE TEENS GENRE!!! 14/1/19 TOP THREE #PURDAH!! 18/2/19 Anak Ustaz adalah satu cerita yang mengisahkan perihal anak ustaz. dan juga cabaran yang dihadapi oleh anak ustaz untuk menjaga reputasi ayahnya. Maryam Radhiah namany...