SUSAH Fara untuk berkata-kata apabila tahu orang yang melaporkan hal itu kepada pihak polis adalah kakaknya Maryam, Hikmah. Makin sulit Fara, Qalisya dan Ridzuan untuk menyelesaikan masalah itu.
Duri dalam darah daging sendiri. Susah untuk dibuang. Susah untuk dicari. Duri dalam darah lebih parah. Yang sakit salur darah sekelilingnya. Sama persis keadaan yang berlaku pada Maryam. Hikmah adalah duri dalam kehidupan Maryam. Malangnya, Hikmah juga kakak kandungnya.
"Apa kata kita bagitahu ayahnya hal ini?", cadang Qalisya.
"Besar masalah nanti. Aku kenal ayah dia bagaimana.", kata Fara yang merupakan kawan kepada Maryam sejak kecil lagi.
"Aku rasa kita kena bagitahu Maryam. Aku tak rasa dia tahu. Tetapi untuk naik turun pembicaraan itu agak susah. Kalau kak Hikmah tak datang, lagi rumit keadaan. Kita juga tanggung kos banyak.", jelas Ridzuan yang agak matang dalam isu ini.
Sebulat suara dan sepakat kata semua pergi ke penjara. Memberitahu hal yang sebenar. Niat mereka agar duri dalam darah itu hilang, dapat dicari lalu dibuang.
"Maryam, kalau aku cakap ni. Kau jangan terkejut ya.", jelas Fara yang memandang tepat mata Maryam.
"Apa Fara? Abi aku meninggalkah ? Kakak-kakak aku kenapa? Sakit kah?", tanya Maryam risau.
"Bukan.", air liurnya ditelan. Kelat rasanya melontarkan kata-kata.
"Kak Hikmah yang buat laporan mengatakan kau salah satu geng lesbian. Dia punya banyak bukti. Gambar-gambar kau. Susah kalau kita nak bebaskan kau.", jelas Fara.Maryam meletakkan telefon. Dia pergi masuk ke dalam penjaranya semula. Fara, Qalisya dan Ridzuan terkesima.
___________________________
Air mata Maryam diseka. Sedih. Luluh hatinya Kak Hikmah yang dia sangat percaya, sayang bahkan teman sepermainannya dahulu menikam dia daripada belakang.
"Kak Hikmah akan cuba selesaikan masalah Adik.", kata-kata itu masih terngiang-ngiang. Rindu sangat dengan Kak Hikmahnya dahulu.
"Kau pembunuh!", kata-kata ini pula muncul. Air matanya diseka lagi. Bukan sengaja dia membuat minyak tumpah. Bukan sengaja juga membuat Irham Rahimi pergi buat selama-lamanya.
Tangannya disusun menjadi buku lima. Menumbuk dadanya yang sesak dan sakit dengan keluarga begitu. Bertubi-tubi ditubuk.
"Maryam!!!", jerit Kak Ros menarik tangan itu.
"Ingat Allah, nak. Ingat Allah!!", kata Kak Salman.
"Kenapa kak, Allah jahat sangat menghukum saya sebegini. Bukan ini kehidupan yang saya mahu, kak.", Maryam mengeluh.
"Allah tidak uji hambanya jika dia tidak mampu. Kamu mampu, nak. Kamu ada orang sekeliling. Kamu masih ada pelawat. Tengok Kak Leha itu, punya anak sepuluh. Seorang pun tidak melawat. Punya kawan ramai, seorang pun tidak melawat.", panjang tazkirah Kak Ros menepuk bahu Maryam. Berat bahunya memikul beban. "Moga Allah mempermudahkan segalanya.", doanya dalam hati.
Tangisannya semakin laju. Kak Ros dan Kak Salman memeluknya.
YOU ARE READING
Anak Ustaz [COMPLETED]
Fiksi Umum#9 in Islam genre TOP THREE TEENS GENRE!!! 14/1/19 TOP THREE #PURDAH!! 18/2/19 Anak Ustaz adalah satu cerita yang mengisahkan perihal anak ustaz. dan juga cabaran yang dihadapi oleh anak ustaz untuk menjaga reputasi ayahnya. Maryam Radhiah namany...